Aktivis Gesa Kerajaan Pahang Siasat Pemilikan Hartanah Pesara Kakitangan Berkaitan Tanah


 

KUANTAN - Kerajaan Pahang diminta menyiasat pemilihan hartanah kakitangan kerajaan terutamanya mereka yang berkhidmat dengan jabatan-jabatan yang berurusan berkaitan dengan tanah di seluruh negeri ini.
Ia berikutan terdapat banyak aduan daripada orang ramai yang mendakwa ada segelintir kakitangan terbabit memiliki berekar-ekar tanah walau pun hanya berjawatan rendah.
Aktivis Masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli yang mendedahkan perkara ini mendakwa ada juga kakitangan yang sudah bersara dan mula hidup mewah dengan menjual satu persatu hartanah yang mereka miliki yang dipohon ketika mereka masih berkhidmat lagi.
"Ada dakwaan kakitangan terbabit juga tidak segan silu mendedahkan kepada saudara mara tentang kekayaan mereka, hasil dari kegiatan licik yang disokong oleh pegawai atasan selama ini," kata Shukri.
Katanya, tidak hairan ada dakwaan mereka yang berjawatan rendah pun memiliki begitu banyak tanah.
"Mereka tahu pasal tanah, mereka tahu undang-undang dan selok belok permohonan tanah, maka mereka guna kesempatan ketika bertugas untuk mengumpul seberapa banyak tanah. Terkadang ada saja tanah tersepit, pasti mereka akan mohon menggunakan nama proksi masing-masing. Kegiatan ini suda lama berlaku di negeri ini sebenarnya"
"Ramai yang sedar senario ini, tapi mereka tidak tahu kepada siapa untuk mengadu hal ini. Justeru mereka menyalurkan maklumat kepada pihak kami untuk didedahkan. Kakitangan yang terlibat terkadang hidup mewah dalam diam dengan menjual satu persatu tanah yang mereka miliki. Perbuatan ini memang licik dan gagal dihidu oleh pihak kerajaan sebenarnya," dakwa Shukri.
Sementara itu beliau mendakwa, dia juga ada kenal dengan beberapa orang rakan yang pernah bekerja di Pejabat Tanah dan Daerah yang mengesahkan perkara ini. Ia memang tidak adil katanya.
"Rakyat Pahang IC 06 terkadang mohon tanah sekangkang kera, sampai mati tak dapat. Temuduga tanah berkali-kali tak dapat, walhal mereka sudah meneroka tanah itu sejak sekian lama, 30-40 tahun yang lalu. Fail mereka tidak diproses atas alasan kawasan itu akan diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan"
"Namun, sedihnya tiba-tiba tanah menjadi milik pihak lain seperti pemaju perumahan, perladangan dan pertanian.  Mereka yang mendiami tanah dihalau begitu sahaja tanpa ada wang pampasan yang setimpal. Pelan tanah yang dipohon, dilapiskan dan diberi kepada pihak pemaju dengan bayaran tertentu. Inilah senario yang berlaku sejak dulu lagi," dakwa Shukri.
Justeru, beliau berharap pihak kerajaan dapat menyiasat perkara ini agar sindiket 'faraid tanah' sesama sendiri di jabatan yang berkenaan di ambil perhatian. Mereka boleh lepas ketika pengisytiharan harta sebab gunakan nama-nama 'proksi' untuk kaburi mata pihak berkuasa.
"Utamakan rakyat selaku orang awam, kamu bekerja makan gaji.. kenapa perlu mengambil hak rakyat?. Sekarang ini mahu mohon tanah dan nak cepat dapat kelulusan juga kena ada wang pelincir baru proses akan disegerakan. Sebab itu orang kampung anak bangsa kita mohon tanah tak dapat, tiba-tiba ada bangsa lain pula yang lulus atas tanah yang sama. Sampai bila semua ini harus dibiarkan berlaku? Sampai kiamat?. Mungkin isu yang sama juga terjadi di seluruh Negara," tambah beliau lagi.
Menurut Shukri, beliau berharap orang awam yang ada maklumat tentang perkara ini boleh salurkan kepada beliau untuk didedahkan bagi menyelamatkan pengkhianat di jabatan kerajaan ini dari berterusan bergelumang dengan rasuah yang sudah menjadi darah daging mereka selama ini.
"Saya sendiri beberapa kali mohon tanah, sebagai anak jati Pahang.. tak pernah dapat dan dilayan oleh mereka. Tapi orang luar yang baru setahun dua mendiami bumi Tok Gajah ini, mereka layan dan mendapat kelulusan sebab adanya unsur-unsur khianat itu tadi. Sebab itu jangan hairan, anak Pahang akhirnya meremoat di bumi sendiri, gara-gara perbuatan orang dalam yang mengejar keuntungan semata-mata," dakwa Shukri.
Beliau merayu Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengambil perhatian akan perkara ini. Sudah tiba masanya MB baru mengubah apa yang berlaku sekian lama di dalam jabatan-jabatan kerajaan, bukan lagi hanya mendengar kenyataan ketua jabatan yang akan menceritakan kebaikan semata-mata, tanpa mendedahkan apa yang berlaku di belakang tabir itu sebenarnya. #pahangdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/kerajaan-pahang-di-gesa-siasat-kegiatan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 430 hits
KUANTAN Selain daripada isu tanah haram yang diceroboh untuk tanam durian Musang King di Raub yang hangat diperkatakan sekarang ini jangan lupa juga isu lain melibatkan tanah yang banyak berlaku di negeri ini sejak sekian lama Kerajaan Nege...
Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 523 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Pahang digesa untuk menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan kemelut antara pekebun durian di Raub dan sebuah Syarikat Tujuan Khas Royal Pahang Durian untuk mencari jalan penyelesaian berbentuk menang menang Bekas...
Gesa Kerajaan Pahang Bawa Isu Pekebun Durian Haram Ke Mahkamah

Gesa Kerajaan Pahang Bawa Isu Pekebun Durian Haram Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 513 hits
Khuatir ada unsur penyelewengan mustahil tak sedar tanah dicerobohBANGI 10 Muharram 1442H Sabtu Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia Pahang menuntut kerajaan negeri menggunakan undang undang sedia ada dalam menangani kes pencerobohan tanah r...
Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR Pencerobohan tanah haram di beberapa kawasan melibatkan Raub Pahang perlu disiasat secara telus bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik jenayah tersebut Menurut Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad pencerobohan terseb...
Keg1laan Apakah Ini Dianggarkan 360 Ribu Ekar Tanah Milik Kerajaan Pahang Dicerob0h Hampir 50 Tahun

Keg1laan Apakah Ini Dianggarkan 360 Ribu Ekar Tanah Milik Kerajaan Pahang Dicerob0h Hampir 50 Tahun

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 435 hits
Ini pendedahan yang sangat menggemp4rkan oleh Presiden Perkid Ustaz Masrizi apabila beliau membuat kenyataan bahawa dianggarkan 360 ribu ekar tanah milik kerajaan negeri Pahang dicerob0h hampir 50 tahunBagaimana perkara sebegini boleh dibia...
Kdn Akan Tubuh Jk Siasat Ketirisan Perbelanjaan Pdrm Daripada Kerajaan Ph Hingga Sekarang Kata Hamzah

Kdn Akan Tubuh Jk Siasat Ketirisan Perbelanjaan Pdrm Daripada Kerajaan Ph Hingga Sekarang Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 235 hits
Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat ketirisan perbelanjaan Polis Diraja Malaysia yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri Satu semalam kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini Beliau ...
Pengeluar Gesa Kerajaan Turun Harga Siling Pelitup Muka Di Bawah Rm1

Pengeluar Gesa Kerajaan Turun Harga Siling Pelitup Muka Di Bawah Rm1

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 379 hits
Seorang pengeluar berkata pelitup muka dijual pada harga 20 sen sekeping sebelum penularan wabak Covid 19 PETALING JAYA Pengeluar pelitup muka menggesa kerajaan menurunkan harga siling pelitup muka 3 lapis pada harga lebih rendah berbanding...
Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

Pengusaha Durian Musang King Raub Mahu Berunding Dengan Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 618 hits
KUANTAN Pengusaha tanaman musang king di Raub di sini akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri Pahang bagi mempertahankan kebun durian yang diusahakan mereka lebih 40 tahun lalu Pengerusi Save Musang King Alliance Chang Yee Ch...
Kes Curi Balak Tiba Masanya Kerajaan Negeri Bertindak Seperti Isu Tanah Haram Di Raub

Kes Curi Balak Tiba Masanya Kerajaan Negeri Bertindak Seperti Isu Tanah Haram Di Raub

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 447 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa turun padang dan memantau aktiviti pembalakan haram yang masih berleluasa di negeri ini sejak sekian lama Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli berharap Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan ...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Raya Aidilfitri 2025

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey