Akhirnya Pas Mengaku


Akhirnya PAS Mengaku? Takiyuddin Hassan mengakui beliau antara pihak yang berbincang dengan tokoh korporat Rameli Musa berkaitan kes saman presidennya Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di United Kingdom

Bagaimanapun, kata setiausaha agung PAS, beliau hanya terlibat dalam perbincangan umum dan tidak tahu menahu berkaitan dakwaan Rameli membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan saman itu

Akhirnya PAS Mengaku? "No, no, no, tak ada. Tak bincang tentang pembayaran dan tak pernah bincang,” katanya ditanya sama ada pertemuannya dengan Rameli membincangkan soal bayaran itu

“Adalah bincang mengenai Sarawak Report secara umum tetapi pembayaran, jumlah pembayaran, kaedah pembayaran tak ada (sentuh)

“Kalau ada dibincangkan pun saya tak tahu. Tetapi semasa kehadiran saya tidak ada dibincangkan.”
Baca: 'Hadi memang tak tahu bayaran penyelesaian dengan Sarawak Report'
Takiyuddin dikatakan antara lima individu yang terlibat berhubung dengan Rameli dalam menyelesaikan kes saman dengan Rewcastle-Brown

Selain Takiyuddin, dua lagi pihak dikatakan terlibat ialah Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga bekas setiausaha politik Hadi dan Peguam PAS Wan Rohimi Wan Daud

Dua lagi nama, iaitu seorang ahli perniagaan dan seorang individu yang dekat dengan Hadi, tidak didedahkan buat masa ini sementara menunggu reaksi mereka

Akhirnya PAS Mengaku?
Sumber yang dekat dengan Rameli baru-baru ini memberitahu Malaysiakini bahawa Hadi dan jawatankuasa pusat PAS tidak dimaklumkan berkaitan pembayaran penyelesaian saman oleh Rameli

Kegagalan menyalurkan maklumat itu didakwa membuatkan Hadi dan pemimpin kanan PAS menafikannya, sehingga menimbulkan spekulasi Rameli bertindak sendiri dan memanipulasi maklumat itu untuk menganiaya parti itu

Yang sah dibayar 'pihak ketiga'
Dihubungi Malaysiakini kelmarin, Takiyuddin berkata bukan sahaja Hadi, tetapi beliau juga tidak tahu menahu berkaitan bayaran itu

"Masalah bayar atau tak bayar bukan isu, tetapi isu pokoknya sekarang ini Datuk Seri Haji Hadi dan PAS tidak bayar,” katanya mengulangi kenyataan Hadi pada 6 Mac lalu

“Jadi, yang dapat disahkan ia dibayar oleh pihak ketiga

"Jadi, kami tidak tahu mengenai proses pembayaran, jumlah pembayaran, butir-butir pembayaran itu, kita tidak tahu.”
Sumber memberitahu Malaysiakini beliau hanya hadir dalam pertemuan pertama pada 15 Oktober di Kota Damansara, Petaling Jaya

Akhirnya PAS Mengaku?
Takiyuddin berkata pertemuan beliau dan Hadi dengan Ramlee perkara biasa kerana presiden PAS dan Rameli saling mengenali

Awak salah orang, kata peguam PAS
Sementara itu, Wan Rohimi ketika dihubungi Malaysiakini meminta perkara itu dirujuk kepada Takiyuddin kerana sebagai setiausaha agung

“Saya tak tahu, saya tak terlibat

“Awak salah orang ini,” katanya ketika diminta mengesahkan beliau antara lima orang yang bertemu Rameli bagi membincangkan kes dengan Sarawak Report

Setiausaha akhbar Ahmad Samsuri, Adram Musa pula berkata menteri besar Terengganu biasanya tidak akan memberikan reaksi terhadap berita “bersifat spekulatif dan yang tidak produktif”

“Saya respon berdasarkan pengalaman saya bekerja dengan MB lebih 15 tahun,” katanya

Hadi menyaman Rewcastle-Brown kerana melaporkan Umno menyalurkan dana RM90 juta kepada pemimpin partinya

Akhirnya PAS Mengaku? Kes melibatkan dana RM90 juta itu kini sedang dalam siasatan SPRM. - mk





  Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/




Iklan












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/04/akhirnya-pas-mengaku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 439 hits
Bekas ketua pemuda Umno malam tadi mempertahankan kerjasama Umno dengan PAS dari dikaitkan dengan Taliban Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar beliau kenal kumpulan yang pernah mentadbir Afghanistan itu dan kerjasama Umno dengan PAS tidak ak...
Sis Terima Dana Timb Menteri Pas Jangan Guna Agenda Agama Mp

Sis Terima Dana Timb Menteri Pas Jangan Guna Agenda Agama Mp

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 261 hits
MALAYSIAKINI Anggota Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berkata PAS tidak perlu menggunakan agenda agama mengenai isu berkaitan hak hak wanita di sisi perundangan Beliau merujuk kenyataan MP PAS dari Rantau Panjang Siti Zailah Mohd ...
Rantau Independent Candidate An Amanah Member Claims Pas

Rantau Independent Candidate An Amanah Member Claims Pas

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 387 hits
Mohd Nor Yassin an independent candidate in the Rantau by election is not a PAS member says the Islamist party s secretary general Takiyuddin Hassan In a statement Takiyuddin said PAS records show Nor Yassin had joined Amanah on March 10 20...
Rantau Cubaan Pertama Melagakan Umno Pas Hancur Berkecai

Rantau Cubaan Pertama Melagakan Umno Pas Hancur Berkecai

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 382 hits
Pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Rantau semalam muncul seorang calon bebas bernama Mohd Nor Yassin Beliau memperkenalkan dirinya seorang bekas ahli PAS yang pernah bertanding pada pilihan raya umum ke 13 di DUN Gemencheh Negeri S...
Prkrantau Tekad Pas Komitmen Tinggi Pastikan Kemenangan Tok Mat

Prkrantau Tekad Pas Komitmen Tinggi Pastikan Kemenangan Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 407 hits
Komitmen PAS berada di tahap tertinggi dalam membantu calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau ujar Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil Kata Tim...
Hadi Pihak Bantah Kerjasama Pas Umno Macam Yahudi

Hadi Pihak Bantah Kerjasama Pas Umno Macam Yahudi

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 344 hits
News Diterbitkan Hari ini 8 32 pagiPresiden PAS Abdul Hadi Awang dilapor menyamakan pihak yang membantah kerjasama partinya dan Umno dengan Yahudi Hadi membuat persamaan itu ketika menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Umno adalah untuk menye...
Pas Was Unaware That Rameli Musa Paid Clare Brown Rm1 4 Million

Pas Was Unaware That Rameli Musa Paid Clare Brown Rm1 4 Million

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 311 hits
PAS has denied a report that at least five of its leaders had consented to Rameli Musa paying Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown RM1 4 million out of his own pocket to settle the party president Abdul Hadi Awang s London suit PAS s...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan