Aktiviti Pembalakan Projek Durian Musang King Antara Punca


Oleh Suzalina Halid Keratan akhbar BH semalam. KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air mengakui, pembukaan hutan untuk pelbagai aktiviti ekonomi dan pembangunan, menjadi antara punca banjir berlumpur melanda negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata antara aktiviti pembukaan hutan yang menyumbang kepada bencana alam berkenaan ialah pembalakan dan projek durian 'Musang King'.
"Selain itu, ia boleh juga disebabkan perladangan sawit, dusun dan projek perumahan, banyak punca banjir lumpur ini berlaku," katanya ketika dihubungi BH semalam.

Disyorkan Untuk Anda Kementerian terima pandangan rakyat, tambah baik undang-undangPembalakan di Hutan Simpan Batu Talam dihentikanGondol hutan punca banjir makin burukPEKA ada bukti pembalakan di Hutan Simpan Kekal LentangMenteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto NSTP Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan BH bahawa banjir teruk membawa lumpur melanda negeri pantai timur Semenanjung sejak seminggu lalu, bukan disebabkan faktor semula jadi.
Sebaliknya Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer, berkata keadaan itu diburukkan aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, kementeriannya hanya bertanggungjawab bagi memastikan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) dipatuhi dalam setiap pembangunan kawasan hutan di negara ini.
Namun, katanya kebenaran pembalakan terhadap sesuatu kawasan hutan pula tertakluk kepada bidang kuasa dan kawalan kerajaan negeri.
"Polisi perhutanan berada di bawah kawalan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA)," katanya.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim menyambut baik dan akan meneliti cadangan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof Dr Ahmad Ismail, supaya sistem pemetaan diwujudkan terhadap kawasan sensitif banjir sebelum sebarang kebenaran 'pembersihan tanah' dan pembangunan diberi bagi mengelakkan banjir bertambah buruk.
"Apapun semua cadangan yang baik akan diteliti untuk tindakan pihak terlibat. Perbincangan dengan pihak berkuasa negeri juga sentiasa diadakan," katanya.
Di Kuantan, Pejabat Menteri Besar Pahang memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung pendedahan dibuat BH itu dalam masa terdekat.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sebelum ini dilaporkan menyatakan 2,531 hektar hutan simpanan kekal di Pahang diteroka secara haram membabitkan keluasan 0.165 peratus daripada 43 peratus keseluruhan hutan simpan kekal.
Setakat Jun 2019, ada 2.5 juta hektar hutan di Pahang dengan 1.56 juta hektar daripadanya kawasan hutan rizab simpanan kekal.
Isu penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan bukan baharu berlaku mengambil contoh di Pahang apabila Pusat Pencerapan Bumi mendapati sejak 1989, lebih 20 peratus kawasan hutan di Pahang telah diterokai untuk pembangunan.
Di Kota Bharu pula, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan menemui wartawan, walaupun petugas media menunggu mendapatkan kenyataan di pejabatnya di sini, lebih dua jam.

'Pinda akta beri kuasa Pusat 'jaga' tanah, hutan'
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) mendesak kerajaan supaya meminda Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) bagi memberi kuasa kepada pentadbiran pusat untuk 'menjaga' tanah dan hutan di negara ini.
Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata Akta 313 kini bersifat lapuk kerana tidak dipinda lebih daripada 30 tahun
Beliau berkata, melalui peruntukan akta sedia ada, kuasa membabitkan tanah dan hutan adalah di bawah kerajaan negeri menyebabkan usaha melindunginya sukar dilaksanakan.
"Justeru wujud keperluan yang mendesak untuk meminda undang-undang bagi memastikan hutan negara dapat dilindungi selain memastikan pembangunan hutan yang mampan.
"Peranan kerajaan negeri sangat luas di bawah peruntukan sedia ada, maka menjadi keperluan untuk meminda akta bagi mengimbangi kuasa negeri bagi menjaga kelestarian alam sekitar, " katanya.

Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan BH semalam, yang mendedahkan banjir teruk membawa lumpur melanda negeri pantai timur Semenanjung sejak seminggu lalu, bukan disebabkan faktor semula jadi.
Sebaliknya Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer, dilaporkan berkata, keadaan itu diburukkan aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa.
Shariffa Sabrina berkata, sebelum ini, PEKA pernah menyerahkan memorandum mengenai pemindaan Akta 313 kepada Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli pada 2019 lalu. Kali terakhir Akta 313 dipinda adalah pada 1993.
Katanya, cadangan pindaan itu diharap dapat menyelesaikan dua isu utama membabitkan hukuman dan denda yang sudah tidak relevan.
Selain itu, beliau berkata, ia juga diharap dapat mengimbangi kuasa mutlak kerajaan negeri terhadap kawalan ke atas hal yang berkaitan dengan pengurusan serta pentadbiran hutan.
"Kita juga minta kerajaan untuk tidak lagi mengeksport kayu-kayan tempatan, antaranya ke China dan Jepun, bagi mengurangkan pembalakan kerana permintaan bahan itu yang tinggi.
"Sebaliknya Malaysia perlu hanya membataskan pengeluaran kayu kepada pasaran tempatan sahaja," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/aktiviti-pembalakan-projek-durian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hanya Duduk Rumah Sepanjang Pkp Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King

Hiburan Hanya Duduk Rumah Sepanjang Pkp Lufya Omar Cuba Nasib Jual Kek Durian Musang King

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 396 hits
Musim musim PKP ini pastinya banyak perniagaan dari rumah yang muncul seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan Begitu juga dengan pelakon Lufya Omar yang katanya mula menjinakkan diri dengan perusahaan membuat kek Sumber Menurut Lufya dia m...
Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Durian Musang King Jenama Nestle

Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Durian Musang King Jenama Nestle

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 713 hits
Assalamualaikum Good Morning Pendapat Peribadi Tentang Aiskrim Durian Musang King Walaupun sekarang tengah musim hujan aiskrim tetap menjadi idaman anak anak Sebulan sekali mesti ada je suami belikan aiskrim untuk kak Alia dan Kak Ain Petan...
Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 279 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal bulan ini Bagaimanapun pada masa sama kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih me...
Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

Hanya Diam Membisu Kerajaan Pahang Terus Di Buli Penceroboh Haram Musang King Raub

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 340 hits
KUANTAN Senario kawalan ketat di setiap penjuru kawasan termasuk sekitar simpang masuk ke tanah pencerobohan di Raub Pahang seperti didakwa Pertubuhan Pembela Pembela Islam dalam laporan sebelum ini hanya menggambarkan kegagalan kerajaan Pa...
Kes Mahkamah Zalim Antara Punca Umno Tak Puas Hati Dengan Pn Dedah Ahmad Maslan

Kes Mahkamah Zalim Antara Punca Umno Tak Puas Hati Dengan Pn Dedah Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 279 hits
by on 1 06 2021 03 51 00 PmSalah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya dedah Setiausaha Agung Umno Ahmad ...
Panduan Membeli Musang King Vol 1

Panduan Membeli Musang King Vol 1

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 323 hits
Elakkan beli musang king yang berbentuk kurus tapi harganya masuk kategori gred A Sebab musang king kurus biasanya mempunyai 2 3 ulas sahaja dalam satu biji Untuk gred B juga perlu reconsider sekiranya harga gred B masih terlalu mahal Jom t...
Anak Sungai Saliran Tersumbat Antara Punca Banjir Pantai Timur Lambat Surut

Anak Sungai Saliran Tersumbat Antara Punca Banjir Pantai Timur Lambat Surut

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 315 hits
loading SHAH ALAM 9 Jan Anak sungai dan sistem saliran yang tersumbat dengan sampah sarap antara faktor yang menyebabkan banjir yang melanda negeri di pantai timur lambat surut kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Se...
Penceroboh Musang King Dapat Tangguh Notis Arahan Kosong Tanah

Penceroboh Musang King Dapat Tangguh Notis Arahan Kosong Tanah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 259 hits
Tangguh sehingga rayuan mereka diselesaikan mahkamah PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub supaya menangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan ...
Mahkamah Rayuan Benarkan 204 Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan

Mahkamah Rayuan Benarkan 204 Penceroboh Musang King Raub Tangguh Notis Pengosongan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 208 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk menangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan Pan...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi