Akta Antilompat Parti Menggigit Dan Tergigit


 

Oleh kerana kemelut yang dihadapi sekarang saya mulakan artikel ini dengan menyatakan apa yang umum sudah tahu iaitu banyak parti politik berdepan masalah besar selepas setiap pilihan raya. Mereka sentiasa ditekan kerisauan dan kebimbangan bahawa ahli-ahli mereka yang baharu menikmati kemenangan di peti undi akan melompat ke parti lawan pula.
Ini sering terjadi lantas kita pernah menyaksikan ada kerajaan di Sabah jatuh setelah menang pilihan raya. Di Semenanjung kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang apabila beberapa Adun lompat parti pada 2009. Yang paling besar atau mother of all defections ialah Langkah Sheraton 2020 yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih rakyat 18 bulan sebelum itu.
Menurut Kertas Kajian Awal Berkaitan Undang-undang Lompat Parti, sekiranya dibuat perbandingan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara, Malaysia boleh dianggap sebagai negara berdepan masalah paling ramai ahli Parlimen melompat parti. Tentu anda setuju itu satu rekod yang tidak membanggakan malah memalukan.
Maka wujudlah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, yang dikenali sebagai ‘akta antilompat parti’. Kewujudan peruntukan itu syarat yang ditetapkan dalam memorandum persefahaman antara perdana menteri waktu itu, Ismail Sabri Yaakob, dengan pembangkang yakni Pakatan Harapan.
Sejak persetujuan yang dicapai Ismail dengan PH, Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan banyak sesi perbincangan dengan Ahli Parlimen mengenai rang undang-undang dan segala perkara perundangan berkaitan. Beliau ketika itu menteri di Jabatan Perdana Menteri berkenaan Parlimen dan undang-undang.
Dalam draf RUU Perlembagaan (Pindaan) berhubung akta antilompat parti, dihuraikan beberapa keadaan di mana seseorang Ahli Parlimen diklasifikasikan sebagai lompat parti sekali gus terpaksa mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada pilihan raya diadakan.
Menurut Wan Junaidi, 
undang-undang yang digubal merupakan satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukan akta yang khusus supaya ia kekal dan sukar dicabar, seperti dilapor Bernama 31 Mac 2022.
Saya percaya setiap Ahli Parlimen meneliti dan menghayati segala peruntukan dan istilah yang terkandung dalam RUU itu, serta mengesan kelompongan dan kelemahan jika ada. Saya kira mereka berpuas hati kerana apabila RUU berkenaan dibentang di Dewan Rakyat oleh Ismail Sabri, ia disokong majoriti Ahli Parlimen.
Izinkan saya memetik laporan Berita Harian:
“Pada 28 Julai (2022) Dewan Rakyat mencatat sejarah apabila RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti diluluskan dengan sokongan majoriti lebih 2/3.

RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan oleh Ismail Sabri. Ia diluluskan selepas dibahas selama dua hari oleh 54 Ahli Parlimen mewakili kerajaan dan blok pembangkang, namun sesi perbahasan itu tidak disertai mana-mana wakil rakyat Bersatu.
Umum tahu Bersatu berada dalam kerajaan Ismail Sabri yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada presidennya, Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan.
Membaca wakil rakyat Bersatu tidak menyertai sesi perbahasan RUU yang dibentang Ismail Sabri membawa saya kepada laporan media beberapa hari lalu yang memetik Anwar Ibrahim mendakwa PH pernah mengusulkan supaya pindaan dibuat terhadap peruntukan berkenaan pada 2022 tetapi ditolak oleh kerajaan ketika itu.

Dulu kita (PH) cadang mana-mana yang dibuang parti ditolak (mengosongkan kerusi) tapi tidak disetujui oleh kerajaan masa itu sebab masa itu orang Umno masuk parti dia, media memetik PMX berkata. Maksud beliau orang Umno masuk Bersatu yang duduk dalam kerajaan waktu itulah kan?
Apa pun sekarang yang didepan mata ialah isu enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri tetapi tidak keluar parti. Timbul pelbagai interpretasi status mereka. Ada pihak kata mereka mesti mengosongkan kerusi. Ada pihak kata tidak perlu. Dipertikaikan juga sama ada speaker Dewan Rakyat berhak menentukan kedudukan enam Ahli Parlimen tersebut. Masing-masing melihat peruntukan antilompat parti dan Perlembagaan mengikut interpretasi tersendiri.
Kata wartawan veteran, A Kadir Jasin, 
beribu-ribu undang-undang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan sebanyak itu juga undang-undang dilanggar oleh Ahli Parlimen dan Ahli DUN sendiri. Ini adalah kerana masing-masing mempunyai interpretasi dan kepentingan sendiri.
Hence we are seeing what we are seeing today. Tidak perlu saya huraikan bagaimana masalah ini terjadi dan sebagainya kerana anda sedang dihidangkan polemiknya setiap hari.
Yang jelas kemelut ini akan terus membosankan dan memualkan kita si rakyat biasa. Its not about to end anytime soon. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/akta-antilompat-parti-menggigit-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menggigit Dan Tergigit Berkenaan Akta Antilompat Parti

Menggigit Dan Tergigit Berkenaan Akta Antilompat Parti

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 184 hits
Mohsin AbdullahAda pihak kata enam bekas Ahli Parlimen Bersatu mesti kosongkan kerusi Ada pihak kata tak perlu Masing masing melihat akta antilompat parti dan Perlembagaan mengikut interpretasi tersendiri Oleh kerana kemelut yang dihadapi s...
Putrajaya Sedia Pinda Akta Anti Lompat Parti Kata Anwar

Putrajaya Sedia Pinda Akta Anti Lompat Parti Kata Anwar

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 162 hits
PUTRAJAYA terbuka dan sedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang undang itu kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Beliau berkata Pakatan Harapan pernah mengusulkan supaya pindaan di...
Akta Lompat Parti Sangat Jelas Kata Bekas Speaker Selepas Johari Kekalkan Ahli Parlimen Paling Tadah

Akta Lompat Parti Sangat Jelas Kata Bekas Speaker Selepas Johari Kekalkan Ahli Parlimen Paling Tadah

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 164 hits
malaysianow comJulai 12 2024 Azhar Azizan Harun berkata pindaan diluluskan sebulat suara ketika beliau menjadi speaker itu memberikan panduan jelas dalam membuat keputusan Bekas speaker Azhar Azizan Harun berkata undang undang menghalang wa...
Akta Lompat Parti Terang Terang Telah Dibakul Sampahkan Mp Blok Kerajaan Kini Terbuka Untuk Tarik Sokongan

Akta Lompat Parti Terang Terang Telah Dibakul Sampahkan Mp Blok Kerajaan Kini Terbuka Untuk Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 114 hits
Tidak ada rakyat Malaysia yang waras dan kepalanya tak masuk air yang dapat menerima keputusan Speaker Parlimen Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen yang wakil rakyat telah terhenti keahliannya daripada Bersatu kerana tidak ...
Akta Lompat Parti Perlu Le Ih Ketat

Akta Lompat Parti Perlu Le Ih Ketat

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 213 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu wajar dilakukan bagi memastikan negara tidak kucar kacir dengan tindakan ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding memperkasa kerajaan setelah di...
Umno Menolak Kerjasama Dengan Pas Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

Umno Menolak Kerjasama Dengan Pas Selagi Hadi Awang Menjadi Tampuk Pimpinan Parti Itu

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 326 hits
KUALA KANGSAR UMNO menolak kerjasama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri itu berkata ia berdasarkan pengalaman beli...
Orang Tak Da Parti Kerjanya Menghasut

Orang Tak Da Parti Kerjanya Menghasut

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 98 hits
Zainuddin Omar Isham on a crusade Adakah Tok Mat akan lawan Zahid Hamidi dan tarik UMNO dari gabungan PH Bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno Isham Jalil mencabar timbalan presiden parti itu Mohamad Hasan supaya bertanding jawatan preside...
Pusat Pengundian Ditutup Parti Buruh Dijangka Raih Majoriti

Pusat Pengundian Ditutup Parti Buruh Dijangka Raih Majoriti

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 195 hits
LONDON Pemimpin Parti Buruh Keir Starmer bakal dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom dengan mendahului undian 410 berbanding lawan terdekatnya Konservatif hanya 130 kerusi Parlimen Sesi pengundian baru sahaja berakhir kira kira 30...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich