Akan Berlakukah Tsunami Pengundi Muda



SHAH ALAM - Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, firma penyelidikan Ilham Centre, meramalkan tidak akan berlaku gelombang tsunami politik rakyat terutama pengundi muda secara besar-besaran sama seperti PRU14 lalu.
Ini kerana majoriti daripada 10.89 juta pengundi muda berusia antara 18 hingga 39 tahun, masih belum membuat keputusan sama ada mereka akan memilih Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) mahu pun Gerakan Tanah Air (GTA).
Pengarah Eksekutifnya, Hisomuddin Bakar berkata, hasil kajian dan soal selidik dibuat Ilham Centre juga, mendapati golongan pengundi muda berusia antara 18 hingga 25 tahun, langsung tidak mempunyai kesedaran atau tidak kisah langsung mengenai perkembangan politik Malaysia sekarang.
Hisomuddin berkata, kajian juga mendapati pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun sama ada mereka tinggal di kampung mahu pun institusi pengajian tinggi (IPT) boleh dikategorikan sebagai golongan 'buta' politik.
"Mereka bukan hanya tidak berminat, tidak mengambil tahu tetapi kurang peka mengenai perkembangan politik tanah air termasuklah pelajar yang mengambil jurusan Sains Politik di IPT sendiri. Sikap kedua mereka sekarang ialah lebih suka mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta mengkaji, sebelum membuat keputusan di saat akhir.
"Walaupun pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun mengambil sikap tunggu dan lihat namun mereka akhirnya akan membuat keputusan dan pilihan berdasarkan pilihan serta ideologi politik ibu bapa masing-masing.
"Kalau mereka adalah kelompok majoriti dan membuat pilihan sama dengan ibu bapa masing-masing, maka maksudnya corak pengundian masih kekal sama seperti pengundi dewasa berusia 40 tahun ke atas. Jadi saya tidak nampak ada arus kuat akan menyebabkan berlakunya tsunami politik seperti terjadi, pada PRU14 lalu," katanya.
Hisomuddin berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan berlaku tsunami politik rakyat secara besar-besaran sama ada menolak atau menyokong mana-mana gabungan politik, BN, PN, PH dan GTA, pada PRU15 nanti.
Ditanya mengenai kumpulan pengundi berusia 26 hingga 39 tahun, Hisomuddin berkata, biarpun mereka adalah golongan yang kuat mengkritik namun bukan ditujukan kepada kerajaan BN atau PN atau PH sahaja tetapi kepada semua pihak. Beliau berkata, golongan berkenaan lantang mengkritik kerajaan dan pemimpin politik kerana mereka adalah kumpulan paling terkesan akibat kehilangan pekerjaan, pendapatan terjejas, kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
"Mereka mengkritik secara adil, maksudnya BN pun tidak diharapkan, PN dan PH pun sama kerana mereka pernah menjadi sebahagian kerajaan sama ada selama 15 bulan, 17 bulan atau 22 bulan.
"Justeru itu, saya berpandangan pengundi berusia 26 hingga 39 tahun ini akan membuat keputusan dan pilihan berdasarkan calon bukannya kerana lambang atau parti politik diwakili mereka," katanya.
Hisomuddin menegaskan, secara idealnya kumpulan pengundi 18 hingga 39 tahun adalah golongan majoriti melebihi 50 peratus daripada 21 juta pengundi dan boleh menentukan calon atau gabungan parti mana boleh menang PRU15 jika mereka sepakat.
"Berdasarkan kajian Ilham Centre, majoriti pengundi di bandar memilih PH, manakala pinggir bandar, kampung dan pedalaman menjadi rebutan antara BN dan PN yang lebih dominan.
"Jadi kesimpulannya, kajian mendapati keputusan PRU15 sukar diramalkan dan mungkin tiada satu gabungan parti politik pun sama ada BN, PH mahu pun PN mampu mendapat majoriti mudah iaitu menang 112 kerusi Parlimen bagi membolehkan mereka membentuk Kerajaan Persekutuan baharu selepas 19 November ini.
"Jadi semua pihak kena mengadakan rundingan bagi membentuk jajaran baharu politik bagi membentuk kerajaan campuran baharu. Jika mereka gagal mencapai kata sepakat maka situasi Parlimen dan kerajaan tergantung akan berlaku sekali lagi," katanya.
senada dengan Hisomuddin, bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Alif Anas Md Noor bekata, majoriti anak muda terutama mahasiswa lebih suka mengambil pendekatan membuat keputusan di saat akhir untuk memilih mana-mana calon atau parti politik.
"Mereka akan memilih parti yang membuat tawaran dan aku janji yang memberikan banyak faedah kepada mahasiswa di IPT. Jika dilihat secara kasar boleh dikatakan semua gabungan parti politik mengemukakan tawaran masing-masing kepada mahasiswa.
"Kalau kita lihat dari segi manifesto BN dan PN menjanjikan pilihan menarik kepada mahasiswa. Kalau kita imbas kembali, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada menyatakan bahawa BN bersedia memberi pendidikan percuma kepada anak-anak B40 bukan hanya di bangku sekolah rendah dan menengah, malah di peringkat universiti.
"PN pula menawarkan diskaun 25 peratus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua pelajar memperoleh ijazah kelas kedua," katanya.
Dalam pada itu, Alif Anas juga berharap kerajaan juga akan menyediakan pelbagai kemudahan terutama pengangkutan bagi memudahkan mahasiswa balik ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing membuang undi pada Sabtu ini - Sinar Harian 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/akan-berlakukah-tsunami-pengundi-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Muda Hampir 50 Cetus Perubahan

Pengundi Muda Hampir 50 Cetus Perubahan

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 180 hits
Pengundi muda hampir 50 cetus perubahan Posted By on November 12 2022Anak muda berumur 18 hingga 39 merupakan hampir 50 daripada jumlah pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Mereka juga adalah generasi yang paling terkesan dengan apa sahaj...
Pengundi Muda Diingatkan Tidak Lupa Janji Palsu Parti Politik Pada Pru14

Pengundi Muda Diingatkan Tidak Lupa Janji Palsu Parti Politik Pada Pru14

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 132 hits
PADANG TERAP 8211 Pengundi muda yang baru pertama kali menunaikan tanggungjawab mengundi diingatkan tidak lupa janji janji palsu yang ditabur dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu sebelum menterjemahkan pilihan masing masing di kertas undi pad...
Pengundi Muda Ubah Landskap Politik Negara

Pengundi Muda Ubah Landskap Politik Negara

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 268 hits
agendaily com10 11 2022Dianggarkan terdapat seramai 4 8 juta pengundi baharu yang telah didaftarkan secara automatik sehingga kini tetapi daripada jumlah tersebut kurang daripada 30 peratus dijangkakan keluar mengundi pada PRU 15 kelak Gamb...
Sokongan Anak Muda Selamatkan Maruah Agama Bangsa Tanah Air

Sokongan Anak Muda Selamatkan Maruah Agama Bangsa Tanah Air

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 156 hits
agendaily com18 11 2022Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tokoh paling dipercayai dalam kalangan 13 pemimpin politik negara Sokongan besar besaran anak muda kepada Perikatan Nasi...
Muar Fisherfolk Hoist Muda S Black Flag Bn Seeks To Turn The Tide

Muar Fisherfolk Hoist Muda S Black Flag Bn Seeks To Turn The Tide

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 168 hits
GE15 At the seaside village of Parit Jawa about a 30 minute drive south of Muar town a fleet adorned with black flags lined the local jetty These were not pirate ships flying the Jolly Roger but instead were humble fishing vessels belonging...
Wajah Persis Rusia Ramai Tak Sangka Didie Alias Cantik Waktu Muda

Wajah Persis Rusia Ramai Tak Sangka Didie Alias Cantik Waktu Muda

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 205 hits
Nama pelakon veteran Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd Ali menjadi bualan di bibir netizen apabila wajahnya sewaktu muda tular di media sosial
Tom Holland Sertai Uncharted Sebab Idea James Bond Muda Tak Diterima

Tom Holland Sertai Uncharted Sebab Idea James Bond Muda Tak Diterima

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 138 hits
Pelakon yang sebelum ini terkenal dengan filem mendedahkan yang dia pernah memberikan idea tentang James Bond muda kepada Sony Pictures namun menyatakan bahawa ideanya ditolak Namun dia akhirnya diterima untuk memegang watak Nathan Drake da...
No Handphone Rule Not Being Enforced Says Muda Man

No Handphone Rule Not Being Enforced Says Muda Man

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 112 hits
Previously the EC said voters must surrender their handphones before entering their polling stations to cast their ballots PETALING JAYA Muda s Tanjung Piai candidate Lim Wei Jiet claims that the Election Commission s ban on mobile phones a...
Kembali Darah Dan Tenaga Muda

Kembali Darah Dan Tenaga Muda

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 91 hits
iklan terbaaaeeekkk Herba Untuk Lelaki Paling Selamat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba