Aksi Pemburu Haram Thanabalan Dirindui Peminat
Pemburu Haram Thanabalan bakal bakal beraksi bersama Sabah FC di musim baru MSL Julai 2021 nanti!
Si Pemburu Haram Thanabalan – Aksi Yang Dirindui Peminat
Si Pemburu Haram Thanabalan – Aksi Yang Dirindui Peminat P emburu haram atau dalam bahasa penjajah dipanggil “poacher” merupakan terma yang sering digunakan dalam dunia bola sepak zaman dahulu hinggalah zaman sekarang.
Jika dulu, pemburu haram dianggap pemalas namun zaman moden ini, pemburu haram dianggap sebagai satu kelebihan. Asalkan pemburu menjaringkan gol maka mereka akan dianggap wira sesebuah pasukan.
10 - Teemu Pukki scored 10 goals in the UEFA Euro 2020 qualifiers, eight more than any other Finn (Fredrik Jensen, 2 goals). This is the most ever scored by a Finnish player in a single qualification campaign for a major tournament (World Cup + European Championships). Spearhead. pic.twitter.com/fotJE6MWqM
— OptaJoe (@OptaJoe) June 12, 2021 Jika di Norwich City, Temmu Pukki merupakan pemburu haram mereka, maka di Malaysia juga ada pemburunya.
Pemburu haram juga kadang kala lemah dari sudut lain dan akan melakukan apa sahaja gerakan walaupun tidak kelihatan kemas asalkan jaringan dapat dihasilkan.
Thanabalan Malaysia
Pemburu adalah sejenis pemain bola sepak. penyerang dengan kemampuan menjaringkan gol yang hebat dan pergerakan berbahaya di hadapan gawang lawan. Pemburu adalah pemain yang selalu kelihatan berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat ketika menjaringkan gol.
40'| GOL THANAAABALAN!
Terkini di Alor Star, N. Thanabalan menyamakan kedudukan buat Hijau Kuning selepas tenang menampan masuk umpanan Fernando Rodriguez!@official_kfa 1-1 @peraktbgmy #LigaSuper2019#MFLLive#KEDPRK pic.twitter.com/9ZdOXoAgE6
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 13, 2019 Siapakah Thanabalan? Thanabalan atau nama penuhnya Thanabalan a/l Nadarajah merupakan pemain dari pasukan Sabah FC. Pernah bermain untuk Felcra United secara pinjaman dari skuad Hoben Jang Hoben, Negeri Sembilan.
Thana mempunyai kisahnya tersendiri. Dia mempunyai keluarga yg besar dan ayah yg sudah lumpuh. Ini membuatkan dia memilih bolasepak bagi menyara keluarganya. Dengan 4 gol dari Sukan SEA kali ini pasti membuka mata banyak pihak dan sudah pasti dia akan berada dalam radar pasukan2 besar apabila pasaran perpindahan dibuka nanti.
Thanabalan Nadarajah, pemain bola sepak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan ini pantas menggamit sokongan peminat bola sepak Malaysia setelah berjaya menjaringkan beberapa jaringan unik ketika beraksi di bawah jagaan Ong Kim Swee dalam kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun.
Pemain berusia 22 tahun dari Seremban itu mengakui kemahiran tandukannya lebih baik daripada jaringan menerusi sepakan hasil latihan menanduk bola ke dinding ketika berada di rumah.
"Saya memang suka menjaringkan gol menerusi tandukan sejak saya bermain bola sepak dari kecil lagi. Memang jaringan tandukan saya lebih baik daripada sepakan.
"Saya belajar menanduk bola daripada bapak saya (S Nadarajah) dan jurulatih, Khalid Shahdan serta beberapa jurulatih lain. Bila saya berada di rumah, saya berlatih menanduk bola ke dinding," katanya.
Thanabalan mempunyai 6 aksi dengan 4 jaringan pada tahun 2017 dalam acara bola sepak Sukan SEA.
THANABALAN (kanan) bersama keluarga menyambut Deepavali.
Separuh gaji untuk famili “Setiap kali menjelang Deepavali, saya akan memberikan wang kepada ahli keluarga untuk membeli kelengkapan. Ia rutin biasa bagi membantu tugas bapa sebagai ketua keluarga,” kata pemain bola sepak kebangsaan, N Thanabalan, 22, yang berkongsi persiapannya meraikan Deepavali .
“Sejak bapa (S Nadarajah, 56) terbabit kemalangan pada 2013, saya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Berbekalkan pendapatan sebagai pemain bola sepak, wang itu digunakan untuk menggembirakan mereka,” katanya.
Thanabalan berkata, dia membelikan pakaian baru buat bapa, ibunya V Thiru Sundari, 52, serta dua adik, Kheeteeswaran, 19, dan Keerthikaa, 13. “Untuk diri sendiri, saya tidak kisah jika tiada pakaian baru, tetapi untuk keluarga mereka perlu berseronok. Saya juga akan memastikan semua keperluan dapur dan barangan lain mencukupi,” katanya.
Menurutnya, setiap sebulan separuh daripada gajinya diperuntukkan untuk keluarga bagi membalas jasa orang tuanya.
“Saya meraikan Deepavali dalam keadaan sederhana dan hanya membelanjakan RM2,000 bagi tujuan itu. Sedikit kelainan, mungkin saya mula dikenali selepas menjaringkan gol ketika menyertai Sukan SEA Ogos 2017,” katanya.
Thanabalan mengakui sebaik temasya sukan itu berakhir, popularitinya meningkat dan ramai peminat mahu merakam gambar bersamanya.
“Perubahan itu satu kejutan baru buat saya baik dalam kehidupan mahupun di persada arena bola sepak,” katanya.
Kelibat kelincahannya mula hilang selepas menyertai pasukan Kedah pada tahun 2019 dan beliau kini bermain bersama Sabah FC.
Aku rindu kehadiran Thanabalan yang sentiasa bermain dengan penuh semangat di dalam padang #HarimauMalaya pic.twitter.com/7fbzbNIaVY
— 𝗦𝗮𝗿𝗼𝗹🇵🇸 (@moshahrulfitri) June 3, 2021 Walaupun zamannya mungkin sedang pudar, namun video di bawah membuktikan kemantapannya dulu kala yang menceriakan ratusan ribu peminat bola sepak di Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2021/06/aksi-pemburu-haram-thanabalan-dirindui.html