Rusia Boleh Mula Ceroboh Ukraine Dengan Serangan Udara
KYIV: Ukraine mengajak Rusia dan beberapa agensi keselamatan utama Eropah untuk berunding mengenai ketegangan yang berlaku ketika ini.
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berkata, Rusia menolak permintaan rasmi negara ini untuk ‘menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dan sebab Moscow menempatkan banyak tenteranya di kawasan sempadan’.
“Apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah gesaan untuk melakukan rundingan dalam tempoh 48 jam bagi menjelaskan rancangan sebenar Rusia.
“Jika Rusia serius apabila bercakap soal ketidakstabilan keselamatan di ruang Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), maka negara itu perlu bersikap jujur bagi meredakan keadaan,” katanya.
Moscow sehingga kini menafikan sebarang rancangan untuk menyerang Kyiv biarpun menempatkan kira-kira 100,000 anggota tentera di kawasan sempadan Ukraine.
Beberapa negara Barat memberi amaran Rusia sebenarnya melakukan persediaan berperang dan Amerika Syarikat (AS) mendakwa ‘situasi itu boleh bermula dengan pengeboman dari udara pada bila-bila masa’.
Selain itu, puluhan negara turut menggesa semua rakyat meninggalkan Ukraine segera dengan ada di antaranya memindahkan petugas kedutaan ke kawasan lain.
Dalam pada itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengkritik ‘situasi panik yang tercetus’ dan memaklumkan tiada bukti menunjukkan Rusia bakal menyerang negara ini dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Semalam, beliau berbual hampir sejam bersama Presiden AS, Joe Biden dan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meneruskan ‘diplomasi serta langkah pencegahan’.
Sementara itu, rundingan diplomatik dijangka diteruskan hari ini oleh Jerman dan Britain.
Baca Artikel Menarik:
Usahawan tunjuk duit ‘kepuk-kepuk’, sekali LHDN komen perli
Projek PR1MA disabotaj
Gerakan ‘bunuh’ Azam Baki dibuat secara tersusun- MCW
Hisham tak perlu letak jawatan, langgar SOP bukan jenayah – Ismail
Dihina Mandul, Bella Akhirnya Hamil, Reaksi Suami Bikin Sebak
Jual badan, PU Syed tegur Sharifah Sakinah
DAP, PH berdepan kesukaran di Pulau Pinang
Kamu berduit tapi tidak berbakat – Ajai
Usah sombong Sanusi, kerajaan Kedah stabil kerana Umno berlapang dada
Respon Dr Zulkifli Bila Gadis Bagi Soalan Luar Kotak ‘Apa Hukum Jika Seorang Muslim Mati Digigit Zombie’
‘Saya Tidak Sedap Hati, Risau Tiada Khabar Daripada Jit Murad Minggu Lalu’ – Tina Fadzil [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]
Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang
Sanusi serang UMNO setiap hari
The post Rusia boleh mula ceroboh Ukraine dengan serangan udara appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/15/rusia-boleh-mula-ceroboh-ukraine-dengan-serangan-udara/