Akar Umbi Umno Resah Keliru Lihat Perikatan Nasional Berantakan



ANGGOTA parti dan pemimpin akar umbi Umno kini resah dan amat keliru dengan perkembangan sejak sebulan lalu yang menyaksikan gabungan parti kerajaan Perikatan Nasional (PN) berantakan
Mereka tidak memahami hala tuju parti yang kini didorong ke pelbagai arah apabila Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan memperolehi majoriti untuk mengambil alih kerajaan.

Kalangan pemimpin ini memberitahu, akar umbi keberatan untuk bekerjasama dengan PKR kerana mereka perlu berbaik dengan seteru lama, DAP

Selain itu, mereka juga tidak faham kebijaksanaan di sebalik gerakan diatur penasihat parti, Tengku Razaleigh Hamzah untuk bekerjasama dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Antaranya, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Nisham Mashidi yang berkata akar umbi juga tidak senang bekerjasama dengan Dr Mahathir

“Nampak sekarang memang itu lah. Tak mahu DAP, tak mahu Anwar, malahan tak mahu Dr Mahathir. Ini sentimen akar umbi, sentimen itu terlampau kuat


“Walaupun Ku Li (Tengku Razaleigh), sentimen (menyokong) beliau ada dalam Umno cuma di bawah (akar umbi) saya nampak masih keliru dan tertanya-tanya

“Mereka masih menunggu sama ada betul atau tidak (akan berlaku),” katanya.


Kekeliruan serupa juga dilihat di bahagian Bandar Tun Razak, kata ketuanya Rizalman Mokhtar yang berkata akar umbi malah tidak faham kebijaksanaan menarik diri dari kerjasama PN.

Katanya, ahli Umno di situ juga resah melihat parti termakan dan melatah dengan permainan politik Anwar yang mahu mengambil alih kerajaan

“Muncul macam-macam gabungan ini apabila Anwar kata ada bilangan (sokongan ahli Parlimen) ia tak datang keresahan politik lagi sebab kita faham Anwar cakap apa yang dia nak cakap

“Soal Ku Li dengan Dr Mahathir itu soal yang lain

“Tapi penyebab keadaan bercelaru ialah pendirian Umno, bila biro politik tak tahu hujung pangkal tiba-tiba fikirkan mempertimbangkan tarik diri daripada sokong PN,” kata Rizalman

Beliau mengulas keputusan mempertimbangkan semula sokongan itu seperti diumumkan biro politik selepas mesyuarat pada Khamis lalu

“Jadi disebabkan perkara itu muncul teori ini sekarang, kalau Umno tegas dengan pendirian, tak melatah dengan apa yang Anwar buat sebenarnya tiada isu

“Ini pada pandangan saya, masalahnya saya lihat Umno melatah dan ikut rentak yang dimainkan oleh Anwar,” katanya

Katanya sebahagian daripada ahli akar umbi kini berpuas hati apabila Umno berada dalam kerajaan selepas 22 bulan menjadi pembangkang.

Manakala sekumpulan lagi yang berpandangan Umno harus menjadi parti dominan dalam kerajaan kerana parti itu penyumbang terbesar dalam kerajaan hari ini

“Saya tak kata berpecah jadi dua kumpulan, pendapat ini sebenarnya bergantung kepada keputusan pimpinan peringkat atasan

“Ia meresahkan kita dari segi bagaimana meletakkan diri kita di tempat yang betul,” tambah Rizalman lagi

Di Selangor, salah seorang pemimpin akar umbi yang menuntut Umno mendapat lebih banyak kuasa berkata parti itu patut dilayan dengan adil dan tidak dibiar menjadi melukut di tepi gantang

Beliau yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, beliau juga kesal kerana tuntutan itu memperlihatkan seolah-olah parti itu gila kuasa apabila menarik sokongan daripada PN

Walhal, Umno hanya menuntut hak parti tersebut selepas dikhianati Bersatu yang membentuk pengaruh dengan merampas ahli Parlimen mereka, kata pemimpin Pemuda itu

“Kita dah sedia menjadi pembangkang, mereka yang heret kita menjadi kerajaan kemudian main-mainkan kita

“Yang pecah rumah Bersatu, orang dia lari, lepastu dia curi ahli kita. Itu yang berlaku. Mereka pula nak nampakkan Umno gila kuasa

“Kalau Umno gila kuasa kenapa menteri yang (berwibawa) mereka ambil. Kalau Umno gila kuasa kenapa perdana menterinya dari Bersatu,” katanya

Jelasnya selain agihan portfolio menteri kerajaan, Bersatu juga perlu adil dalam agihan kerusi untuk pilihan raya umum kelak, katanya

Selain itu, anggota akar umbi juga tidak berpuas hati kerana dakwanya Bersatu cuba merekrut ahli Umno dalam penubuhan cawangan baharu

“Bersatu pun jangan curi ahli Umno. Kalau dia parti baru cari ahli parti lain jangan kita dah duduk satu rumah, mereka buka cawangan kemudian cari ahli Umno

“Ini yang boleh hancurkan parti kita. Itu yang orang bawah marah. Ini bibit-bibit yang boleh membawa perpecahan apabila ahli Umno disuruh menjadi ahli Bersatu,” katanya
 
Pada masa sama, Adun Umno itu mengkritik PAS yang dilihat cenderung memilih untuk bersama kumpulan yang berpengaruh semata-mata untuk mengekalkan kuasa parti Islam itu

Katanya, anggota Umno di Selangor tidak senang dengan PAS kerana kedudukan parti itu lebih terjamin dalam PN walau mendapat kuasa kerana kerjasama dalam Muafakat Nasional

Katanya, Umno kini kecewa kerana disisihkan PAS selepas kerjasama parti Islam itu dengan Bersatu yang lebih menguntungkan dalam PN didaftarkan sebagai pertubuhan sah

“Macam mana (hubungan dengan PAS) tak tegang, dia bercinta dan bertunang dengan kita tapi bernikah dengan orang lain kemudian ajak kita bermadu

“Kita bersama PAS dalam Muafakat Nasional, tidak berdaftar, tapi ada piagam dan tidak boleh bertanding pilihan raya… yang didaftarkan PN

“PAS bercinta dengan kita setengah mati tahu-tahu nikah dengan orang lain dan kemudian ajak kita bermadu, isteri muda pula dilihat paling mulia, kita terasalah,” katanya

Beliau tidak menolak langkah politik PAS itu berkemungkinan untuk menyelamatkan kedudukan mereka di pantai timur dan Kedah dalam pilihan raya akan datang

“PAS tidak ada cita-cita tinggi, mereka hanya mahu jaga parti untuk pastikan Kelantan, Terengganu, dan Kedah milik dia,” katanya
 
Satu lagi kumpulan di kalangan akar umbi Umno pula mahu semua atur gerak politik untuk berkuasa dihentikan sama sekali, seperti dijuarai Ketua Pemuda Umno Segamat Bastien Onn

Katanya, beliau percaya Umno mampu bergerak sendirian tanpa perlu memilih untuk bersama mana-mana kumpulan untuk membentuk kerajaan, kata pemimpin akar umbi parti Melayu itu.

Walaupun parti itu terpaksa menjadi pembangkang buat masa ini, langkah itu lebih baik dan bermaruah daripada hanya diperlakukan ebagai pelengkap mana-mana kumpulan, kata mereka

“Kalau diberi pilihan Umno lebih baik tak masuk mana-mana kumpulan, tidak menjadi masalah Umno kembali menjadi pembangkang

“Saya lebih suka Umno jadi pembangkang (buat masa ini) dan beri ruang Umno pulihkan parti dan hadapi pilihan raya umum

“Daripada menjadi pelengkap lebih baik jadi pembangkang, kita pulihkan semula parti dan diangkat kembali sebagai kerajaan tanpa bantuan parti lain,” katanya

Exco Pemuda Umno itu berkata, ia satu jalan untuk menyelesaikan pergolakan politik tanah air waktu ini tanpa perlu mengadakan pilihan raya mengejut

“Kami harap tidak berlaku pilihan raya umum dalam masa terdekat. Pemimpin kena cari jalan elak pilihan raya dan jalan ke hadapan untuk rakyat

“Kita tak mahu berlakunya pilihan raya sehingga mengheret rakyat kepada ancaman Covid-19,” katanya lagi

Bastien juga melihat gerakan diatur Tengku Razaleigh untuk menghentikan usaha Anwar mengambil alih kerajaan hanyalah tindakan bersifat sementara

Oleh itu beliau berpendapat kesemua pihak perlu mengenepikan perbalahan politik dan usaha mengambil alih kerajaan buat sementara waktu

“Lebih baik ada gencatan senjata sementara sehingga Covid-19 reda dan diadakan pilihan raya umum, sehingga itu ahli politik perlu fokus untuk meratakan lengkungan jangkitan Covid-19.”

Mohd Farhan DarwisDiyana Ibrahim
#Sumber : TMI   

MR :  UMNO banyak kepala banyak ragam.. parti lemah untuk satukan mereka  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/akar-umbi-umno-resah-keliru-lihat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mulls Retracting Support For Perikatan Nasional

Umno Mulls Retracting Support For Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 363 hits
Umno is considering retracting its support for Perikatan Nasional but will propose new terms to the government to ensure the political cooperation will continue its secretary general Ahmad Maslan said tonight Umno he said will also propose ...
Tajuddin Tidak Puas Hati Terhadap Perikatan Nasional Jangan Terkejut Umno Sokong Anwar

Tajuddin Tidak Puas Hati Terhadap Perikatan Nasional Jangan Terkejut Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 412 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli majlis tertinggi UMNO hari ini memaklumkan parti itu sedia bekerjasama dengan Presiden PKR Datyk Seri Anwar Ibrahim sekiranya pemimpin berkenaan mempunyai formula yang dapat membahagiakan semua parti terlibat Datuk...
Terkini Umno Pertimbangkan Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Perikatan Nasional

Terkini Umno Pertimbangkan Untuk Tarik Diri Dari Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 613 hits
KUALA LUMPUR 13 OKT Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Umno mempertimbangkan untuk menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional Beliau berkata demikian pada sidang media yang berlangsung pada jam 10 50 malam ini di PWTC ...
The Biggest Losers If Umno Leaves The Ruling Perikatan Nasional Coalition

The Biggest Losers If Umno Leaves The Ruling Perikatan Nasional Coalition

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 348 hits
A lot of people stand to losePuchong 18 Oct Muhyiddin Yassin will probably be the biggest loser If Umno leaves the PN coalition his government will fall and he will lose his majority in Parliament which means he will be forced to quit and s...
Kekuatan Akar Umbi Sahaja Tak Akan Selamatkan Umno Dari Ppbm Kata Pemimpin

Kekuatan Akar Umbi Sahaja Tak Akan Selamatkan Umno Dari Ppbm Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 250 hits
October 6 2020 Ahli Umno mengadu parti itu kurang berperanan di Sabah PETALING JAYA Keputusan pilihan raya negeri Sabah bulan lalu menunjukkan perlunya Umno membuat perubahan dalaman atau hadapi berisiko dilenyapkan PPBM menurut seorang pem...
Umno Will Not Benefit By Pulling Out From Perikatan Says Perak Mb

Umno Will Not Benefit By Pulling Out From Perikatan Says Perak Mb

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 283 hits
IPOH Pulling out from Perikatan Nasional will not be good for Umno says Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Without elaborating the Parti Pribumi Bersatu Malaysia deputy president said it would not give any advantage to their members or supporter...
Bila Pemimpin Perikatan Nasional Selamatkan Negara

Bila Pemimpin Perikatan Nasional Selamatkan Negara

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 303 hits
Menurut beliau jika Sada memerlukan kenderaan untuk kegunaan pengurusan air kenderaan jenis Hilux Ford Mitsubishi amat sesuai dan boleh diperoleh yang baharu dengan harga lebih murah iaitu RM150 000 Di sini dah jimat RM215 000 Pengerusi tak...
Zahid Calls For Political Ceasefire Orders Umno To Back Perikatan Govt Amid Covid 19 Economic Woes

Zahid Calls For Political Ceasefire Orders Umno To Back Perikatan Govt Amid Covid 19 Economic Woes

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 313 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today called for a political ceasefire and ordered his party members in Cabinet to focus on helping the public face the economic woes wrought by the Covid 19 pandemic Zahid also said Umno will su...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization