Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim Irfan Wafiy Positif Myokymia


KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, sebelum ini sangat aktif berlari, berenang dan bebas melakukan apa sahaja bagi menikmati zaman kanak-kanaknya.
Kini, setiap pergerakannya terbatas setelah disahkan menghidap Myokymia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar.
Irfan Wafiy, anak keempat daripada lima beradik diduga dengan penyakit seakan-akan Parkinson dipercayai setelah terdedah dengan pencemaran toksik Sungai Kim-Kim, Johor, Mac lepas.
Ibunya, Norlela Abu Hashim, 45, berkata Irfan Wafiy dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) setelah sukar untuk bernafas disyaki akibat terhidu gas beracun semasa sesi persekolahan.
Tidak seperti rakan-rakan lain, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang itu dimasukkan ke hospital lebih lama iaitu 10 hari berikutan keadaan kesihatan yang merosot setiap hari.
Pakar HSI jelasnya telah melakukan pelbagai prosedur termasuk pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi mengenal pasti punca kakinya menggeletar. “Pada malam kedua di hospital kaki dia mula menggeletar. Sewaktu dia tidur, jantungnya berdegup kencang. Doktor tepuk pipi Irfan Wafiy banyak kali tapi dia seolah-olah tidur yang sangat lena. Kumpulan doktor yang berada di keliling katil membuat keputusan untuk memanggil pakar neurologi.
“Doktor pakar neurologi suruh dia berjalan, dia tak boleh berjalan. Saya kena pimpin dia. Ada satu ketika sewaktu saya bawa ke tandas, saya terlupa yang dia tidak lagi boleh berjalan dengan normal, dia jatuh dalam tandas,” kata Norlela kepada Bernama News Channel (Astro 502) ketika dihubungi hari ini.
Suri rumah itu berkata, pakar di HSI kemudiannya merujuk kes Irfan Wafiy ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan hasil pemeriksaan mendapati anaknya itu positif Myokymia susulan terhidu gas beracun yang mengakibatkan kegagalan fungsi paru-parunya.
Disebabkan terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital, bapa Irfan Wafiy, Idham Wazir, 49, mengambil keputusan berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak lelaki kesayangannya itu.
Menurut Norlela, Irfan Wafiy bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini dan disebabkan kecuaian pihak tidak bertanggungjawab, masa depan anaknya kini seolah-olah samar.
“Semua permainan, alatan sukan saya simpan. Ada kalanya Irfan Wafiy akan menumbuk-numbuk betisnya dengan harapan kakinya tidak lagi bergetar. Sebagai ibu yang dah membesarkan dia sejak lahir, saya sedih dengan apa yang terjadi,” katanya.
Norlela berkata, sejak anaknya menerima rawatan di HSI mahupun di HKL, tiada mana-mana pihak yang tampil memberi bantuan. Kunjungan mereka hanya sekadar melawat kemudian tiada tindakan susulan yang diberikan.
Menurut Norlela, disebabkan tiada pembelaan daripada mana-mana pihak, suaminya menghadiri sesi perjumpaan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bersama pengusaha kilang di Pasir Gudang baru-baru ini.
Menerusi video yang tersebar di media sosial, Idham menyuarakan kekesalannya kepada pengusaha kilang dan meminta agar mereka bertanggungjawab dengan kejadian yang menimpa bukan sahaja kepada Irfan Wafiy malahan kepada semua mangsa.
Pada 7 Mac, 103 pelajar dan penduduk di sekitar Sungai Kim Kim sakit dan dimasukkan ke hospital akibat terhidu gas beracun. Selepas penyiasatan awal dibuat, pihak berkuasa mengenal pasti puncanya ialah daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.
Pada 11 Mac 2019, gelombang kedua tindak balas gas beracun daripada bahan kimia di Sungai Kim Kim bermula. Seramai 106 mangsa baharu dimasukkan ke hospital dengan jumlah mangsa mencecah 1,000 orang beberapa hari kemudian, dan lapan daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Ini kerana gas itu boleh menyerap ke dalam badan manusia melalui saluran pernafasan dan juga kulit. Beberapa gas beracun dihasilkan selepas reaksi air dan udara bersama bahan kimia tersebut. Ia termasuk gas acrylonitrile, xylene, metana dan toluene yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/04/akibat-pencemaran-sungai-kim-kim-irfan-wafiy-positif-myokymia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Pencemaran Masa Depan Anak Saya Samar Kata Ibu Irfan Wafiy

Kerana Pencemaran Masa Depan Anak Saya Samar Kata Ibu Irfan Wafiy

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 508 hits
Irfan Wafiy Idham Wazir 12 sebelum ini sangat aktif berlari berenang dan bebas melakukan apa sahaja bagi menikmati zaman kanak kanaknya Kini setiap pergerakannya terbatas setelah disahkan menghidap Myokymia iaitu sejenis penyakit yang menye...
Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim

Kematian Marini Bukan Disebabkan Pencemaran Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 376 hits
Dakwaan kematian seorang wanita dikenali Marini Kasman 38 yang didakwa menjadi korban pertama insiden pencemaran Sungai Kim Kim di sini adalah tidak benar Perkara itu dinafikan suaminya A Bakar Abd Rahman 47 yang turut kecewa berita sedih d...
Pencemaran Tiada Kaitan Dengan Insiden Sungai Kim Kim

Pencemaran Tiada Kaitan Dengan Insiden Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 247 hits
PASIR GUDANG Pencemaran udara yang berlaku di sini tidak mempunyai kaitan dengan pencemaran di Sungai Kim Kim pada Mac lalu kerana tahap toksik yang dikenal pasti tidak sama JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www you...
Tak Sama Dengan Kes Sungai Kim Kim

Tak Sama Dengan Kes Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 253 hits
PENCEMARAN bau dan udara di Pasir Gudang yang berlaku sejak Khamis lalu berbeza dengan insiden pencemaran Sungai Kim Kim sebelum ini Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkat...
Terkorbannya Seorang Ibu Mangsa Pertama Meninggal Dunia Akibat Kes Pencemaran Pasir Gudang

Terkorbannya Seorang Ibu Mangsa Pertama Meninggal Dunia Akibat Kes Pencemaran Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 400 hits
Baru baru ini insiden pencemaran udara di Pasir Gudang telah menyaksikan ratusan pelajar dan guru daripada beberapa buah sekolah mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan Isu pencemaran tersebut bukan sahaja menjejaskan warga sekolah mala...
Derita Irfan Kerana Toksik Sungau Kim Kim

Derita Irfan Kerana Toksik Sungau Kim Kim

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 354 hits
SAYA nak kaki cepat sembuh nak jadi normal macam dulu balik Itu kata Irfan Wafi Idham Wazir 12 yang kini menderita apabila saraf kakinya menjadi lemah dan disahkan positif Myokymia susulan pencemaran Sungai Kim Kim Pasir Gudang Mac lalu JOH...
Pasirgudang Murid Sesak Nafas Muntah Akibat Pencemaran Udara

Pasirgudang Murid Sesak Nafas Muntah Akibat Pencemaran Udara

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 294 hits
Seramai 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar di sini kira kira tujuh kilometer dari Sungai Kim Kim yang dicemari toksik Mac lalu mengalami gejala sesak nafas dan muntah dengan lima daripada mereka dihantar ke hospital petang ini dipercayai ak...
Kilang Minyak Sawit Punca Pencemaran Bau Di Sungai Semenyih

Kilang Minyak Sawit Punca Pencemaran Bau Di Sungai Semenyih

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 639 hits
Pencemaran bau yang tinggi di Sungai Semenyih berpunca daripada sebuah kilang memproses minyak sawit Justeru kerajaan Selangor telah mengarahkan kilang yang memproses minyak sawit mentah kepada minyak sawit bersih menghentikan operasi dan p...
Penemuan Cecair Hijau Di Hulu Sungai Kim Kim Pula

Penemuan Cecair Hijau Di Hulu Sungai Kim Kim Pula

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 314 hits
Lapisan cecair hijau seakan minyak atau cat dalam kuantiti yang banyak serta tidak diketahui kandungannya ditemui di hulu Sungai Kim Kim pada Rabu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgP...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara