Akar Umbi Bersatu Johor Cadang Semua Parti Politik Bekerjasama Hadapi Umno


agendaily.com30/1/2022

10 Bahagian Bersatu mencadangkan semua parti politik merangka strategi bersama bagi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Semua parti politik tidak kira sama ada pembangkang atau di sebelah kerajaan dicadangkan merangka strategi bersama bagi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti.

Gesaan itu dilontarkan akar umbi Bersatu di 10 Bahagian dalam kawasan utara Johor sebagai tanda kesepakatan semua parti politik menolak tindakan UMNO yang tamak kuasa dan mementingkan diri tanpa mengambil kira kesusahan hidup dihadapi rakyat negeri itu.

“Kami mencadangkan agar semua pihak khususnya parti politik di negeri Johor merangka strategi ampuh bagi menggagalkan muslihat UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat semakin rakus, tamak kuasa dan gelojoh ingin mengadakan pilihan raya di negeri Johor tanpa mengambil kira kesukaran yang dialami oleh rakyat ketika masih berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19,” kata 10 Ketua Penerangan Bahagian Bersatu dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan itu hadir susulan gesaan sama yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) Johor supaya pintu rundingan dibuka dengan Bersatu bagi menghadapi PRN Johor nanti.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya PH membuka pintu rundingan dengan Bersatu bagi mengelak episod PRN Melaka berulang lagi.

Selain itu, seorang lagi bekas Ahli Jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman juga berkata PH perlu memikirkan kerjasama lebih luas berbanding hanya melihat kepada parti pembangkang seperti Pejuang, Warisan dan MUDA.

Langkah tersebut penting jika tidak mahu senario di Melaka dan Sarawak berulang, ia ibarat “serah tengkuk” kepada UMNO dan BN.

Kedua-dua pemimpin tersebut berpandangan langkah tersebut penting jika tidak mahu senario di Melaka dan Sarawak berulang.

Dalam pada itu, 10 Bahagian Bersatu juga menyatakan sokongan terhadap keputusan PAS dan Bersatu yang bersetuju untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan mengutuk tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti baru-baru ini.

“Kami Menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS-Bersatu bertarikh 28 dan 29 Januari 2022 yang membuat ketetapan akan bersama menyertai PRN Johor atas nama Perikatan Nasional.

“Kami juga mengutuk tindakan tidak bermaruah dua orang mantan ADUN Bersatu yang keluar parti selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan. Tindakan mereka ini sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan BERSATU Johor dan ukhuwah Perikatan Nasional,” kata kenyataan itu lagi.

Sabtu minggu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan pembubaran Dewan Undangan Johor bagi membolehkan PRN diadakan selepas Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/akar-umbi-bersatu-johor-cadang-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akar Umbi Bersatu Sedia Runding Dengan Ph Demi Tumbangkan Umno Dan Bn

Akar Umbi Bersatu Sedia Runding Dengan Ph Demi Tumbangkan Umno Dan Bn

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 178 hits
agendaily com25 1 2022Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru Razrul Anwar Rusli Kerjasama dengan blok pembangkang Pakatan Harapan sangat dialu alukan demi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional yang terlalu tamak berebut kuasa kata pem...
Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

Pas Umno Bincang Kerjasama Hadapi Prn Johor

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 363 hits
SHAH ALAM PAS akan berbincang dengan UMNO bentuk kerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri Johor jika ia diadakan dalam masa terdekat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selain UMNO parti itu akan berbincang r...
Umno Nak Bagi 4 Bersatu Nak Bagi 15 Johor Bakal Mempunyai Mb Dari Pas

Umno Nak Bagi 4 Bersatu Nak Bagi 15 Johor Bakal Mempunyai Mb Dari Pas

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 507 hits
Kejutan kejutan seperti ini sangat perlu untuk akar umbi dan tenaga kerja dari parti untuk bekerja keras
Bersatu Umno Made Unilateral Decision On Johor Polls

Bersatu Umno Made Unilateral Decision On Johor Polls

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 225 hits
The decision to dissolve the Johor legislative assembly was made unilaterally without prior discussion with the other component parties that made up the state government a Johor Bersatu leader said today Johor Bersatu information chief Mohd...
Awani Terkini Bersatu Akan Langgar Umno Politik Bersatu Sedia Lawan Umno Apa Kesan Kepada Pru15

Awani Terkini Bersatu Akan Langgar Umno Politik Bersatu Sedia Lawan Umno Apa Kesan Kepada Pru15

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 165 hits
Semalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia memaklumkan sedia untuk bertembung dengan UMNO pada pilihan raya umum ke 15 Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada cara lain untuk mengelak pertembungan itu memandangkan UMNO membuat keputu...
Prn Johor Kerana Pertembungan Politik Dalam Umno

Prn Johor Kerana Pertembungan Politik Dalam Umno

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 294 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan terbaik pemimpin Umno BN Menurut Pengerusi Majlis Pimpin...
Ph Mahu Kerjasama Dengan Semua Pembangkang Hadapi Prn Johor

Ph Mahu Kerjasama Dengan Semua Pembangkang Hadapi Prn Johor

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 226 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 24 2022 5 45 PMPH memutuskan bahawa semua parti pembangkang termasuk Pejuang Warisan dan Muda perlu bekerjasama bagi menghadapi PRN Johor yang bakal diadakan Perkara itu dimaklumkan pengerusinya Anwar Ibrahim...
Ismail Hadir Perjumpaan Tertutup Presiden Umno Dan Biro Politik Umno Johor

Ismail Hadir Perjumpaan Tertutup Presiden Umno Dan Biro Politik Umno Johor

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 188 hits
Ismail hadir perjumpaan tertutup Presiden UMNO dan Biro Politik UMNO Johor PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Biro ...
Umno Dissolved Johor Assembly Unilaterally Without Consulting Bersatu And Pas

Umno Dissolved Johor Assembly Unilaterally Without Consulting Bersatu And Pas

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 242 hits
The decision to dissolve the Johor legislative assembly was made unilaterally without prior discussion with other parties that made up the state government a Johor Bersatu leader said today Johor Bersatu information chief Mohd Solihan Badri...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej