Akan Berakhirkah Karrier Politik Najib Dan Zahid Dalam Tempoh Darurat Ini


 


"Saya juga memberi jaminan bahawa sepanjang tempoh darurat ini, badan kehakiman akan terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan.
"Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah. The judiciary will continue to be the beacon of justice in our country and I will never interfere in the business of the court.
Itu adalah petikan dari ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan semalam

Teks ucapan penuh boleh dibaca di SINI
 Kepada siapa Muhyiddin tujukan ayat mengenai badan Kehakiman itu agaknya?
Adakah kepada Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah..

Laporan dari Sinar mengatakan tarikh perbicaraan yang sebelum ini ditetapkan pada 12 Oktober 2020 ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19). 
"E-mel diterima daripada mahkamah memaklumkan bahawa seperti diarahkan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin, tarikh perbicaraan bagi kes ini ditetapkan pada April 2021 iaitu 12 hingga 15, 19, 20 hingga 22 dan 26 hingga 28. 
"Mahkamah turut menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan selanjutnya pada Mei 2021 iaitu 3 hingga 6, 24, 25, 27 dan 31 serta 1 hingga 3 Jun 2021," kata Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Wan Shaharuddin Wan Ladin

Atau kepada bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan pertuduhan Kes tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 Bilion

Bagi kes tuduhan rasuah, mahkamah telah menetapkan tarikh untuk sambung bicara iaitu 25 hingga 27 Januari, 2 hingga 4 Februari, 8 hingga 11 Februari dan 15 hingga 18 Februari, 5 hingga 8 April, 19 hingga 22 April dan 26 hingga 28 April, 3 hingga 6 Mei, 17 hingga 20 Mei dan 24 hingga 27 Mei, 1 hingga 3 Jun, 8 hingga 10 Jun, 21 hingga 24 Jun dan 28 hingga 30 Jun serta 5 hingga 8 Julai tahun 2021.
Sementara bagi kes meminda laporan akhir audit 1MDB, mahkamah juga menetapkan tarikh-tarikh lain untuk sambung bicara iaitu 22 hingga 24 Febuari, 8 hingga 11 Mac, 5 hingga 8 April dan 12 hingga 15 April 2021. 
Rasanya bukan ditujukan kepada Najib dan Zahid sahaja.. tapi lain-lain kluster Mahkamah yang ada tu..
Apakah dengan berakhirnya tempoh darurat akan berakhir karrier mereka-mereka itu dalam politik?
Berakhirnya tempoh darurat mungkin akan menyaksikan karier politik Najib Razak juga tamat kerana dalam tempoh enam bulan akan datang, proses rayuan bekas perdana menteri itu dalam kes melibatkan dana RM42 juta berkait 1MDB akan selesai.
Padai Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah dalam tujuh dakwaan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan RM42 juta daripada syarikat SRC International Sdn Bhd.
Dalam rayuannya, peguam Najib mengemukakan lebih daripada 300 alasan untuk mengenepikan sabitan bersalah yang akan mula didengar pada 15 Februari akan datang.
Seorang peguam kanan bagaimanapun berkata, kes yang melibatkan 42 dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri itu sudah cukup untuk menamatkan karier politiknya.
Haniff Khatri Abdulla berkata, jika Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman terhadap kes tersebut, karier Najib dalam politik perlu direhatkan sehingga 2033, ketika Pilihan Raya Umum ke-17 (PRU17) perlu dilaksanakan.
“Kalau tak ada apa-apa pengampunan Diraja, maka hancurlah karier Najib Razak,” katanya kepada MalaysiaNow.
Selain Najib, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan adalah antara ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang sedang berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.
Semalam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan satu pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19 berkuat kuasa hari ini sehingga 1 Ogos 2021.
Dalam perutusan khas sempena perisytiharan darurat semalam Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan akan berjalan seperti biasa dan berikrar tidak akan mencampuri urusan mahkamah.
“Kalau tak ada apa-apa pengampunan Diraja, maka hancurlah karier Najib Razak,” katanya kepada MalaysiaNow. Seorang penganalisis melihat jaminan perdana menteri untuk tidak mencampuri urusan mahkamah sebagai satu amaran kepada “kluster mahkamah”, merujuk kepada ahli Parlimen BN yang berdepan pendakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
Shamsul Amri Baharuddin Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa kenyataan Muhyiddin semalam sebagai satu isyarat keras kepada Najib untuk mengatakan beliau tidak mahu menjalankan sebarang rundingan melibatkan kes-kes mahkamah bekas bosnya itu.
“Tiada harapan, tiada harapan langsung untuk Najib berunding dengan Muhyiddin kerana perdana menteri sudah memberi gambaran seolah-olah sudah ada ‘sekatan’ di situ, beliau sememangnya tidak mahu dikaitkan atau terlibat dengan kes-kes Najib,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Bukan dia sahajalah, yang lain juga, pemimpin Umno yang berdepan tuduhan mahkamah. Amaran ini pun diguna pakai juga kepada ‘kluster mahkamah’ bukan dia (Najib) sahaja.”
Proses rayuan kes SRC International akan berjalan dalam tempoh 14 hari tanpa memerlukan saksi dipanggil.
Haniff berkata, ia mampu diselesaikan dengan keputusan hakim pada hujung bulan depan.
Sekiranya Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman kes, Najib boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan di mana ia boleh dilakukan dalam tempoh kurang empat bulan.
“Jadi sebelum 1 Ogos (tarikh akhir tempoh darurat), boleh selesai kes di Mahkamah Persekutuan,” katanya


Artikel penuh silalah baca di SINI 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/akan-berakhirkah-karrier-politik-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darurat Selamatkan Zahid Dan Najib

Darurat Selamatkan Zahid Dan Najib

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 194 hits
Jangkaan berdepan dengan kritikan termasuk digesa berundur dapat di ELAKKAN
Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

Perintah Darurat Muhyiddin Kerana Politik Bukan Tangani Covid 19 Kata Najib

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 360 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONDatuk Seri Najib Razak mendakwa perintah darurat yang akan dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di Pertuan Agong petang ini merupakan keputusan berasaskan politik dan bukannya untuk menangani wabak Covid 19...
Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

Darurat Kendurkan Ketegangan Politik Fokus Covid 19 Kata Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 190 hits
Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID 19 semakin mengganas dan politiking yang tidak berkesudahan adalah tepat pada masanya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat demikian menurut pakar perlembagaan Mereka berp...
Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

Darurat Muhyiddin Gagal Merehatkan Politik

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 295 hits
Malah AKAN diheret ke mahkamah atas keabsahan status PM nya bukan mempertikai darurat perkenan Tuanku Perjalanan politik AKAN lebih meletihkan Pengumuman PKP SEBENARnya sudah cukup untuk merehatkan politik dan umno atau Mana Saja parti AKAN...
Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

Negara Mana Laksana Darurat Serta Gantung Sidang Parlimen Najib Tanya Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 202 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Aziz supaya bersikap jujur susulan kenyataannya yang perisytiharan darurat mampu membantu memulihkan ekonomi negara Beliau dala...
Gempar Pegawai Muhyiddin Akui Darurat Langkah Politik Selamatkan Pn

Gempar Pegawai Muhyiddin Akui Darurat Langkah Politik Selamatkan Pn

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 380 hits
January 12 2021 Seorang pegawai kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hari ini mengakui bahawa perisytiharan darurat adalah langkah politik bagi menyelamatkan kedudukan Perikatan Nasional Menurut Azman Mat Hussin perisytihar...
Mesyuarat Biro Politik Umno Bincang Tindakan Kerajaan Isytihar Darurat

Mesyuarat Biro Politik Umno Bincang Tindakan Kerajaan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 223 hits
Mesyuarat Biro Politik Umno hari ini bermesyuarat bagi membincangkan situasi politik terkini negara selepas negara berada di bawah proklamasi politik Menurut sumber mesyuarat itu dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno Mesyuarat biro...
Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

Darurat Muhyiddin Yang Membuatkan Zahid Hamidi Dan Mahathir Kesal Tak Sudah Dibuatnya

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 213 hits
Sebagaimana disebut Nazri Aziz dalam sidang medianya ketika mengumumkan penarikan sokongannya kepada Muhyiddin Yassin bahawa darurat yang dikuatkuasakan ini adalah darurat politik sebenarnya majoriti rakyat juga percaya dengan hakikat terse...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran