Akhirnya Pakatan Harapan Mula Sedar Akan Siapa Mahathir



1) Tengok cara Tun M bekerja, memang power. Tak ada orang boleh challenge. Orang muda pun tak mampu challenge, apatah lagi orang tua-tua yang sezaman dengan beliau. Sangat berdisiplin dan fokus dalam bekerja.

2) Mungkin sebab bosan atau bengang dengan menteri-menteri kabinet yang asyik tak perform, asyik alasan belum ada pengalaman dan baru nak bertatih, beliau membuat langkah 'memecat' semua menteri kabinetnya dengan hanya sepucuk surat.

3) Sekarang, puas hati aku buat kerja sorang-sorang. Selamba je masuk kerja, fokus semak dokumen yang bertimbun-timbun macam tak ada apa yang berlaku. Orang kat luar office tengah kelam-kabut duk kumpul sokongan untuk jadi PM, dia rileks saja sambung kerja atas kerusi empuk PM, walaupun orang duk kata dia kena game.

4) Kalau tengok sejarah perjalanan politik beliau, beliau adalah ultra nasionalis, walaupun ada yang kata beliau neo-liberal. Mungkin beliau ada kedua-dua sekali fikrah politik tersebut. Saya lebih prefer beliau sebagai nasionalis, yang cintakan negara dari kerangka pemikiran beliau sendiri - Mahathirisme.

5) Fikrah Mahathirisme yang kita dapat lihat sejak penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau seorang nasionalis yang cintakan negara, seorang yang tegas dan berdisiplin, seorang yang sukar untuk bekerja di bawah orang lain, sukar berkerjasama dengan orang yang tidak selari dengan pemikirannya, dan tidak akan membiarkan orang memusnahkan legasinya.

6) Jadi, tidak hairan sejarahnya memperlihatkan beliau 'menggulingkan' beberapa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang dilihat menggangu agenda dan wawasan Mahathirisme untuk negara ini. Walaupun ada calon-calon pemimpin yang bagus untuk mengemudi negara, tetapi apabila pada pandangan beliau akan mengganggu Mahathirisme, beliau akan cantas. Ku Li salah satu contohnya.

7) Bahkan Anwar Ibrahim yang dibwa masuk ke dalam UMNO juga tidak dipersetujui oleh Tun Mahathir pada mulanya, sehingga Ku Li berjaya convince beliau bahawa jika Anwar Ibrahim join PAS, UMNO akan mengalami kesukaran di masa hadapan. Lalu beliau menerimanya, dan akhirnya mereka menjadi duo yang sangat mengagumkan.

8 ) Namun gaya politik DS Anwar mula dihidu oleh beliau, apabila DS Anwar berjaya menyingkirkan Tun Ghafar daripada keusi TPM. Gerak politik DS Anwar lebih kepada populis apabila sejak 1994 lebih kurang, suara-suara DS Anwar sebagai layak menggantikan Tun Mahathir semakin kuat kedengaran.

9) Baginya, gerak politik DS Anwar bakal memusnahkan legasi yang dibinanya. Lalu DS Anwar dipecat dan dihumban ke dalam penjara atas beberapa tuduhan yang mengaibkan. Manakala beliau dengan berat hati juga melepaskan jawatan PM kepada Pak Lah dengan harapan Pak Lah hanya menjadi boneka yang akan meneruskan legasinya.

10) Tiba-tiba Pak Lah yang dianggap mudah dikawal itu, tidak mahu pula menurut kehendaknya. Beliau mengangkat DS Najib untuk menggulingkan Pak Lah. Tekanan demi tekanan yang Pak Lah terima, akhirnya Pak Lah menyerahkan kuasa PM kepada DS Najib.

11) DS Najib diangkat dengan harapan meneruskan legasi Mahathirisme. Namun tidak lama, DS Najib lebih berminat meneruskan legasi bapanya, Tun Razak. Agenda Mahathirisme terbantut. DS Najib tidak mengendahkan apa-apa arahan beliau lagi. Tun Mahathir murka dan bertindak melawan untuk menjatuhkan DS Najib hatta terpaksa bekerjasama dengan DAP dan parti DS Anwar, PKR.

12) Beliau bekerjasama dengan pembangkang ketika itu dengan cara menubuh parti Bersatu, bukannya menyertai parti-parti yang sudah ada. Bersatu mendukung Mahathirisme yang berfikrah campuran antara ultra nasionalis dan neo-liberal, kemudian bekerjasama dengan parti berfikrah sosialis, dan liberalis - satu kerjasama yang janggal, tetapi kerana hendak menumbangkan DS Najib, beliau tidak peduli.

13) Satu kesilapan DAP, PKR dan AMANAH adalah memperchayai Tun Mahathir sudah 'insaf'. Kehebatan beliau menyembunyikan agenda Mahathirisme adalah dengan cara fokus menumbangkan DS Najib. Dan teknik mengaburi mata umum yang paling hebat adalah, turun menghulurkan tangan perdamaian dengan DS Anwar. Maka sempurnalah iman para pendokong dan penyokong PH bahawa Tun Mahathir telah pun insaf.

14) Dalam kempen-kempen pilihanraya, beliau tidak fokus pun kepada manifesto PH. Hanya zikir yang selalu disebut adalah "Najib pencuri". Beliau pun tahu janji manifesto PH hanyalah sesuatu yang keterlaluan, bahkan boleh mengagalkan Mahathirisme. Setelah memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan, beliau selamba sahaja menyebut Manifesto bukan kitab suci. Jadi tak perlu tunaikan.

15) Selaku ultra nasionalis yang licik, pasti Tun Mahathir tahu, dia tak akan dapat bekerjasama untuk jangka masa panjang dengan sosialis, liberalis dan segala fikrah kiri. Malahan perjanjian peralihan kuasa pasti akan diungkit setiap hari sebagaimana beliau pernah lihat pada 1994 dahulu. Maka beliau awal-awal lagi menyusun kabinet yang entah apa-apa.

16) YB LGE yang ada kes rasuah diangkat menjaga kementerian keewangan. YB Mohamad Sabu yang tiada bakat dalam bidang pertahanan, dilantik menjadi Menteri Pertahanan. TPM diberikan kepada YB Wan Azizah, seorang wanita yang pastinya tidak akan ada agenda besar untuk melawannya. Malahan menteri-menteri lain dilantik tanpa ada kepakaran dan kelulusan.

17) Setiap keputusan yang dibuat oleh menteri-menteri kerajaan PH adalah bertentangan dengan Mahathirisme. Bahkan bertentangan dengan aspirasi para pendokong konservatisme seperti UMNO, PAS serta GPS. Namun beliau biarkan sahaja sehingga damage menjadi semakin besar. Beliau sudah tidak tahan lagi dengan gelagat entah apa-apa menteri-menteri PH. Bagaimana Tun mahu hentikan semua ini?

18 ) Berkebetulan dengan krisis dalam PKR, gerakan Sheraton Azmin Ali menjadi batu loncatan untuk beliau menghentikan semua kebebalan ini. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Tun Mahathir tidak mensia-siakan peluang untuk memusnahkan kerajaan PH serta kabinetnya. Biar orang fokus kepada 'pengkhianatan' Azmin terhadap PKR, dan aku akan keluar dari kemelut sebagai Hero.

19) Begitulah cara Tun Mahathir menamatkan sesiapa sahaja yang menjadi penghalang kepada Mahathirisme. Tidak terhenti setakat itu, pengumuman beliau untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan unity yang terdiri daripada pelbagai parti politik dilihat sebagai satu cara untuk menguasai pemerintahan secara 'autokrasi' yang mana beliau mempunyai kuasa penuh melantik menteri kabinat tanpa perlu persetujuan mana-mana parti.

20) Apa tujuannya? Mahathirisme. Untuk Mahathirisme menguasai pentadbirannya, tidak ada cara lain melainkan memiliki kuasa yang lebih power, lebih tinggi dripada PM BN atau PM PH ataupun PM Muafakat Nasional. Hal ini akhirnya disedari oleh team Pakatan Harapan apabila Kit Siang menggelarkannya sebagai bentuk kerajaan itu adalah kerajaan Mahathir, bukan kerajaan PH. Dan rasanya DS Anwar juga menyedari hakikat, Mahathir adalah Mahathir, tidak akan benarkan sesiapa lebih bagus daripadanya.

21) Setakat artikel ini ditulis, pembentukan kerajaan baru masih tergantung apabila tiada pihak yang dapat mengemukakan simple majoriti untuk membentuk kerajaan. Pembangkang seperti UMNO dan PAS tidak mahu berkompromi dengan agenda Tun, mungkin mereka fikir mereka tidak mahu menyertai game Tun Mahathir, tidak mahu kena game sebagaimana Pakatan Harapan terkena. Namun yang mampu menghalang Tun Mahathir adalah parti-parti konservatif seperti UMNO, PAS dan GPS. Bagaimana? Kita tunggu dan lihat.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/akhirnya-pakatan-harapan-mula-sedar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

Sah Mahathir Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri Bersatu Juga Keluar Dari Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 445 hits
Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Istana Negara pada jam 1 tengah hari tadi Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar s...
Tun Mahathir Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Ketepikan Anwar Ibrahim

Tun Mahathir Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Ketepikan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 386 hits
Kejutan demi kejutan Tiada siapa dapat menjangkakan apa sebenarnya yang bermain difikiran dan dirancang oleh seorang yang bernama Tun Dr Mahathir apabila meletakkan keyakinan mampu mendapatkan sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan sek...
Kenapa Pakatan Harapan Masih Berlembut Dengan Mahathir

Kenapa Pakatan Harapan Masih Berlembut Dengan Mahathir

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 619 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan ingat rakyat bodoh sangatkah Setelah dihidangkan dengan pelbagai pergolakan di dalam PH hingga menyebabkan hancurnya PH alasan untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ialah Mahathir tida...
Pakatan Harapan Di Landa Kifarah Allah Swt Akibat Sumpah Laknat Ds Najib

Pakatan Harapan Di Landa Kifarah Allah Swt Akibat Sumpah Laknat Ds Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 281 hits
20 Disember 2019 selepas solat fardu Jumaat DS Najib melafazkan sumpah laknat atau sumpah mubahalah di Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan disaksikan dan diaminkan oleh ribuan umat Islam Untuk rekod sumpah laknat yang dilakukan oleh DS Najib a...
Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 321 hits
Hari ini tular di Twitter kata kunci Anwar as PM susulan pertemuan perwakilan Pakatan Harapan bersama Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah di Istana Negara Kesemua ahli parlimen dari PH dilaporkan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim seba...
Pakatan Harapan Semakin Caca Merba Azmin Tuduh Amanah Tidak Amanah

Pakatan Harapan Semakin Caca Merba Azmin Tuduh Amanah Tidak Amanah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 183 hits
Dalam keadaan tarikh Pilihan Raya Umum 14 masih menjadi teka teki Pakatan Harapan pula semakin hari semakin berantakan walaupun baru sahaja selesai berkonvensyen di Shah Alam pada awal Januari tahun ini Rupanya disebalik kerusi Parlimen yan...
Pakatan Harapan Sudah Game Over

Pakatan Harapan Sudah Game Over

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 383 hits
1 Sah tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar 2 Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 jelas mengatakan bahawa Jika Perdana Menteri tidak ...
Pakatan Harapan Capai Konsensus Calon Pm Belum Diumumkan

Pakatan Harapan Capai Konsensus Calon Pm Belum Diumumkan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 213 hits
Pakatan Harapan mencapai persetujuan dalam pertemuan malam tadi di ibu pejabat PKR namun tidak mengumumkan keputusan lanjut Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata bahawa PH sudah mencapai kata sepakat tetapi enggan mendedahkan but...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game