Akak Boleh Bercakap Dengan Orang Yang Sudah Meninggal Kan


The Reporter



Hi, selamat malam. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Terpulanglah sama ada nak kata cerita saya ini tak masuk akal atau sebaliknya. Tetapi inilah yang terjadi di antara saya dengan seorang sahabat yang mungkin akan terbaca perkongsian ini.


Ceritanya begini:


Satu hari itu, kawan saya tiba-tiba datang bertanya kepada saya, "Kak, kakak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?" 


Ya, saya memang ada kelebihan ini sebenarnya tetapi bercakap atau panggil orang yang sudah tiada di dunia ini belum pernah dicuba. Kalau bercakap dengan suara ghaib, itu saya pernah lakukan. 


Kawan saya cerita bahawa ada seorang sahabat lelaki iaitu satu sekolah dengannya, baru-baru ini telah meninggal dunia. Yang sedihnya sebelum lelaki itu meninggal, diorang ada bersembang dalam aplikasi chat. Tetapi di hujung chat itu macam tergantung sebab lelaki itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. 


Jadi, kawan saya ini beritahu pagi itu dia seperti terdengar orang bermain bola keranjang di luar rumah dia. Di tempat kerja pula, barang secara tiba-tiba terjatuh sendiri dan hal ini berlaku di depan matanya. Barang yang terjatuh itu seperti ada tangan yang sengaja menjatuhkannya. 


Jadi, dia bertanya kepada saya, adakah dia menjadi seperti itu kerana terkesan dengan pemergian sahabatnya sehingga terdengar bunyi pelik di luar rumahnya? Katanya, sahabat dia itu dulu pemain bola keranjang semasa di sekolah. 


Oleh kerana masa itu saya agak sibuk, jadi saya beritahu dia "Nanti kita buat". Dalam kesibukan bekerja itu, saya terdengar seperti ada suara lelaki menangis. Tetapi saya tidak terfikir yang itu adalah roh sahabat saya. Saya tanya, mengapa kau menangis? Roh itu tidak menjawab, dia hanya menangis sahaja. Saya abaikan tetapi saya rasa dia sebenarnya mahu berhubung secara bertentangan mata. 


Bila saya rasa seperti itu, saya bertanya kepada kawan saya tentang kehidupan lelaki itu semasa hidup. Memang banyak cerita yang sedih dan paling menyedihkan, roh ini banyak menangis. 


Saya menjadi penghubung di antara kawan saya dan roh sahabatnya. Seperti dia duduk di sebelah saya sambil bercerita. Banyak yang dia mahu cerita, tetapi saya tidak dapat dengar. Hanya bila kawan saya bertanya soalan, baru saya dapat baca apa yang roh sahabatnya itu cakap dan sampaikan kepada kawan saya. 


Dalam satu hari itu, roh sahabat kawan saya 'melawat' dia. Kalau tak bercerita, dia akan berdiri di sebelah kawan saya sambil memerhatikan dia buat kerja. Dalam masa sama roh itu ada beritahu yang dia nak 'balik'. Tetapi setiap kali itu juga dia akan menangis dan saya terpaksa memujuk dia. 


Untuk menghantar roh sahabat kepada kawan saya ini, saya buat upacara yang memang saya sendiri tidak terfikir pun. Disebabkan connection batin saya dengan roh amat dekat, saya gunakan badan saya jadi perantara. 


Di satu sudut, saya dan kawan saya duduk bertafakur. Tiba-tiba badan saya bergegar, saya menangis. Memang saya sedar pada waktu itu tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Saya menangis dan meraung seperti lelaki dewasa yang menangis, bercucuran air mata sehingga membasahi muka. 


Kawan saya pun turut menangis sebab dia tahu roh sahabatnya ini akan balik. Dia peluk saya seperti memeluk sahabatnya. Roh itu sempat memanggil nama kawan saya dengan bahasa roh yang saya terjemahkan begini,


"Saya balik dulu. Sampai jumpa lagi.." 


Selepas selesai upacara itu, saya terbangun dan melihat mata kawan saya kemerah-merahan kerana menangis. 


Tidak lama selepas itu, saya terdengar ada suara yang memberitahu saya, kalau saya buat upacara itu lagi, umur saya dipendekkan. Ya, sebab saya sudah dikira mencampuri urusan antara orang yang hidup di dunia dengan orang yang sudah pergi buat selamanya. 


Keesokkan harinya saya sakit. Tetapi memang perkara biasa bagi saya kalau terlampau menggunakan kelbihan itu, lebih-lebih lagi kalau terlalu banyak menggunakan tenaga. Setakat ini hanya dua kali sahaja saya pernah memanggil roh yang telah meninggal dunia. Bezanya, orang yang baru meninggal dunia lebih senang dipanggil berbanding yang telah lama pergi. Kejadian itu juga membuatkan saya serik sebab selepas buat, saya terus jatuh sakit. 


Ada part yang saya rasa lucu. Keesokkan harinya saya terdengar suara perempuan pula menangis. Macamlah saya tidak tahu yang itu adalah suara cik pon menangis. Entah apa yang dia mahu, macam mintapuji pula. Malas nak layan. 


Sumber: Tidak Diketahui


February 28, 2022 at 04:58PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/02/akak-boleh-bercakap-dengan-orang-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risau Belum Boleh Bercakap Usia 2 Tahun Ada Tak Isyarat Ini Anak Tunjukkan

Risau Belum Boleh Bercakap Usia 2 Tahun Ada Tak Isyarat Ini Anak Tunjukkan

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 194 hits
Apabila anak mencecah umur setahun namun belum mampu mengungkapkan sepatah perkataan pun bermakna ibu bapa perlu bimbang Jangan sedapkan hati kata nanti oklah tu Kesilapan ini buatkan kita akan menyesal selepas ini Perlu ingat semakin lamba...
Vivo Sedang Membangunkan Telefon Beserta Kamera Boleh Terbang

Vivo Sedang Membangunkan Telefon Beserta Kamera Boleh Terbang

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 176 hits
Pembangunan telefon pintar ni pada abam dah menghampiri sudut puncaknya apabila peranti mercu terbaru pun hampir sahaja mengulangi apa yang sudah sedia ada ditawarkan pada model semasa Bahasa mudah yang lain pembangunan sudah pun tepu Kalau...
Solana Tidak Lama Lagi Boleh Memberikan Isyarat Kenaikkan Harga

Solana Tidak Lama Lagi Boleh Memberikan Isyarat Kenaikkan Harga

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 163 hits
Solana berada dalam aliran menurun sejak November apabila ia memuncak sekitar 261 Sejak itu harga membuat tahap rendah yang lebih rendah dan tahap tertinggi yang lebih rendah dan telah mencapai tahap rendah 79 97 Beberapa hari terakhir harg...
Pas Dulu Kata Tak Boleh Baiki Air Teh Tarik Sebab Bukan Kerajaan Sekara

Pas Dulu Kata Tak Boleh Baiki Air Teh Tarik Sebab Bukan Kerajaan Sekara

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 178 hits
Mantan Senator KEADILAN Siti Aishah bertanyakan mengapa PAS sehingga hari ini masih tidak menyelesaikan isu air yang teruk di Kelantan walaupun sudah menjadi kerajaan Beliau juga menangkis suara suara sumbang yang konon kata sekiranya Anwar...
Betullah Orang Cakap Anak Tak Boleh Pilih Bapak Demi Content Bapa Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Buat Aksi Willy

Betullah Orang Cakap Anak Tak Boleh Pilih Bapak Demi Content Bapa Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Buat Aksi Willy

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 227 hits
The ReporterTindakan seorang lelaki melakukan aksi willy semasa menunggang motosikal sambil membawa anaknya bersama dikecam oleh netizen yang menganggapnya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab Video yang mula viral di media sosial sejak...
Merbah4ya Beris1ko Dan Boleh Memberi Aib Usaha Murni Cik Puan Gojes Mendapat Teguran Otai

Merbah4ya Beris1ko Dan Boleh Memberi Aib Usaha Murni Cik Puan Gojes Mendapat Teguran Otai

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 132 hits
Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi laman Facebooknya telah memberi beberapa teguran secara baik kepada Cik Puan Gojes mengenai usaha penyaluran bantuan yang dibuatnya selama ini CPG yang juga merupakan seorang guru memang amat popular kebelak...
Rusia Boleh Mula Ceroboh Ukraine Dengan Serangan Udara

Rusia Boleh Mula Ceroboh Ukraine Dengan Serangan Udara

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 167 hits
KYIV Ukraine mengajak Rusia dan beberapa agensi keselamatan utama Eropah untuk berunding mengenai ketegangan yang berlaku ketika ini Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba berkata Rusia menolak permintaan rasmi negara ini untuk menjelaskan apa ...
Kecelakaan Pebalap Kuntet Khalisa Meninggal Saat Road Race Di La Ode Pandu Sultara

Kecelakaan Pebalap Kuntet Khalisa Meninggal Saat Road Race Di La Ode Pandu Sultara

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 238 hits
Pebalap asal Kota Kendari itu dinyatakan meninggal dunia di RS LM Baharuddin usai mengalami kecelakaan tunggal pada kejuaraan itu
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok