Ajaran Qadiani Difatwakan Sesat


Ajaran Qadiani Difatwakan Sesat | Baru baru ini KakYa ada baca beberapa perkongsian daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),  mengenai ajaran sesat di pautan ini https://www.mais.gov.my/artikel-khas-2/ . Pelbagai artikel mengenai ajaran sesat di Malaysia yang diketengahkan telah menarik minat KakYa untuk sama sama berkongsi info ini buat semua pembaca blog KakYa. KakYa berharap agar perkongsian ini dapat membuka mata kita semua untuk lebih berhati hati di masa masa akan datang dan tidak terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan akidah islam. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. 
Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah Ajaran Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. Diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor


Gerakan Qadiani Dikenali Juga Sebagai Ahmadiyah, Ahmadi Atau Ahmadiyyat
Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar.

Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu menyebabkan kumpulan tersebut
semakin lumpuh

Pelbagai Penyelewengan Dalam Ajaran Qadiani
Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. Beliau berkata: “Demi ALLAH yang nyawa saya di tanganNya, Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti.

Beliau turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta”. Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menakan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya. Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.

Mirza Ghulam Ahmad turut menakan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan perihal jihad seperti berikut:

“Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad.”

Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya

Keputusan Fatwa Selangor
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (dikenali sebagai Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' dalam Enakmen terdahulu) telah memutuskan bahawa':

Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kar oleh ulama Islam serata dunia.

Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah
menghukumkan kar kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala
Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.

Antara Ciri-Ciri Ajaran Qadiani
Menurut Mirza Ghulam Ahmad:

• Sebagai nabi yang menerima wahyu
• Imam Mahadi
• Isa al-Masih
• Mempunyai mukjizat
• Para nabi menyaksikan dirinya
• Malaikat sebagai pancaindera tuhan
• Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India.

Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:

• Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II).

• Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.

• Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.

• The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000 iaitu:
Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah:

• Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;

• Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;

• Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya; dan

• Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan

KesimpulanAkidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah yang menjadi pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat di jauhi. Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam

Sumber: https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/08/artikel-khas-bil-9.pdf

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2021/07/ajaran-qadiani-difatwakan-sesat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

Umat Islam Hendaklah Berhati Hati Dengan Ajaran Qadiani Yang Difatwakan Sesat

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 465 hits
Assalamualaikum Fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku Kewujudannya merentasi masa tempat dan keadaan Ianya perlu dibentung kerana bakal mempengaruhi masyarakat terutama golangan remaja Pernah dengar Ajaran Qadiani Sejarah Ajar...
Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Menyimpang Dari Landasan Islam Sebenar

Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Menyimpang Dari Landasan Islam Sebenar

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 658 hits
Ajaran Qadiani Ajaran Yang Tidak Diiktiraf Sebagai Ajaran Islam Assalammualaikum w b t Bahaya Ajaran Qadiani Mamayanie sendiri baru tahu mengenai ajaran ini melalui bacaan di portal Majlis Agama Islam Selangor Allahu Akbar Masih ada lagi ya...
Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Umat Islam Harus Lebih Waspada Dan Berhati Hati

Ajaran Qadiani Ajaran Sesat Umat Islam Harus Lebih Waspada Dan Berhati Hati

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 289 hits
Assalamualaikum Ajaran sesat yang berkembang di dunia ajaran sesat di Malaysia bukanlah sesuatu perkara baru Antaranya adalah Ajaran Qadiani atau juga dikenali dengan ajaran Ahmadiah yang mana pengamal kepercayaan ini sangat bercanggah deng...
Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah

Kesesatan Ajaran Qadiani Atau Ahmadiah

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 185 hits
AJARAN SESAT QADIANI atau AHMADIAH Assalamualaikum pernah dengar Ajaran Qadiani atau Ahmadiah baru ni Lisa teringin nak tahu lebih Ajaran Sesat Qadiani atau Ahmadiah terutama selepas tengok perkongsian pihak Majlis Agama Islam Selangor meng...
Waspadai Aqidah Sesat Wahabi

Waspadai Aqidah Sesat Wahabi

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 248 hits
ADA DICIPTAKAN ATAS DASAR RUPA YANG TERPILIH OLEH ALLAH
Posting Ustazah Sesat Viral Di Fb Baca Kajian Terhadap Penulisan Beliau Maka Anda Akan Tahu Jawapannya

Posting Ustazah Sesat Viral Di Fb Baca Kajian Terhadap Penulisan Beliau Maka Anda Akan Tahu Jawapannya

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 363 hits
Selain bodoh akibat lemah dalam DNA bodoh keturunan dan lemah otak dalam pembelajaran antara yang dapat dinilai melalui posting ustazah hamidah Berdasarkan posting dibuat kajian terhadap penulisan dan andaian juga apa yang ditulis nampaknya...
Siap Siap Tahun Ajaran Baru Bener Nggak Sih Tahun Ini Sekolah Tatap Muka Dimulai

Siap Siap Tahun Ajaran Baru Bener Nggak Sih Tahun Ini Sekolah Tatap Muka Dimulai

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 227 hits
Kalau udah masuk sekolah lagi berarti udah bisa main sama teman teman lagi dong kayak dulu sebelum pandemi Eits tunggu dulu
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat