Mohamad Pertahan Kerusi Dun Rantau Buat Penggal Keempat



SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sebelum ini selepas memenanginya pada pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan hari ini.

Mohamad, 63, yang juga pemangku Presiden UMNO, menang dengan majoriti 4,510 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram, 60, dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi, 51, dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin, 67.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 10,397 undi, Dr Streram yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau dan pakar bius mendapat 5,887 undi manakala Malarvizhi dan Mohd Nor, masing-masing memperoleh 83 serta 79 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Nizam Tajul Arus di pusat penjumlahan undi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Sri Sendayan, pada 8.45 malam ini.

Kemenangan Mohamad bagi kerusi itu merupakan kali keempat sejak disandangnya pada 2004.



PRK berkenaan menyaksikan seramai 16,446 pengundi atau 79.3 peratus keluar mengundi di 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran.

Mohamad dalam sidang media selepas pengumuman itu melahirkan rasa bersyukur memenangi PRK itu yang disifatkan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang mencemarkan proses demokrasi.

“Hari ini kita mendapat keputusan yang selesa dan di luar jangkaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jentera parti termasuk parti komponen BN yang bertungkus lumus membantu sepanjang 14 hari tempoh berkempen,” katanya.

Malarvizhi pula berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan berterima kasih kepada mereka yang mengundinya manakala Mohd Nor berkata beliau redha dengan keputusan itu.

DUN Rantau yang memiliki keluasan 15,960.74 hektar, mempunyai seramai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, empat orang pengundi tidak hadir luar negara dan selebihnya pengundi awal.

Daripada jumlah tersebut, 55.51 peratus atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46 peratus atau 3,863), India (26 peratus atau 5,441) dan lain-lain (0.03 peratus atau tujuh).

PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh selepas PRU14 pada 9 Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt), Parlimen Cameron Highlands (26 Jan) serta DUN Semenyih (2 Mac).

PRK itu diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/GmRxTw2-vrc/mohamad-pertahan-kerusi-dun-rantau-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Kekal Kerusi Dun Rantau Majoriti 4 510 Undi

Tok Mat Kekal Kerusi Dun Rantau Majoriti 4 510 Undi

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 300 hits
RANTAU Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau dengan majoriti 4 510 undi Mohamad Hasan menerima 10 397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan Dr S Streram yang sekadar menda...
Mohamad Hasan Bayang Tanding Kerusi Parlimen Pada Pru Ke 15

Mohamad Hasan Bayang Tanding Kerusi Parlimen Pada Pru Ke 15

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 281 hits
Bernama Mohamad ketika hadir di Kampung Sendayan untuk berkempen sempena PRK DUN N27 Rantau malam tadi fotoBERNAMA SEREMBAN Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan ak...
Pengundian Prk Dun Rantau Bermula

Pengundian Prk Dun Rantau Bermula

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 244 hits
SEREMBAN 13 April 8211 Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau bermula sebaik sahaja 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka tepat pada pukul 8 pagi ini Proses mengundi yang berlangsung sembilan jam setenga
Informasi Prk Dun Rantau Seolah Olah Pas Bertanding Presiden Pas

Informasi Prk Dun Rantau Seolah Olah Pas Bertanding Presiden Pas

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 298 hits
SEREMBAN Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan gerak kerja para petugas parti itu pada sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dun Rantau seolah olah PAS yang bertanding Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang meluangkan m...
Prk Dun Rantau Bn Menang Ph Tumbukan Melayang

Prk Dun Rantau Bn Menang Ph Tumbukan Melayang

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 330 hits
REMBAU 13 April Barisan Nasional berjaya mencipta hatrik apabila menang di Pilihan Raya Kecil N 27 Dewan Undangan Negeri Rantau Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh 10 397 undi menewaskan calon dari Pakatan Harapan dan
Prk Dun Rantau Uncle Kentang Turun Kempen Calon Bebas

Prk Dun Rantau Uncle Kentang Turun Kempen Calon Bebas

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 376 hits
Astro Awani CHEE HENG Saya menyokong usaha beliau dalam mengangkat suara rakyat namun saya rasa dia akan kalah deposit SEREMBAN Calon Bebas di DUN Rantau Malarvizhi Rajaram melancarkan manifesto kempennya pada malam Selasa Beliau yang turut...
Najib Akan Turun Berkempen Orang Rantau Tak Kisah Kes 1mdb Mohamad

Najib Akan Turun Berkempen Orang Rantau Tak Kisah Kes 1mdb Mohamad

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 332 hits
Astro Awani April 02 2019 12 55 MYT Kehadiran Bekas Pengerusi BN yang terpalit dengan isu dana 1Malaysia Development Berhad itu tidak akan memberi kesan kepada pengundi di Rantau Gambar failSEREMBAN Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad...
Prk Dun N9 13 4 Kerah Sekat Ph Tambah Kerusi

Prk Dun N9 13 4 Kerah Sekat Ph Tambah Kerusi

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 280 hits
SEREMBAN Pakatan Harapan tidak boleh sama sekali dibenarkan menambahkan kerusi Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan untuk menyekat kelebihan pengaruh DAP Sehubungan itu rakyat Rantau mesti memastikan kemenangan calon Barisan Nasional Da...
Tak Rasmi Mat Hasan Pertahan Rantau

Tak Rasmi Mat Hasan Pertahan Rantau

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 278 hits
Diterbitkan Hari ini 6 01 petangLANGSUNG7 05pm Berdasarkan pengiraan Malaysiakini PRK Rantau dimenangi oleh calon BN Mohamad Hasan Berdasarkan kiraan semasa yang dipaparkan di pusat penjumlahan undi undi yang diraih Mohamad ketika ini sudah...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Drama Haluan

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Miniatur Bus Sudiro Tungga Jaya Dome Legacy Sr2 S Series

Miniatur Bus Budiman 3e 88 Jetbus3

Gara Gara Tayar Pancit Kelisa Dapat Rim Baru Dan Tayar Secondhand

How Do I Rehome These Fish Practical Fishkeeping

Merumput Di Raised Bed Keladi

How To Recover Lost Data From Your Smartphone