Aktiviti Cuti Sekolah Lepak Kat Rumah Aje
assalamualaikum 😉
khamis - 5 Disember 2019
termasuk hari ni, 28 hari lagi anak-anak kita akan menikmati cuti sekolah
lama lagi tu, 4 minggu lah kan
Izzat yg berkhatan ari tu pun dah sihat
weekend ni plan nyer nak gi beli baju sekolah kakak-kakak. tempat biasa - Kampung Jawa
Nurin - Form 3
Syuhada - Form 1. semua akan baru la
mlm td dah pun check baju-baju sekolah Nurin. ada yg perlu beli baru
lagipun dah 2 thn dia pakai 😊
Izzat plak, tahun ni hanya belikan baju uniform sekolah 2 helai. dah pun order dan byr kat sekolah
seluar hitam, baju & seluar sukan masih boleh dipakai, 😄 maybe setahun lagi
then, nak terus belikan diorang kasut sekolah - sorang 2 pasang, in shaa Allah
settle bajet ni, mudah nak berbelanja ke arah lain, kan 👌
👉 terkenangkan salah satu hari cuti yg lepas-lepas - 28.10.2019 (Deepavali)
mr.asben takde time tu. ada program
tinggal la kami berempat je. releks di hari cuti
tapi tu la, da 1-2 hari dok rumah, tghari nyer tu, anak-anak bertanya, "kita ni tak pegi mana-mana ke cuti lama ni, bu?"
😃 😃 aduhai anak..
lepas Asar, teruslah saya bwk diorang bertiga ke kedai makan depan rumah
teruna ibu nan sorang ni - teringat ayah ke tu?
then sepanjang 3 hari cuti Deepavali tu, kami berempat layan main kad UNO.
brape kali round main, bingit rumah. seronok sakan kami-kami.
hmmm pastinya, Izzat ler, nak menang aje 😄😄.
kalau tak menang, hmmm merajuk la pulak ha ha ha ha ha...
weekend ni saya nak gi cari Saidina / Monopoly
yg lama tu dah byk hilangnya. dah tak sempurna set nya
syok dulu main dgn anak-anak
berbaki 28 hari ni, dpt la meriahkan rumah main Saidina
mencari-cari juga la peluang dan ruang ajak mr.asben berjalan
just lom dpt idea nak ke mana. wajib la berjalan kan
tak mungkin dok rumah aje..
idea... menjelma la kau wahai idea..
ke mana nak ku bawa anak-anakku..
😎
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/12/aktiviti-cuti-sekolah-lepak-kat-rumah.html