Cuci kereta luar dan dalam.Kalau buat sorang sorang tu berpeluh juga.Ni bertiga mengerjakannya...Cepat la siap.Sorang sabun body, sorang simbah air, sorang cuci rim.Yang dalam sorang vakum, sorang lap, sorang lagi ambil gambar.
cuci lantai yang dah berlumut dan berkerak.lantai tu jangan tanya kenapa berbelang belang corak jubinnya. Rumah kontraktor memang macam tu.
Cuci tiang batu, berlumut sakan.Padahal masa pindah masuk tu dah cat dengan cat kilat dia.Anti lumut dan colour protection katanya.masuk tahun ke tiga, sakan dah berlumut.
Gigih abang kacak dua orang ni membersihkan lumut pada pagar rumah.Tapi diorang orang muda.Setakat bangun duduk bangun duduk...berpuluh kali pun takde hal.Kita yang dah tua ni...duduk cangkung macam tu,Nak bangun adehhhh...cramp kaki...
Inilah rupa pagar sebelum dicuci.Kehijau-hijauan..
Cakkk... barulah nampak berseri...Terima kasih anak anak kerana membantu mama korang membersihkan rumah.
Untuk kerja kerja mencuci kereta dan pagar serta lantai hari tu,MY gunakan pencuci serba guna Bio Clenz dari Sahajidah Hai O Marketing.Bio Clenz ni kurang buih.Takpe...walaupun kurang buih, dia ada sebenarnya.Jangan risau sebab Bio Clenz juga tidak menghakis warna atau kilatan pada kereta.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |