Ajar Sikit Mereka Yang Hina Negara Tarik Kerakyatan



Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar. - Foto Supian Ahmad
HALAMAN HIBURAN
Penerbit mohon maaf isu hina Jata Negara

KUALA LUMPUR: Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu.Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar."Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu."Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah."Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung... saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan."Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari."Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu," katanya.Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual.Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.Semalam, BH melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak polis menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik.Sementara itu, pihak polis memaklumkan sudah menerima 21 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan.Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.Kes juga disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu siasatan. (BH)Hina Jata Negara - lucutkan kerakyatanSementara itu di Pasir Gudang.. Penulis buku 'Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia' yang menghina Jata Negara wajar dilucutkan kerakyatan, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Mohd Khairul Azlan.Menurut Mohd Khairul, kerajaan tidak sepatutnya sewenang-wenangnya melepaskan individu biadap ini setiap kali mereka memohon maaf selepas melakukan sesuatu kesalahan."Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu terus ambil tindakan segera...ini perbuatan serius, biadap," katanya ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini, hari ini.
Terdahulu, laporan polis dibuat terhadap penulis buku terbabit oleh Pemuda UMNO, PAS, MCA dan MIC, selain tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Johor Volunteer, Pertubuhan Kebajikan Ummah Al-Mustakim dan Gerakan Belia 4B Pasir Gudang.Laporan polis dibuat berkaitan lukisan mirip Jata Negara yang diubah suai mempamerkan seorang wanita yang kurang sopan di atas bulan bintang, bayi serta dua harimau selain menambah seekor buaya di bahagian bawahnya."Kita anggap ini sebagai perbuatan serius selain minta kerajaan ambil tindakan seperti melucutkan kerakyatan mereka yang biadap ini kerana sering kali berlaku kes begini, berulang kali bila berlaku, mereka minta maaf, kita tidak setuju," katanya.Terdahulu, buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghinalogo Jata Negara dan tersebar dalam media sosial.Berikutan itu, penerbit buku berkenaan, Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya memohon maaf padahari ini dan menyatakan tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan."Polis menerima tiga laporan yang dibuat pada hari ini membabitkan Balai Polis Pasir Gudang, Balai Polis Scientex dan Balai Polis Seri Alam."Siasatan sudah dijalankan oleh IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur kerana ada laporan polis sudah buat di sana," katanya. (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ajar sikit mereka yang hina dan tidak sayangkan negara ini.. Patutkah ditarik kerakyatan mereka? Sebenarnya mereka ini adalah ekor cicak yang terkodek-kodek, terpisah dari badan kerana 'kepala'nya sudah penyet dikapit pintu.
Kepala atau bosnya sudah kalah, tiada hujah dan terpecat, tak boleh buat apa-apa lagi. Cuma tinggal 'ekor' (atau barua)nya yang masih menggelupor terkodek-kodek bising menggangu, meroyan mengalihkan perhatian, dan suasana dari isu kegagalan mereka..
Kesian, mereka atau barua yang jadi mangsa kerana kejahilan sendiri..

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/ajar-sikit-mereka-yang-hina-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Jata Negara Suatu Tindakan Biadab

Hina Jata Negara Suatu Tindakan Biadab

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 455 hits
PARTI Islam Se Malaysia menggesa Kementerian Dalam Negeri bertindak segera mengantung penjualan buku bertajuk Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia oleh Kean Wong yang jelas menghina negara Secara khusus Jata Negara telah di...
Penerbit Buku Tampil Mohon Maaf Tiada Niat Hina Jata Negara

Penerbit Buku Tampil Mohon Maaf Tiada Niat Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 530 hits
Selepas kontroversi muka hadapan buku Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia yang didakwa menghina Jata Negara penerbitnya tampil memohon maaf terhadap pihak yang tersinggung Menerusi laporan BH Online Chong Ton Sin berkata p...
Kulit Buku Hina Jata Negara Yang Sebenarnya

Kulit Buku Hina Jata Negara Yang Sebenarnya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 771 hits
Pengarah syarikat penerbitan Gerakbudaya Chong Ton Sin dan penerbit buku mohon maaf berhubung kulit buku yang menghina Jata Negara Tapi alasan yang diberikannya tidak masuk akal Satu kami memang tidak sengaja mahu hina atau apa apa Kedua wa...
Siasat Hina Jata Negara

Siasat Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 371 hits
Satu laporan polis telah dilakukan oleh Pemuda PAS bersama Pemuda Umno MIC dan MCA di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung kulit sebuah buku bertajuk Rebirth Reformasi Resistance and Hope in New Malaysia yang didakwa menghina Jata ...
Apa Masalah 3 Ekor Ni Buku Rebirth Hina Jata Negara

Apa Masalah 3 Ekor Ni Buku Rebirth Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 769 hits
Apa keperluan buat macam ni yer Kalau nak kritik kutuk maki ahli politik kita tak kisah sangat Tapi mesti kena satu asas yang kuat kenapa ahli politik itu wajar dikritik kutuk maki Namun kalau menukar jata negara dengan niat yang sama Ini s...
Pemuda Umno Desak Tindakan Diambil Terhadap Buku Hina Jata Negara

Pemuda Umno Desak Tindakan Diambil Terhadap Buku Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 582 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penulis penyunting dan penerbit sebuah buku yang didakwa merendah rendahkan martabat jata negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan Malaysia ...
Polis Diarah Siasat Buku Didakwa Hina Jata Negara Kata Menteri

Polis Diarah Siasat Buku Didakwa Hina Jata Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 495 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana mana pihak yang melakukan perbuatan yang tidak patriotik dan bertanggungjawab PETALING JAYA Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa ...
Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

Polis Panggil Pihak Penerbitan Buku Hina Jata Negara

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 427 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Polis Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung penerbitan buku tulisan Kean Wong yang didakwa menghina Jata Negara Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komision...
Tidak Berniat Untuk Hina Jata Negara Penerbit Buku Mohon Maaf

Tidak Berniat Untuk Hina Jata Negara Penerbit Buku Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 2050 hits
KUALA LUMPUR Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu Chong Ton Sin yang juga pengarah dan...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia