Akmal Jadi Faktor Atau Tidak


 

Pertelingkahan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dengan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok tidak lebih hanyalah satu ‘wayang opera Cina’. Itu kata seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard menjelang PRK Mahkota, Sabtu ini.

Kok nak tarik undi Cina, Akmal nak tarik undi Melayu, kata Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu dalam ceramahnya di Kampung Tengah, Kluang pada Jumaat lalu.
Ramai sedia maklum Akmal sebelum ini mendakwa Kok tidak berhenti untuk mengganggu-gugat keharmonian dan mencampuri urusan agama Islam susulan kenyataannya pensijilan halal bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia bahan ejekan di luar negara.
Mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya, Kok kemudian mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi RM25 juta kepada Adun Merlimau itu dengan mendakwa serangannya memberi gambaran Ahli Parlimen Seputeh itu seorang bersifat perkauman dan tidak menghormati Islam.

Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender, kata Akmal dalam reaksinya terhadap surat tuntutan pada 11 Sept itu yang tempoh tujuh hari diberikan kepadanya untuk memberi jawapan sudah pun tamat. Belum kedengaran bila peguam Kok akan memfailkan tuntutan di mahkamah.
Secara kebetulan pandangan Che’gu Bard itu selari dengan pendapat penganalisis yang melihat perbalahan kedua-duanya tidak akan merugikan calon Barisan Nasional (BN).
Azmi Hassan, seorang felo Majlis Profesor Negara, melihat serangan Akmal ke atas Kok menunjukkan kepada orang ramai bahawa Umno sedia berselisih dengan DAP walaupun kedua-duanya daripada parti pemerintah.

Pertembungan ini lebih beri keuntungan kepada Umno kerana dapat mempamerkan pendapat dan pandangan bertentangan dengan DAP, katanya pada 12 Sept sebagai menidakkan parti itu di bawah telunjuk DAP.
Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah percaya perbalahan Akmal dengan Kok tidak akan mengganggu hubungan kedua-dua parti. Ini bersandarkan pandangannya bahawa pertelagahan kedua-duanya bersifat peribadi — perbezaan pendapat secara umumnya dan tidak mengganggu hubungan Umno dan DAP dalam kerajaan perpaduan.
Ia bagaimanapun disangkal seorang lagi penganalisis Syed Arabi Idid yang percaya perkara itu jika dibiar berlarutan dan tidak dinasihati oleh pihak pemimpin atasan dalam kedua-dua parti itu boleh menjadi isu dalam PRK DUN Mahkota.
Oleh kerana perbalahan Akmal dengan Kok tercetus sebelum hari penamaan calon 21 Sept lalu, maka isu itu menjadi buah mulut. Ini didahului oleh Naib Ketua DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali yang mendakwa pengamatannya selepas seminggu turun ke kawasan terbabit mendapati sikap Akmal yang dianggap ‘gengster’ bukan hanya tidak disukai pengundi bukan Melayu tetapi juga masyarakat Melayu.
Nasihatnya ialah supaya Umno segera ‘menguruskan’ ketua Pemudanya itu kerana bimbang kenyataannya berkait isu pensijilan akan menjejaskan peluang wakil kerajaan perpaduan pada PRK Mahkota.
Barangkali ini yang mendorong Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pada 19 Sept bahawa perang mulut Akmal dengan Kok dianggap tamat selepas beliau sendiri yang meredakan ketegangan antara kedua-duanya.

Dah… dah ‘tone down’. Saya telah berjumpa dengan Akmal sendiri pada 14 Sept dan saya juga telah memberitahu kepada (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke mengenai perkara itu. Jadi, isu ini telah ditutup, katanya sebagai menangkis tanggapan beliau tidak boleh mengawal pemimpin muda itu.
Namun, ia belum lagi boleh dianggap menutup episod berkenaan susulan Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau selanjutnya mendesak Akmal meminta maaf kepada Kok dan semua rakyat Malaysia berhubung isu pensijilan halal.
Tambahan pula perbalahan kedua-duanya sebelumnya dianggap sia-sia selepas Jemaah Menteri pada 18 Sept bersetuju mengekalkan dasar sedia ada bahawa permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) perlu bersifat sukarela seperti mana ia dilaksanakan sejak 1974.
Secara tidak langsung juga, ‘wayang opera Cina’ seperti diungkapkan Che’gu Bard masih dianggap benar selagi Akmal — tidak pernah memohon maaf sebelumnya baik kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mahupun KK Mart — sanggup berbuat sebaliknya kepada Kok.
Sambil itu, BN dan Umno nampaknya terus beria-ia mempertahankan Akmal selain memainkan naratif bahawa PRK ini lebih berkisar kepada faktor ‘wow’ calonnya Syed Hussien Syed Abdullah dan apa yang mampu ditawarkannya kepada pengundi Mahkota berbanding faktor Akmal yang dikhuatiri mendorong pengundi Cina — kira-kira 35% pengundi setempat dengan 54% Melayu dan 8% India — tidak mengundi.
Di samping Akmal sendiri menyangkal satu laporan FMT memetik seorang pemimpin Umno enggan dikenali sebagai berkata peranannya dikurangkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa pengundi Cina, ketua Pemuda Umno itu berkata hampir setiap hari beliau turun ke Mahkota bagi memastikan gerak kerja Pemuda berjalan lancar.

Bila kita turun ke kawasan orang Cina, mereka terima kita dengan sangat baik. Malah tak kira apa bangsa sekali pun, mereka terima kita, katanya.
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pula mempertahankan Akmal tidak pun perlu memohon maaf hanya kerana memberi pandangan ikhlasnya sebagai mewakili Pemuda Umno di samping meluahkan rasa tidak puas hatinya yang tidak harus disalahertikan sebagai bersifat perkauman.
Dalam pada itu, rasa tidak selesa pengundi Cina di Mahkota — biarpun bersungguh-sungguh dinafikan BN — mungkin sesuatu yang nyata. Hakikat bahawa Akmal perlu terus dipertahankan dalam kempen yang sudah memasuki minggu keduanya membayangkan ada keresahan menuju hari mengundi Sabtu ini.
Selewat Ahad lalu, Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi yang menerima laporan daripada komuniti perniagaan menyatakan pengundi Cina di Mahkota kurang berminat untuk mengundi kali ini, merayu mereka agar tidak menghukumnya dengan meneruskan hasrat berkenaan.

Jika benar, saya sangat-sangat sedih. Kerana isu-isu di peringkat persekutuan, mereka (pengundi Cina hendak) hukum saya, katanya.
Sebagai mengeyakan kekhuatirannya itu, penyelaras Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Mahkota Wong Shu Qi mendedahkan wujudnya surat berantai dalam bahasa Cina mendesak pengundi Cina agar tidak keluar mengundi. Ini menyusuli kempen ‘Satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Akmal Umno’ yang tular sebelum ini.
Akmal, sama ada disukainya atau tidak, adalah satu faktor hingga selesai proses mengundi pada jam 6 petang Sabtu ini kecuali… beliau memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak diduga atau kesudahannya ia satu ‘wayang opera Cina’ yang tidak menjadi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/a_31.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan Dap Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina

Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan Dap Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 86 hits
Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina Walau pun UMNO Barisan Nasional mendapat kemenangan bergaya di dalam pilihan raya kecil Mahkota namun ada isu yang sangat serius mesti diambil tindakan segera Jumlah u...
Gisbh Kerajaan Pahang Pandang Serius Tiada Kompromi Jika Langgar Akidah Atau Syariah Di Negeri Ini

Gisbh Kerajaan Pahang Pandang Serius Tiada Kompromi Jika Langgar Akidah Atau Syariah Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 116 hits
TEMERLOH Kerajaan Pahang memandang serius isu berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd dan tidak akan berkompromi sekiranya terdapat ajaran yang melanggar akidah atau syariah di negeri itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata...
Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 188 hits
Obesiti atau kegemukan adalah masalah serius dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan dunia 1 daripada 2 dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan dan obesiti Sumber
Pantai Teluk Kemang Atau Pantai Teluk Khemah

Pantai Teluk Kemang Atau Pantai Teluk Khemah

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 133 hits
KOSMO Antara tangkap layar video tular memaparkan keadaan Pantai Teluk Kemang yang dipenuhi dengan deretan khemah biru sehingga menghalang pemandangan pelancong PETALING JAYA Pengguna di media sosial sekali lagi meluahkan kritikan terhadap ...
Cara Simpan Duit Gaji Yang Pertama Untuk Beli Kereta Kereta Baru Atau Kereta Second Sesuai

Cara Simpan Duit Gaji Yang Pertama Untuk Beli Kereta Kereta Baru Atau Kereta Second Sesuai

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 218 hits
Memiliki kereta sendiri adalah impian ramai orang terutama sekali apabila baru sahaja mendapat gaji pertama Namun pembelian kereta merupakan keputusan kewangan yang besar dan perlu dilakukan dengan berhati hati Untuk itu langkah pertama ada...
Elak Cuci Telinga Anak Guna Besi Atau Kayu Pakar Kongsikan Cara Tepat

Elak Cuci Telinga Anak Guna Besi Atau Kayu Pakar Kongsikan Cara Tepat

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 102 hits
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr Nik Hisyam Perunding Pakar Bedah ENT Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak merek...
Ilham Centre Pengundi Pn Kembali Kepada Bn Faktor Kemenangan

Ilham Centre Pengundi Pn Kembali Kepada Bn Faktor Kemenangan

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 78 hits
SITI NUR ZAWANIKetua Penyelidik Ilham Centre Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim tidak menolak kemungkinan kekalahan Perikatan Nasional adalah disebabkan dua faktor iaitu pengundi PN tidak keluar mengundi atau berlaku peralihan undi kepada Bar...
Saya Tak Takut Kita Jumpa Di Mahkamah Dr Muhamad Akmal Tegaskan Kepada Teresa

Saya Tak Takut Kita Jumpa Di Mahkamah Dr Muhamad Akmal Tegaskan Kepada Teresa

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 163 hits
bharian com myOleh September 10 2024 9 27pmKUALA LUMPUR Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak gentar berdepan tindakan mahkamah yang mungkin akan difailkan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadapnya susulan kenyataan berkai...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal