Kerana Pencemaran Masa Depan Anak Saya Samar Kata Ibu Irfan Wafiy


Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, sebelum ini sangat aktif berlari, berenang dan bebas melakukan apa sahaja bagi menikmati zaman kanak-kanaknya.
Kini, setiap pergerakannya terbatas setelah disahkan menghidap Myokymia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar.
Irfan Wafiy, anak keempat daripada lima beradik diduga dengan penyakit seakan-akan Parkinson dipercayai setelah terdedah dengan pencemaran toksik Sungai Kim-Kim, Johor Mac lepas.
Ibunya, Norlela Abu Hashim, 45, berkata Irfan Wafiy dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) setelah sukar untuk bernafas disyaki akibat terhidu gas beracun semasa sesi persekolahan.
Iklan
Tidak seperti rakan-rakan lain, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang itu dimasukkan ke hospital lebih lama iaitu 10 hari berikutan keadaan kesihatan yang merosot setiap hari.
Pakar HSI jelasnya telah melakukan pelbagai prosedur termasuk pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi mengenal pasti punca kakinya menggeletar.
“Pada malam kedua di hospital kaki dia mula menggeletar. Sewaktu dia tidur, jantungnya berdegup kencang.
“Doktor tepuk pipi Irfan Wafiy banyak kali tapi dia seolah-olah tidur yang sangat lena. Kumpulan doktor yang berada di keliling katil membuat keputusan untuk memanggil pakar neurologi.
“Doktor pakar neurologi suruh dia berjalan, dia tak boleh berjalan. Saya kena pimpin dia. Ada satu ketika sewaktu saya bawa ke tandas, saya terlupa yang dia tidak lagi boleh berjalan dengan normal, dia jatuh dalam tandas,” kata Norlela kepada Bernama News Channel (Astro 502) ketika dihubungi hari ini.
Suri rumah itu berkata, pakar di HSI kemudiannya merujuk kes Irfan Wafiy ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan hasil pemeriksaan mendapati anaknya itu positif Myokymia susulan terhidu gas beracun yang mengakibatkan kegagalan fungsi paru-parunya.
Bapa terpaksa berhenti kerja
Disebabkan terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital, bapa Irfan Wafiy, Idham Wazir, 49, mengambil keputusan berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak lelaki kesayangannya itu.
Menurut Norlela, Irfan Wafiy bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini dan disebabkan kecuaian pihak tidak bertanggungjawab, masa depan anaknya kini seolah-olah samar.
“Semua permainan, alatan sukan saya simpan. Ada kalanya Irfan Wafiy akan menumbuk-numbuk betisnya dengan harapan kakinya tidak lagi bergetar. Sebagai ibu yang dah membesarkan dia sejak lahir, saya sedih dengan apa yang terjadi,” katanya.
Norlela berkata, sejak anaknya menerima rawatan di HSI mahupun di HKL, tiada mana-mana pihak yang tampil memberi bantuan. Kunjungan mereka hanya sekadar melawat kemudian tiada tindakan susulan yang diberikan.
Menurut Norlela, disebabkan tiada pembelaan daripada mana-mana pihak, suaminya menghadiri sesi perjumpaan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bersama pengusaha kilang di Pasir Gudang baru-baru ini.
Menerusi video yang tersebar di media sosial, Idham menyuarakan kekesalannya kepada pengusaha kilang dan meminta agar mereka bertanggungjawab dengan kejadian yang menimpa bukan sahaja kepada Irfan Wafiy malahan kepada semua mangsa.
Pada 7 Mac, 103 pelajar dan penduduk di sekitar Sungai Kim Kim sakit dan dimasukkan ke hospital akibat terhidu gas beracun. Selepas penyiasatan awal dibuat, pihak berkuasa mengenal pasti puncanya ialah daripada bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.
Pada 11 Mac 2019, gelombang kedua tindak balas gas beracun daripada bahan kimia di Sungai Kim Kim bermula. Seramai 106 mangsa baharu dimasukkan ke hospital dengan jumlah mangsa mencecah 1,000 orang beberapa hari kemudian, dan lapan daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Ini kerana gas itu boleh menyerap ke dalam badan manusia melalui saluran pernafasan dan juga kulit. Beberapa gas beracun dihasilkan selepas reaksi air dan udara bersama bahan kimia tersebut. Ia termasuk gas acrylonitrile, xylene, metana dan toluene yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas.
– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/04/kerana-pencemaran-masa-depan-anak-saya-samar-kata-ibu-irfan-wafiy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Kena Lempang Ke Bahasa Kasar Ibu Bapa Terhadap Anak Bawa Kesan Jangka Masa Panjang

Nak Kena Lempang Ke Bahasa Kasar Ibu Bapa Terhadap Anak Bawa Kesan Jangka Masa Panjang

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 420 hits
Layanan yang baik kepada orang lain sudah pastinya dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain Apa tidaknya layanan yang baik dapat melatih diri untuk menghormati orang lain di samping dapat menjaga hati mereka Begitu jug...
Berguling Lembikkan Badan Depan Orang Masa Ni Sabar Ibu Ayah Kena Tahap Maksimum

Berguling Lembikkan Badan Depan Orang Masa Ni Sabar Ibu Ayah Kena Tahap Maksimum

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 334 hits
Tindakan segelintir ibu bapa sanggup memarahi malah memukul anak anak mereka di tempat awam mungkin ada sebab tertentu Ada yang berpendapat anak perlu diajar terus agar mereka dapat ingat sampai bila bila dan tak akan mengulanginya lagi Nam...
Yang Ada Zuriat Jangan Berlagak Kita Tak Tahu Masa Depan Anak

Yang Ada Zuriat Jangan Berlagak Kita Tak Tahu Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 328 hits
Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 31 Mei lalu kehadiran Mohamad Eidress sememangnya sangat dinanti nanti buat Anzalna Nasir dan suaminya Hanif The post appeared first on
Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim Irfan Wafiy Positif Myokymia

Akibat Pencemaran Sungai Kim Kim Irfan Wafiy Positif Myokymia

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR 4 Julai Irfan Wafiy Idham Wazir 12 sebelum ini sangat aktif berlari berenang dan bebas melakukan apa sahaja bagi menikmati zaman kanak kanaknya Kini setiap pergerakannya terbatas setelah disahkan menghidap Myokymia iaitu sejeni...
Rasa Rindu Bila Tengok Pakaian Anak Anak Masa Diorang Kecil

Rasa Rindu Bila Tengok Pakaian Anak Anak Masa Diorang Kecil

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 553 hits
Hi Semua Bila dah start buka kotak keramat biasanya dari nak kemas kemas terus jadi aktiviti mengimbas kenangan lama Gitu lah mak pak kalau dah tak de anak kecik Lepas tu berangan boleh ke nak beranak lagi nih Cepak2 tampar pipi hello kau d...
Pengebumian Anak Penuh Hiba Ibu Hanya Dapat Saksi Jenazzah Menerusi Vc Sahaja

Pengebumian Anak Penuh Hiba Ibu Hanya Dapat Saksi Jenazzah Menerusi Vc Sahaja

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 356 hits
Pengebumian anak penuh hiba ibu hanya dapat saksi jenazzah menerusi VC sahajaPengebumian anak penuh hiba ibu hanya dapat saksi jenazzah menerusi VC sahaja
Dia Meraung Kesakitan Telinga Dah Bengkak Berdarah Ibu Kesal Beri Anak Pakai Anting Anting

Dia Meraung Kesakitan Telinga Dah Bengkak Berdarah Ibu Kesal Beri Anak Pakai Anting Anting

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 586 hits
The ReporterSeorang kanak kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan di telinganya yang bengkak dan berdarah akibat dipakaikan anting anting Ibunya Sri Patmawati Sariman cuba membuka anting anting tetapi mangsa enggan membenarkannya berbuat...
Cara Didik Anak Kecil Masa Kecil Mereka Takkan Kembali Lagi

Cara Didik Anak Kecil Masa Kecil Mereka Takkan Kembali Lagi

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 505 hits
1 Jika melihat anakmu menangis jangan buang waktu untuk mendiamkannya Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya dia akan terdiam Kerana psikologi manusia saat menangis adalah menunduk Luangkan masa bersama anak Masa be...
Ibu Anak Tiga Ditahan Dalam Ops Sarang

Ibu Anak Tiga Ditahan Dalam Ops Sarang

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 399 hits
Seorang wanita antara 83 penagih dan pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Sarang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang di sekitar bandar Kuantan dan pekan Tanjung Lumpur pada Jumaat JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Yout...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025