Akar Umbi Bersatu Selangor Kutuk Cubaan Pecat Mahathir



MALAYSIAKINI

Seorang Adun Bersatu Selangor mendakwa anggota parti itu di peringkat akar umbi menolak sebarang cubaan memecat Dr Mahathir Mohamad atau mana-mana pemimpin yang tidak memihak kepada presiden mereka, Muhyiddin Yassin.
Menurut Adun Kuang, Sallehudin Amiruddin, rakyat sudah bersuara dan memberi mandat untuk memilih Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.
Ketika mendapat mandat itu, katanya, Bersatu dan PH diterajui oleh Mahathir.
"Ingkar terhadap mandat rakyat merupakan penderhakaan terhadap tunggak demokrasi yang dipegang kukuh sejak merdeka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Akar umbi mengutuk dan menentang sebarang niat atau rancangan untuk memecat Mahathir atau Mukhriz atau mana-mana ahli Bersatu yang tidak menyokong Muhyddin," tambahnya.
Sallehudin berkata demikian sebagai menyanggah kenyataan Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari, pada 18 Mei lalu yang menyatakan sokongan negeri berkenaan kepada tindakan Muhyiddin mengambil alih jawatan pengerusi parti daripada Mahathir.
Merujuk kepada kenyataan Abdul Rashid itu, Sallehudin menafikan akar umbi Bersatu Selangor menyokong tindakan Muhyiddin itu
"Adalah dengan ini saya mewakili akar umbi Bersatu Selangor menyangkal sebarang sokongan terhadap Muhyiddin sebagai pemangku pengerusi Bersatu.
"Akar umbi Bersatu juga berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya kepemimpinan Mahathir sebagai pengerusi," katanya lagi.
Bertentangan dengan prinsip
Sebelum ini beberapa ketua bahagian Bersatu di Selangor juga menyangkal kenyataan Abdul Rashid dan mendakwa pendirian tersebut berbeza daripada keputusan bersama yang dicapai dalam pertemuan parti itu pada 13 Mei lalu.
Isu jawatan pengerusi menjadi perhatian apabila ia melibatkan dua pemimpin yang berbeza pandangan mengenai kedudukan Bersatu dalam kerajaan.
Ketika Muhyiddin - yang membawa Bersatu meninggalkan PH - mengadakan kerjasama dengan Umno, Mahathir pula memilih untuk menolak langkah tersebut.
Malah Mahathir mengemukakan usul tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri menjelang sidang parlimen baru-baru ini. Usul itu bagaimanapun tidak dibentang atau dibahaskan apabila sidang parlimen hanya berlangsung selama kira-kira sejam saja.
Untuk rekod perlembagaan Bersatu menyatakan kedudukan tertinggi dalam parti ialah pengerusi dan kuasanya mengatasi jawatan presiden.
Abdul Rashid AsariMahathir sudah memenangi jawatan pengerusi Bersatu tanpa bertanding baru-baru ini. Namun Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) berpendapat Muhyiddin berhak memangku jawatan berkenaan ekoran pengunduran Mahathir sebelum ini.
Bagaimanapun selepas meletakkan jawatan, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu menolak peletakan jawatan Mahathir.
Berbanding Muhyiddin, Mahathir bagaimanapun hanya mendapat sokongan daripada segelintir ahli parlimen saja. 
Antara mereka ialah Mukhriz Mahathir yang juga timbalan presiden Bersatu, bekas timbalan menteri kewangan, Amiruddin Hamzah; serta bekas menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Sallehudin berkata akar umbi Bersatu Selangor melihat tindakan Muhyiddin membawa parti itu keluar dari PH adalah penderhakaan mutlak terhadap mandat rakyat.
"Ia jelas bertentangan dengan prinsip, semangat dan komitmen yang diperjuangkan Bersatu selama ini," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/akar-umbi-bersatu-selangor-kutuk-cubaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akar Umbi Bersatu Selangor Bersama Tun M Tolak Muhyiddin Yang Derhaka

Akar Umbi Bersatu Selangor Bersama Tun M Tolak Muhyiddin Yang Derhaka

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 472 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli akar umbi Bersatu Selangor tetap bersama Tun Dr Mahathir Mohamad kata Adun Kuang Salehudin Amiruddin menolak kenyataan Pengerusi Bersatu Selangor Beliau juga menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat penderha...
Soalan Kepada Ahli Ahli Dan Pimpinan Akar Umbi Bersatu Siapa Yang Untung Dan Rugi Dalam Pru 15 Nanti

Soalan Kepada Ahli Ahli Dan Pimpinan Akar Umbi Bersatu Siapa Yang Untung Dan Rugi Dalam Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 339 hits
DR MASZLEE MALIK Sebahagian daripada kita dijanjikan bahawa Perikatan Nasional adalah baik untuk Bersatu demi menghadapi PRU15 Yang pasti jika Bersatu benar benar mahu kekal bersama Umno dan Pas dalam PN sewaktu PRU15 Zahid Hamidi tidak aka...
Bersatu Bakal Pecat Mahathir Dan Mukhriz

Bersatu Bakal Pecat Mahathir Dan Mukhriz

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 617 hits
Senario terburuk Bersatu boleh pecat Dr M Mukhriz Sumber Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dijangka diadakan esok namun pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden parti Mukhriz Mahathir tidak dijemput Beberapa sumber p...
Setiausaha Kerja Tiada Kuasa Pecat Pemimpin Bersatu Marzuki

Setiausaha Kerja Tiada Kuasa Pecat Pemimpin Bersatu Marzuki

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 545 hits
Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat pemecatan terhadap Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain kata Pengerusi Bersatu Pulau Pinang Marzuki Yahya Bercakap kepad...
Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 962 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkuatkuasa serta merta Selain Dr Mahathir turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir Datuk Amiruddin Hamzah Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed ...
Muhyiddin Tidak Layak Pengerusikan Mesyuarat Mpt Bersatu Mahathir

Muhyiddin Tidak Layak Pengerusikan Mesyuarat Mpt Bersatu Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 410 hits
Buat dengan betul jika mahu singkir saya Dr M beritahu PPBM Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan pemimpin PPBM supaya mengikut undang undang dan perlembagaan parti jika mahu menyingkirnya dari parti itu Beliau mengingatkan perlembagaan...
We Established The Party To Replace Umno Dr Mahathir Reminds Bersatu Members In Special May 9 Address

We Established The Party To Replace Umno Dr Mahathir Reminds Bersatu Members In Special May 9 Address

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 498 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairman Tun Dr Mahathir Mohamad today reminded his party that it was established to replace Umno as the latter has abandoned its responsibilities to the Malay and Bumiputera community In a special May 9 addre...
5 Dipecat Daripada Bersatu Termasuk Mahathir

5 Dipecat Daripada Bersatu Termasuk Mahathir

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 358 hits
Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan Dr Mahathir Mohamad Timbalan Presidennya Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain hari ini dipecat daripada parti itu Berdasarkan surat yang yang beredar kelima lima mereka dipecat atas alasan duduk di bangku...
Marzuki Yahya Pula Pecat Setiausaha Kerja Bersatu

Marzuki Yahya Pula Pecat Setiausaha Kerja Bersatu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 474 hits
Marzuki Yahya pula pecat setiausaha kerja Bersatu nbsp Dikemas kini 50 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 May 2020 12 13AM
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Winning Percentage In Online Football Betting Sbobet Wap 2025

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin