Aktif Seperti Kanak Kanak Lain Bezanya Hidup Bergantung Mesin Pernafasan Kuatnya Semangat Harris


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sayu hati seorang ibu apabila anak yang dikandung lahir pramatang ketika usia kandungan berusia 29 minggu, namun masih mampu bertahan sehingga hari ini.
Menurut Farah Said, anak bongsunya dari tiga beradik, Muhammad Harris Afif Syed Norhashimi berusia 18 bulan dikesan menghidap masalah paru-paru dan saluran pernafasan sempit sejak berusia empat bulan.
“ANAK saya semakin aktif sejak dia pandai berjalan dan berlari tetapi masih perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan (C Pep) setiap hari untuk menyokong pernafasannya,” katanya.

Ketika dilahirkan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAS) Sungai Petani, saiz Harris agak kecil dan dimasukkan ke wad beberapa bulan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, tahun lalu.
Doktor juga memaklumkan kes anaknya perlu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan terpaksa berulang alik dari rumahnya sehingga hari ini. Malah, disebabkan pernafasannya yang mempunyai masalah, dia menggunakan mesin bantuan pernafasan pemberian dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) cawangan Langkawi yang digunakan sejak Harris empat bulan.

Farah yang juga mempunyai masalah kesihatan, menghidap anemia dan kulit sensitif tidak dapat bekerja selain perlu menjaga Muhammad Harris sepenuh masa untuk memantau pergerakannya kerana bimbang tiub saluran pernafasan terbuka atau dibuka sendiri oleh Harris. Malah, anaknya juga mudah dijangkiti demam dan disebabkan itu, dia perlu sentiasa mengawasi anaknya.
“Mesin bantuan pernafasan perlu sentiasa dipasang bagi menyalurkan oksigen kepadanya dan hanya berehat tiga jam sehari iaitu sebelah siang dan malam terutama ketika tidur,” katanya. Setakat ini dia menerima bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mencukupi memandangkan perlu membawa Muhammad Harris ke HPP dua kali sebulan.
Mesin pernafasan yang digunakan bergantung hidup dengan elektrik sepanjang masa untuk dicas, malah jika belakan elektrik terputus, Farah akan menggunakan anisiatif lain iaitu menggunakan bateri untuk menghidupkan mesin berkenaan.
“Pendapatan suami, Syed Norhashimi Syed Mohamad, 28, sebagai tukang paip pula tidak menentu. Kalau ada kerja, ada la duit..itupun dapat upah RM50 sehari.
“Dua lagi anak, Norsaidatul Nafisa berusia tujuh tahun dan Harraz Darwish berusia lima tahun yang bersekolah menyebabkan perbelanjaan kami sekeluarga sememangnya tidak mencukupi,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di nombor akaun Maybank 152077540358 milik Farah.
SUMBER: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/aktif-seperti-kanak-kanak-lain-bezanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semangat Andreas Oktaviandi Berjuang Lanjutkan Hidup Meski Terpisah Dari Orang Tua

Semangat Andreas Oktaviandi Berjuang Lanjutkan Hidup Meski Terpisah Dari Orang Tua

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 238 hits
Andreas sempat terusir dari rumah kontrakan yang pernah ditinggali bersama kedua orang tuanya Sejak itu hidupnya harus nebeng dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain Hingga kini dia menempati ruangan OSIS di sekolah
Nasihat Habibie Buat Ridwan Kamil Bagikan Ilmu Dan Semangat Hidup

Nasihat Habibie Buat Ridwan Kamil Bagikan Ilmu Dan Semangat Hidup

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 239 hits
Ada satu nasihat Habibie yang melekat dalam diri Ridwan Kamil mengenai pemanfaatan keilmuan yang dimiliki agar bisa dirasakan semua orang
Peluang Untuk Mengubah Diri Nak Ubah Hidup 2019

Peluang Untuk Mengubah Diri Nak Ubah Hidup 2019

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum Hi korang Siapa yang terlepas menyertai Program Nak Ubah Hidup 2019 tempohari Sangat merugikan tau Rugi bukan kerana apa tapi kerana korang tak dapat timba ilmu yang telah dikongsikan oleh Dr Azizan tempohari Siapa yang dapa...
Dulu Diuji Hidup Tak Sempurna Tak Terduga Balasannya Ameena Sofia Anugerah Terindah

Dulu Diuji Hidup Tak Sempurna Tak Terduga Balasannya Ameena Sofia Anugerah Terindah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 382 hits
Setiap orang ada masa silam mereka yang tersendiri yang baik dijadikan panduan dan yang kurang baik jadikan pengajaran Menjadi seorang ibu dan juga ayah membuka mata untuk mensyukuri sebuah nikmat teragung untuk diri kita Setiap apa yang ki...
Tak Sampai Sebulan Bertunang Bakal Isteri Dijangka Hanya Ada 2 Minggu Untuk Hidup

Tak Sampai Sebulan Bertunang Bakal Isteri Dijangka Hanya Ada 2 Minggu Untuk Hidup

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 443 hits
Sudah tentunya fasa pertunangan adalah peringkat yang sangat kritikal bagi sesetengah pasangan Ada yang menyatakan bahawa ujian pertunangan adalah lebih berat berbanding dalam fasa percintaan Ujian yang dihadapi pula sudah tentu tidak sama ...
Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil

Hidup Daif Bersama Nenek Di Kampung Tina Dirayu Pulang Jaga Empat Anak Yang Masih Kecil

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 417 hits
Hidup sudahlah daif seorang nenek di Sandakan Sabah terpaksa pula menjaga empat orang cucunya yang berusia dua hingga 12 tahun selepas anaknya menghilang sejak berhijrah ke Kuala Lumpur Menurut Laporan Penderitaan Bilani Mutari 65 bermula s...
Hampir Cacat Selepas Alami Kemalangan Teruk Jejaka Ini Bersyukur Kembali Hidup Normal

Hampir Cacat Selepas Alami Kemalangan Teruk Jejaka Ini Bersyukur Kembali Hidup Normal

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 331 hits
Malang memang tidak berbau dan siapa boleh menduga satu hari akan terlibat dengan kemalangan jalan raya yang merubah hidup 360 darjah Itu The post appeared first on
Mbah Pani Rela Dikubur Hidup Hidup Selama 5 Hari Demi Jalani Ritual Topo Pendem

Mbah Pani Rela Dikubur Hidup Hidup Selama 5 Hari Demi Jalani Ritual Topo Pendem

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 517 hits
Publik dibuat heboh dengan aksi topo pendem yang dilakukan Mbah Pani asal Pati Jawa Tengah Mbah Pani mengubur diri hidup hidup untuk menjalani topo pendem untuk kali kesepuluh yang rutin dilakukan di bulan Suro Ritual topo pendem ke 10 yang...
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Siti Nordiana Seribu Setia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga