Akibat Shaken Baby Syndrom Darwisy Alami Cerebral Palsy Ketabahan Sikap Positif Ibu Bantu Perkembangan


Mengalami goncangan kuat akibat Shaken Baby Syndrome, anak yang lahir normal ini mengalami cerebral palsy akibat kecederaan otak. Tapi sikap positifnya ibu ini cukup tabah menempuhi segalanya
 
Pertama kali menatap cerianya anak ini, penulis terdetik tentu dia mendapat semangat positif dari orang sekeliling. Jadi benarlah tanggapan itu, anak ini mempunyai ibu ayah yang sangat positif dan bersemangat. Sangkaan penulis, ibu ini mempunyai latar belakang dalam terapi cara kerja. Tapi sangkaan ini meleset, kerana katanya dia tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang itu.
Menyelak album yang dikongsikan berkaitan aktiviti rangsangan yang diberikan kepada dua cahayamata, seolah-olah suasana seperti di pusat terapi. Penuh dengan bahan mainan sensori yang dibuat sendiri. “Aktiviti yang saya buat kebanyakkan adalah dari idea saya berdasarkan pembacaan dibuku,”kata Siti Saidah, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Darwisy dan Zara
CEREBRAL PALSY DAN GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY Anak pertamanya, Darwisy diagnose Cerebral Palsy dari usia 2 tahun. Tetapi sebelum itu sudah pun didiagnosis mengalami Global Development Delay akibat pendarahan diotaknya semasa dia berumur 3 bulan 2 minggu
“Darwisy adalah kes shaken baby syndrome, diambil dari nursery akibat sawan tanpa henti. Dia dikategorikan sebagai kategori traumatic brain injury with acute & chronic subdural hematoma. “Kesannya perlu dibedah dikepalanya untuk keluarkan darah yang tersumbat diotaknya kesan dari pendarahan yang berlaku. Kesnya menjadi kes polis kerana terdapat unsur penderaan pada ketika itu,” kata Siti Saidah. SEDIH & KECEWA KERANA ANAK LAHIR NORMAL TETAPI… “Saya bekerja diwaktu ini. Sedih dan kecewa kerana anak yang lahirnya normal tetapi….” Saidah turut mengimbau kembali saat awal terjadinya kejadian itu. Darwisy ditahan di dalam wad selama 2 minggu. Selama seminggu di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HKL dan seminggu lagi di wad neuro HKL. “Setelah discaj dari hospital terus langkah seterusnya adalah saya berhenti kerja. Suami juga marah dan kecewa. Tetapi harus reda dengan ketentuan yang sudah disusun Allah,” kata Saidah. Dari situ, kekuatan timbul dan kini ibu ini sebati dan mengadaptasi dengan keadaan Darwisy. Banyak aktiviti rangsangan yang dilakukan olehnya sendiri di rumah. Walau pun kini pada usia 7 tahun Darwisy, aktiviti rangsangan di rumah tetap diteruskan
AKTIVITI RANGSANGAN UNTUK DARWISY Saidah telah berkongsi tentang terapi dan aktiviti homeschooling yang dilakukan kepada anaknya, Darwisy dan Zara.
Terapi dan homeschooling cara kami.
Tujuan lebih tertumpu pada Darwisy putera istimewa Cerebral Palsy saya.
10 point yang WAJIB buat setiap hari. Setiap masa/sesi didalam jadual harian punya misi yang berbeza untuk dicapai.
Jika sebelum ini, pointnya sedikit tetapi tahun ini ditingkatkan dan perlu ditulis/diprint begini supaya tidak lupa dan leka.
Point yang boleh dikatakan yang paling lemah adalah berkaitan persepsi visual.
Point ini yang baru dijodohkan pada tahun lepas selepas seorang sahabat yang sungguh baik hati memberitahu saya berkenaan isu ini.
Beginilah cabarannya besarkan anak istimewa ini. Lain tahun lain cabarannya. Makin digali ilmu makin jumpa term yang baru atau isu yang tak disangka.
Tak mudah tapi tak bererti susah, hanya terdapat cabaran.

DARWISY BELAJAR & TERAPI DENGAN TEACHER MAMA! Terkini, Darwisy sedang melalui pelbagai stimulasi dengan Saidah di rumah, sesi belajar dan terapi dengan teacher mama!
Journey of little fighter darwisy hakimi.
Sesi belajar dan terapi dirumah bersama teacher mama dihari pertama tahun 2019.
•Sesi pagi pertama
Brushing technique
Stretching
Oral motor stimulation
Anat Baniel Method (ABM)

• Sesi pagi kedua
Latihan fonik- Kenal abjad dan membaca (tujuan utama betulkan sebutannya).
Latihan fizikal- wheel barrow, kuatkan otot tangan guna peanut stability ball.
Latihan untuk kemahiran motor halus- fokus lebih pada penggunaan tangan kanan
Belajar subjek bahasa melayu.

Sesi pagi memang dia fokus, ajar kemas mainan lepas sudah main. Letak ditempat yang betul. Untuk didiknya jadi seorang yang bertanggungjawab dan juga bagus untuk fokus matanya.
• Sesi petang pertama
Belajar subjek sains, matematik dan bahasa inggeris.
Belajar menulis dan mewarna.

Lepas itu beri dia rest dan bermain ikut suka. Zara pun sudah balik.
Dan akhirnya terus .
#cerebralpalsy #keepmovingkeepfighting
#nevergiveuptilltheend
Sumber: Siti Saidah The post Akibat Shaken Baby Syndrom, Darwisy Alami Cerebral Palsy. Ketabahan & Sikap Positif Ibu Bantu Perkembangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/akibat-shaken-baby-syndrom-darwisy-alami-cerebral-palsy-ketabahan-sikap-positif-ibu-bantu-perkembangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Pun 2 Tahun Armeen Dah Tinggalkan Mama Ibu Luah Rindu Perginya Anak Cerebral Palsy Quadplegia

Belum Pun 2 Tahun Armeen Dah Tinggalkan Mama Ibu Luah Rindu Perginya Anak Cerebral Palsy Quadplegia

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 438 hits
Sudah dikandung 9 bulan dan dan dijaga bagi menatang minyak yang penuh akhirnya si kecil pergi menghadap Ilahi Kerinduan ibu tak dapat dibendung lagi Kehilangan yang dihadapi ibu ini tidak dapat penulis selami tentunya tidak mudah melihat s...
Lahir Normal Tetapi Bahagian Depan Kepala Terbuka Sedikit Ibu Reda Faris Hemiplegic Cerebral Palsy

Lahir Normal Tetapi Bahagian Depan Kepala Terbuka Sedikit Ibu Reda Faris Hemiplegic Cerebral Palsy

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 464 hits
Sepanjang hamil dan melahirkan anak ini tiada langsung kelainan Proses tumbesaran juga normal ketika bayi Dilahirkan pada minggu ke 38 menerusi indius berat anak kecil ini ialah 2 3kg Anak sulung keluarga ini dinamakan Muhammad Faris Fakhri...
Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan Seberat 1 4kg Aulia Kini Membesar Dengan Bijak Ibu Kongsi 5 Tips

Alami Pendarahan Otak Masa Dilahirkan Seberat 1 4kg Aulia Kini Membesar Dengan Bijak Ibu Kongsi 5 Tips

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 397 hits
Anak ini mengalami pendarahan otak semasa lahir dan ibunya melalui beberapa komplikasi semasa hamil dan bersalin Namun ia sama sekali tidak mengganggu perkembangannya ibunya berkongsi tips Melalui proses kehamilan dan kelahiran yang agak me...
Ayah Hanya Bekerja Sebagai Pemandu Lori Saya Belajar Sungguh Sungguh Kerana Nak Bantu Ibu Dan Ayah

Ayah Hanya Bekerja Sebagai Pemandu Lori Saya Belajar Sungguh Sungguh Kerana Nak Bantu Ibu Dan Ayah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 379 hits
Ayah hanya bekerja sebagai pemandu lori Saya belajar sungguh sungguh kerana nak bantu ibu dan ayah Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan baharu di negara ini akan bermula Ayah hanya bekerja sebagai pemandu lori Saya belajar sungguh su...
Pa Ma Tv Demam Suhu Tinggi On Off Kulit Lebam Kebiru Biruan Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza A

Pa Ma Tv Demam Suhu Tinggi On Off Kulit Lebam Kebiru Biruan Ibu Ini Kongsi Pengalaman 2 Anak Alami Influenza A

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 397 hits
Demam suhu tinggi tak sembuh badan lebam kebiruan rupanya tanda tanda anak terkena influenza Kalau tidak dirawat segera boleh sebabkan jangkitan pada otak dan paru paru pula Puan Nur Syahira Khairil Anwar berkongsi pengalamannya dalam ranca...
Tantrum Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Control Dengan 7 Tips Ini

Tantrum Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Control Dengan 7 Tips Ini

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 468 hits
Tantrum adalah salah satu perkara yang biasa bagi kanak kanak dua tahun ke atas Pada fasa ini ibu ayah perlu lah banyakkan bersabar kerana ia ada kaitan dengan perkembangan otak si manja Ibu ini telah berkongsi mengenai tantrum yang dihadap...
Doktor Jelaskan 11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Orang Sekeliling Kerap Pandang Remeh

Doktor Jelaskan 11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Orang Sekeliling Kerap Pandang Remeh

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 302 hits
Meroyan istilah masalah psikiatri yang khusus buat ibu selepas bersalin Gerun kalau ia benar benar terjadi dan jika tidak dirawat dari awal kerana boleh memberikan kesan yang serius kepada ibu dan bayi Jadi ibu selepas bersalin jangan ambil...
Hamil 4 Bulan Baby Bump Anzalna Sudah Kelihatan Netizen Kata Comel Berserinya Wajah Ibu Hamil

Hamil 4 Bulan Baby Bump Anzalna Sudah Kelihatan Netizen Kata Comel Berserinya Wajah Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 487 hits
Anzalna Nasir kini sedang hamil dan pertama kali memuatnaik gambarnya menampakkan perutnya Peminat teruja melihat baby bump Anzalna dan memuji seri wajah ibu mengandung Anzalna yang kini sedang hamil 4 bulan mengumumkan berita gembira terse...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Pm Anwar And President Erdogan Enjoy An Ev Joyride


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Modul Karangan Spm Pasca Pkp

Soalan Percubaan Spm 2020 Percubaan Bahasa Melayu Spm 2020

Nasi Tomato Salam

Buffet Ramadan Hotel Premiere Klang Bertema Seni Citarasa Ramadan Hidangan 1001 Rasa

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

Video Tular Bukan Lebuh Raya Baru China Ke Pakistan