Pakatan Harapan Sudah Game Over








1. Sah, tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia-sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar.

2. Perlembagaan Persekutuan Perkara 43(4) jelas mengatakan bahawa 'Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong'.

3. Perlembagaan jelas menyatakan bahawa kuasa melantik Perdana Menteri dan membubarkan Dewan Rakyat adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong, bukannya di tangan ahli majoriti Dewan Rakyat.

4. Kini Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sah, dan selepas mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020, hanya beliau yang boleh memilih sama ada untuk menasihati baginda untuk membubarkan Dewan Rakyat atau meletak jawatan.

5. Tiada istilah pelantikan Perdana Menteri bergantung 100% jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat, sebaliknya perlu perkenan Baginda - seperti mana dalam kes pelantikan Tan Sri Muhyiddin.

6. Berdasarkan situasi semasa, baginda telah menjalankan kesemua langkah secara tertib dan bijaksana seperti mana menurut Perlembagaan Persekutuan, dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sah.

7. Tindakan sesetengah ahli parlimen melompat selepas pengisytiharan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dijadikan asas kononnya secara automatik pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terbatal kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali.

8. Hal ini bermakna kesemua ahli Parlimen boleh memilih sama ada untuk mematuhi keputusan baginda - dengan menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri - atau bertindak sebagai pembangkang di Dewan Rakyat. Bukannya menganggap diri mereka sebagai penentu posisi Perdana Menteri kerana segala prosedur telah dijalankan sebaiknya oleh Yang di-Pertuan Agong.

9. Satu lagi pilihan ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin adalah dengan mendesak beliau agar membubarkan Dewan Rakyat. Tentulah mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya, tetapi  bukan dengan menganggap bahawa secara automatik calon yang mereka usulkan akan terus dilantik sebagai Perdana Menteri.

10. Harus diingat, langkah Pakatan mendesak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin samalah ertinya mendesak beliau membubarkan dewan rakyat. Hakikatnya, keputusan telah dicapai menurut kaedah yang tertib. Tidak seharusnya ada cubaan oleh Pakatan untuk terus memanjangkan krisis politik di negara kita saat ini.

11. Sesungguhnya, hari ini krisis politik negara adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalaman Pakatan Harapan. Ia telah dileraikan dengan sebaiknya oleh baginda Yang di-Pertuan Agong - dibantu kerjasama sebahagian ahli politik yang bertindak demi kestabilan negara, bukannya demi kepentingan individu. Maka Pakatan seharusnya insaf, tidak bertindak memanjangkan krisis ini dengan adegan lompat-melompat yang mengimpak kestabilan yang telah diputuskan Baginda.

Semoga Allah peliharakan kestabilan negara kita.

Allah Maha Besar,
Daulat Tuanku,
Tahniah Tan Sri Muhyiddin.
Terima kasih PAS, UMNO, Bersatu, GPS, dan PBRS.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2020/03/pakatan-harapan-sudah-game-over.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Capai Konsensus Calon Pm Belum Diumumkan

Pakatan Harapan Capai Konsensus Calon Pm Belum Diumumkan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 287 hits
Pakatan Harapan mencapai persetujuan dalam pertemuan malam tadi di ibu pejabat PKR namun tidak mengumumkan keputusan lanjut Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata bahawa PH sudah mencapai kata sepakat tetapi enggan mendedahkan but...
Asyraf Wajdi Tujuh Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Runtuh

Asyraf Wajdi Tujuh Sebab Kerajaan Pakatan Harapan Runtuh

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 446 hits
DENGAN peletakan jawatan Tun Dr Mahathir selaku PM maka secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang diperkenankan oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong Secara mudahnya kenapa Kerajaan PH run...
Keluar Dari Pakatan Harapan

Keluar Dari Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 830 hits
Keluar Dari Pakatan Harapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sah keluar dari Pakatan Harapan Jom kita sama sama baca kenyataan menerusi Keluar Dari Pakatan Harapan KENYATAAN MEDIA PRESIDENPARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 24 FEBUARI 2020 Majlis ...
Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2020 Pakatan Harapan

Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2020 Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1084 hits
Jawatan Penyandang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Menteri Kewangan Lim Guan Eng Menteri Kewangan
Pakatan Harapan Di Landa Kifarah Allah Swt Akibat Sumpah Laknat Ds Najib

Pakatan Harapan Di Landa Kifarah Allah Swt Akibat Sumpah Laknat Ds Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 407 hits
20 Disember 2019 selepas solat fardu Jumaat DS Najib melafazkan sumpah laknat atau sumpah mubahalah di Masjid Jamek Kuala Lumpur dengan disaksikan dan diaminkan oleh ribuan umat Islam Untuk rekod sumpah laknat yang dilakukan oleh DS Najib a...
Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 443 hits
Hari ini tular di Twitter kata kunci Anwar as PM susulan pertemuan perwakilan Pakatan Harapan bersama Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah di Istana Negara Kesemua ahli parlimen dari PH dilaporkan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim seba...
Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

Pakatan Harapan Runtuh Di Johor Parti Gabungan Baharu Ambil Alih

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 402 hits
Kemelut yang melanda politik negara dilihat semakin meruncing apabila satu demi satu berita mengejut telah diterima Jika sebentar tadi Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi ...
Akhirnya Pakatan Harapan Mula Sedar Akan Siapa Mahathir

Akhirnya Pakatan Harapan Mula Sedar Akan Siapa Mahathir

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 354 hits
1 Tengok cara Tun M bekerja memang power Tak ada orang boleh challenge Orang muda pun tak mampu challenge apatah lagi orang tua tua yang sezaman dengan beliau Sangat berdisiplin dan fokus dalam bekerja 2 Mungkin sebab bosan atau bengang den...
Kronologi Mudah Memahami Krisis Politik Ciptaan Pakatan Harapan Sendiri

Kronologi Mudah Memahami Krisis Politik Ciptaan Pakatan Harapan Sendiri

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 664 hits
1 PKR DAP dan PAN Desak Tun M serah takhta PM kepada Anwar berterusan dan kemuncaknya dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH 21 Februari 2020 2 PPBM ugut keluar PH jika desakan diteruskan Dimuktamad dalam Mesyuarat PPBM 23 Februari 2020 3 11 Ah...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lima Grill Cafe Taiping

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Tha Palace Hotel Kota Kinabalu Sabah

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

5 Jenis Minuman Sihat Untuk Buang Angin Cergaskan Badan

Ppim Perjelas Isu Makanan Kucing Didakwa Berasaskan Babi Malaysia Gazette 11 10 2025