Hadi Pihak Bantah Kerjasama Pas Umno Macam Yahudi


News | Diterbitkan Hari ini 8:32 pagi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilapor menyamakan pihak yang membantah kerjasama partinya dan Umno dengan "Yahudi".

Hadi membuat persamaan itu ketika menegaskan bahawa kerjasama PAS dan Umno adalah untuk menyelamatkan negara.

“Lepas itu bila Umno-PAS hendak bersatu, dituduh macam hendak berperang dengan kaum lain. Ini lagi teruk. Macam orang Yahudi yang tidak mahu orang Islam bersatu masa zaman nabi.

“Inilah penyakit yang mesti kita lawan. Mari kita bersatu padu, biar musuh pergi jahanam,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insight.

Beliau dilapor berkata demikian dalam program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam tadi.

Meskipun tidak menyebutkan nama tertentu, Hadi dipercayai menujukan kenyataan itu kepada pemimpin DAP.

Awal bulan lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan asalnya menggesa MCA meninggalkan BN menyifatkan bahawa Umno dan PAS “mengisytiharkan perang” terhadap masyarakat bukan Melayu.

Lim kemudiannya mengubah kenyataannya itu dan frasa “pengisytiharan perang” ditukar kepada “menyasarkan”.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming pula sebelum ini menyifatkan kerjasama PAS dan Umno yang sedang berlangsung kini akan membawa negara ke arah pemerintahan ala "Taliban".

Sementara itu, menyentuh dakwaan Nga, Hadi berkata terdapat perbezaan yang besar corak pemerintahan di Afganistan dan Malaysia.

“Taliban ini pakai Mazhab Hanafi, orang perempuan tidak boleh mengaji sekolah, tiada pilihan raya. Kita PAS buka sekolah, masuk pilihan raya, lain. Tidak betul banding dengan Taliban,” katanya.

Hadi berkata orang bukan Islam tidak perlu risau dengan kerjasama Umno dan PAS kerana Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil dengan semua kaum.

“Sekarang timbul kesedaran yang mewajibkan umat Islam perlu bersatu. Pas-Umno perlu bersatu dan orang bukan Islam jangan takut. Kami adil untuk mereka. Dalam sejarah dunia yang mampu menyatukan masyarakat majmuk hanya Islam.

“Sebab itu kita hendak menyatukan orang Islam dulu. Masyarakat lain jangan bimbang, kita tidak ketepikan. Hendak selesaikan masalah negara orang Melayu mesti kuat,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/hadi-pihak-bantah-kerjasama-pas-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Tahulah Kafir Atau Tidak Pm Sindir Kerjasama Umno Pas

Tidak Tahulah Kafir Atau Tidak Pm Sindir Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 449 hits
Diterbitkan pada 20 March 2019Oleh Abdul Rahim SabriTun Dr Mahathir Mohamad membalas pantun yang dituju kepadanya dengan sindiran merujuk kepada kerjasama Umno dan PAS Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR 20 Mac Tun Dr Mahathir Mohamad memula...
Hadi Jangan Lupa Umno Tuduh Pas Barua Dap Mahfuz

Hadi Jangan Lupa Umno Tuduh Pas Barua Dap Mahfuz

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 548 hits
Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar menjelaskan isu AMANAH dan Pakatan Harapan yang menjadi kuda tunggangan DAP sebenarnya sudah lama dimainkan oleh parti Umno Beliau berkata isu berkenaan sudah bangkit 30 tahun lalu iaitu k...
Malaysia Pas Umno Adik Beradik Kalau Kahwin Sumbang Mahram Kata Hadi

Malaysia Pas Umno Adik Beradik Kalau Kahwin Sumbang Mahram Kata Hadi

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 568 hits
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hubungan PAS dan Umno lebih ke arah ikatan adik beradik dan bukan sebuah perkahwinan Presiden PAS berkata parti Islam itu tidak boleh berkahwin dengan Umno kerana ia umpama hubungan sumbang mahram Macam m...
Kerjasama Umno Pas Mampu Raih 75 Peratus Undi Melayu

Kerjasama Umno Pas Mampu Raih 75 Peratus Undi Melayu

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 438 hits
Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada ceramah mesra bersama calon sempena kempen Pilihan Raya Kecil N 27 Rantau di Kampung Felda Sendayan Rantau Negeri Sembilan foto FAREEZ FADZIL RANTAU Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Ha...
Kerjasama Meyakinkan Pas Umno

Kerjasama Meyakinkan Pas Umno

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 418 hits
HARIS ZALKAPLI KERJASAMA dua parti Melayu terbesar Pas dengan UMNO disifatkan dengan pelbagai tanggapan oleh pihak yang kritis terhadap perkembangan ini yang kesemuanya memberi gambaran paling ekstrem dan menyeleweng pada kerjasama yang mas...
Pas Tunggu Kerjasama Dengan Mca Abdul Hadi

Pas Tunggu Kerjasama Dengan Mca Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 451 hits
Pas tidak menolak kemungkinan hubungan kerjasama yang terjalin dengan parti UMNO dan MIC bakal diteruskan dengan satu lagi parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata dalam suasana Islam yang me...
Hadi Pas Umno Umpama Adik Beradik Tak Akan Berkahwin

Hadi Pas Umno Umpama Adik Beradik Tak Akan Berkahwin

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 471 hits
KUALA LUMPUR PAS dan UMNO tidak akan berkahwin kerana kerjasama kedua dua parti itu umpama ikatan adik beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan Presidennya Datuk Seri Hadi Awang berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah haram umpama...
Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

Khairy Mengaku Jumpa Taliban Umno Pas Takkan Jadikan Malaysia Taliban

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 521 hits
Bekas ketua pemuda Umno malam tadi mempertahankan kerjasama Umno dengan PAS dari dikaitkan dengan Taliban Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar beliau kenal kumpulan yang pernah mentadbir Afghanistan itu dan kerjasama Umno dengan PAS tidak ak...
Mic Pas Sah Jalin Kerjasama

Mic Pas Sah Jalin Kerjasama

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 382 hits
28 03 2019Hadi Awang optimis kerjasama bawa perubahan dalam politikKUALA LUMPUR 21 Rejab 1440H Khamis MIC menjadi parti komponen kedua dalam Barisan Nasional selepas UMNO menjalinkan kerjasama politik dengan PAS Presiden MIC Tan Sri SA Vign...
Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Pertarungan Sengit Di Separuh Akhir Fifae World Cup 2025 Efootball Mobile Menunjukkan Kehebatan

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Hampir 700 Lubang Benam Muncul Di Turkiye Akibat Kemarau Ekstrem

Polis Siasat Video Tular Treler Bawa Helikopter