Pengundi Muda Ubah Landskap Politik Negara


agendaily.com10/11/2022
Dianggarkan terdapat seramai 4.8 juta pengundi baharu yang telah didaftarkan secara automatik sehingga kini, tetapi daripada jumlah tersebut kurang daripada 30 peratus dijangkakan keluar mengundi pada PRU-15 kelak. -Gambar hiasan
Satu kajian daripada sebuah universiti tempatan menyatakan bahawa 61.7 peratus golongan muda hendak turun mengundi dengan apa jua cara sekali pun.

Faktor keterbukaan dan perubahan kerajaan pada 2018 telah memberi ruang untuk media lebih bebas sekali gus menarik perhatian golongan muda.

Sekiranya orang ramai masih melihat seolah-olah anak muda tidak mengambil tahu, ia merupakan satu stigma yang perlu diperbetulkan.

Ini kerana anak muda mulai sedar tentang kuasa yang diberikan oleh negara kepada golongan remaja untuk digunakan sebaiknya dalam memilih pemimpin yang berwibawa.

Dalam pada itu, perkembangan sihat dalam media sosial dapat menyaksikan penampilan wajah-wajah generasi baharu dalam iklim demokrasi negara, selain keyakinan anak muda juga sebenarnya diperoleh daripada pengaruh rakan-rakan yang sudah terlibat dengan politik.

Situasi ini mewujudkan suasana baharu dalam kalangan orang muda untuk sama-sama terlibat dan sama-sama sedar, bukan lagi sekadar menjadi penonton.

Menerusi satu hantaran sahaja di media sosial, ia mampu untuk menjadi tular apabila menyedari suara mereka lebih didengari kerana bersifat kolektif.

Ini membuktikan golongan muda ini bukan tidak mahu ambil tahu tetapi kadang-kadang mereka ini tidak diberi pendedahan yang bersifat adil, selain kadang kala anak muda melihat pendedahan yang dilakukan oleh parti politik itu bersifat berat sebelah iaitu kepentingan buat satu-satu kelompok tertentu.

Bagaimanapun, timbul persoalan adakah landskap politik negara akan berubah selepas ini terutamanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemas kini daftar pemilih baharu secara automatik yang menyaksikan pertambahan dalam bila­ngan pengundi muda?

Menurut penganalisis politik, Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani, perkara itu adalah tidak mustahil lebih-lebih lagi apabila pengundi muda atau belia berusia bawah 40 tahun kini menca­tatkan lebih separuh daripada jumlah pembuang undi iaitu kira-kira 51 peratus.

“Susulan peningkatan jumlah pengundi muda ini, tidak mustahil akan berlaku perubahan besar pada landskap politik negara, malah parti-parti politik sudah pasti akan menampilkan lebih banyak calon muda untuk bertanding bagi menarik undi.

“Hasil kajian saya mendapati, kebanyakan pengundi muda cenderung untuk mengundi calon dalam lingkungan usia mereka juga atau tidak terlalu ketara jurang usia kerana merasakan lebih memahami kehendak mereka,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Mohd. Azizuddin, penguatkuasaan had umur pemilih kepada 18 tahun yang berkuat kuasa 15 Disember tahun lalu juga dijangka memberikan impak kepada kancah politik negara, namun ia tidaklah terlalu ketara memandangkan jumlah­nya yang tidak terlalu besar.

“Pengundi berusia 18 tahun ini hanya kira-kira 10 peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pengundi iaitu dianggarkan 1.8 juta individu, jadi mereka ini akan tetap memberikan impak, namun agak minimal.

“Yang dibimbangkan adalah jika mereka tidak keluar me­ngundi. Mungkin tidak mengundi kerana tidak pernah mengundi atau tidak tahu yang mereka kini boleh mengundi atau juga faktor-faktor lain seperti tidak minat, latar belakang keluarga dan lain-lain,” ujar beliau.

Mohd. Azizuddin berkata, dianggarkan terdapat seramai 4.8 juta pengundi baharu yang telah didaftarkan secara automatik sehingga kini, tetapi daripada jumlah tersebut kurang daripada 30 peratus dijangkakan keluar mengundi pada PRU-15 kelak.

“Tidak mustahil juga hanya 10 peratus yang akan keluar me­ngundi kelak dan ini akan menjadi satu kerugian kepada negara.

“Jika mereka memang tidak mahu mengundi, tidak mengapalah kerana itu hak mereka, namun lebih rugi jika mereka tidak tahu yang mereka sudah jadi pengundi berdaftar,” katanya.

Melihat kepada kebimba­ngan ini, adalah penting untuk pihak-pihak seperti SPR de­ngan sokongan pengamal media terutamanya mengorak langkah memberikan penerangan kepada individu-individu yang tidak menyedari bahawa mereka kini sudah boleh mengundi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/pengundi-muda-ubah-landskap-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Muda Diingatkan Tidak Lupa Janji Palsu Parti Politik Pada Pru14

Pengundi Muda Diingatkan Tidak Lupa Janji Palsu Parti Politik Pada Pru14

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 130 hits
PADANG TERAP 8211 Pengundi muda yang baru pertama kali menunaikan tanggungjawab mengundi diingatkan tidak lupa janji janji palsu yang ditabur dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu sebelum menterjemahkan pilihan masing masing di kertas undi pad...
Perebutan Kuasa Berbagai Ideologi Doktrin Dan Agama Dalam Politik Negara Yang Rumit

Perebutan Kuasa Berbagai Ideologi Doktrin Dan Agama Dalam Politik Negara Yang Rumit

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 127 hits
Dah selesai acara penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum yang ke 15 hari ini Hari pengundian sebenar akan berlansung dalam tempoh 2 minggu dari sekarang iaitu pada 19 Nov 2022 Sebelum ini kehangatan suasana berebut kerusi antara pemimpin di...
Ada Pengundi Pos Luar Negara Masih Belum Terima Kertas Undi

Ada Pengundi Pos Luar Negara Masih Belum Terima Kertas Undi

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 170 hits
PILIHAN Raya Umum ke 15 bakal berlangsung Sabtu ini namun ada nbsp pengundi pos terutamanya pengundi luar negara masih belum menerima kertas undi mereka Malah ada antara mereka memaklumkan hanya akan menerima kertas undi pos pada Sabtu ini ...
Pengundi Muda Hampir 50 Cetus Perubahan

Pengundi Muda Hampir 50 Cetus Perubahan

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 178 hits
Pengundi muda hampir 50 cetus perubahan Posted By on November 12 2022Anak muda berumur 18 hingga 39 merupakan hampir 50 daripada jumlah pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Mereka juga adalah generasi yang paling terkesan dengan apa sahaj...
Kemajuan Negara Akan Terbantut Selagi Ada Politik Cara Mahathir

Kemajuan Negara Akan Terbantut Selagi Ada Politik Cara Mahathir

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 180 hits
Oleh Adam Malik Negara2 jiran sudah pecut kehadapan didalam pembangunan negara mereka Malaysia bukan lagi pesaing mereka kerana pelabur asing by pass Malaysia dan memilih negara jiran Malaysia mulakan keratapi laju HSR terlebih dulu tapi ra...
Kuasa Pengundi Muda

Kuasa Pengundi Muda

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 192 hits
agendaily com28 10 2022Pengundi berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik Pada 19 November ini rakyat akan memilih barisan pimpinan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang dan dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemil...
Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

Ketika Jumlah Pengundi Baharu Mendadak Naik Calon Muda Amanah Harap Dapat Sokongan Besar

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 175 hits
Calon calon muda dalam AMANAH berharap pencalonan mereka akan membantu Pakatan Harapan mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum kali ini ekoran kenaikan mendadak jumlah pengundi baharu 8220 Dulu pengundi Behrang ni 22 000 sahaja...
Dap Perguna Anwar Calon Melayu Untuk Kuasai Politik Negara Hadi

Dap Perguna Anwar Calon Melayu Untuk Kuasai Politik Negara Hadi

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 258 hits
agendaily com12 11 2022Pemimpin reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Melayu yang diletak serta disokong DAP serta Pakatan Harapan hanya sekadar kuda tunggangan bagi mencapai cita cita ekstrem parti itu dalam Pilihan raya Umum Ke 15 ...
Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 143 hits
Kesedaran Dan Medium Politik Anak Muda 57 1 anak muda menjawab dengan betul mengenai bilangan kerusi Parlimen Malaysia sebanyak 222 Saluran media paling utama anak muda untuk berkongsi dan mendapat input berkaitan politik ialah a Instagram ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids