Ajar Anak Membaca Tak Boleh Jadi Singa Hilang Semangat Buat Je Cara Ni


Cara belajar dulu dan sekarang dah berbeza. Masa kecil dahulu, kalau tak boleh membaca pun tak apa. Masuk tahun satu, kita akan diajar oleh cikgu untuk membaca dan menulis. Dalam kepesatan pembangunan hari ini dan semakin ramai kanak-kanak yang bijak, seboleh-bolehnya kita mahu memastikan anak sudah mahir 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
Seawal usia anak empat tahun pun kita sudah mula dedahkan anak dengan buku dan flash cards untuk membantu mereka menjadi mahir membaca. Sesetengah anak mungkin boleh ‘tangkap’ tapi ada juga anak yang mungkin tak boleh ikut cara kita. Kesannya anak jadi hilang semangat dan tak suka belajar.
Sumber foto: www.freepik.com Nak bantu anak membaca kena ada caranya. Barulah anak rasa seronok dan mampu ikut apa yang kita ajarkan. Menurut Pusat Perkembangan Kanak-kanak Ucop & Ica, usia yang sesuai untuk mengajar anak membaca adalah seawal usia empat tahun. Usia ini sesuai untuk memulakan proses pengajaran kerana anak sudah boleh mendengar arahan.
Kemahiran membaca adalah kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh anak di usia yang awal lagi. Semakin awal anak boleh membaca, semakin banyak perbendaharaan kata dan kebijakan yang akan diperolehi oleh mereka.
Macam Mana Mama Papa Nak Ajar Anak?
Apabila anak di rumah, mama papa digalakkan untuk membuat ulangkaji dengan anak supaya mereka tidak mudah lupa dengan pembelajaran yang diajar oleh cikgu di sekolah. Mama papa boleh melatih anak secara iqra’ iaitu hanya menyebut setiap ayat yang mereka baca atau ditunjukkan oleh anak tersebut. Ini bagi memudahkan interaksi antara ibu-bapa dan anak.
Sumber foto: www.freepik.com Mama papa tidak digalakkan untuk terlalu aktif mengajar untuk mengekalkan persepsi anak bahawa mama papa adalah tempat mereka bermanja dan mengadu masalah. Dengan melakukan latihan sebutan ayat ini, ia akan mewujudkan satu ikatan yang lebih harmoni antara mama papa dan anak. Jadi tak adalah istilah ‘mama garang’ atau ‘letih ajar anak’
Galak Anak Suka Membaca
Menurut Pusat Perkembangan Kanak-kanak Ucop & Ica lagi, ketika usia anak sudah memasuki enam ke tujuh tahun, inilah masanya di mana mama papa perlu risau jika mereka masih tak boleh membaca. Jika mama papa mahu anak suka membaca, anda perlu beri galakan kepada mereka. Berikan pujian dan sediakan bahan bacaan yang menarik dan bersesuaian mengikut tahap dan umur anak.
Sumber foto: www.freepik.com Selain itu, mama papa boleh bawa anak ke perpustakaan. Apabila mereka melihat pelbagai pilihan buku yang menarik di sana, secara automatik ia membuatkan anak menjadi teruja untuk ‘explore’ segala bahan bacaan itu. Mudah kan? Untuk anak yang baharu nak belajar membaca, banyakkan komik bergambar sebelum membelikan buku cerita apabila umur anak semakin meningkat. Cara ini akan membuatkan anak lebih seronok dan berminat untuk membaca.
Selain perpustakaan, mama papa boleh bawa anak ke pesta buku dan sebagainya. Berikan mereka ruang untuk memilih buku yang diingini. Apabila anak selesai membaca sesebuah buku, minta mereka untuk bercerita tentangnya. Mama papa boleh juga wujudkan pertandingan bercerita dalam kalangan anak-anak dan berikan ganjaran kepada mereka. Dengan cara itu, anak-anak akan lebih teruja dan berlumba-lumba untuk membaca! Cara ini juga menggalakkan pembinaan karakter dan kreativiti anak di usia muda.
Macam Mana Cikgu Bantu Anak Lancar Membaca?
Impak seorang cikgu sangat besar proses untuk memastikan muridnya lancar membaca. Ini kerana seorang cikgu memahami teknik pembelajaran yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak. Cikgu juga sangat memahami potensi dan kemampuan setiap anak muridnya.
Sumber foto: www.freepik.com Setiap cikgu juga mempunyai ‘rahsianya’ sendiri untuk menarik perhatian dan minat anak tersebut untuk terus berusaha membaca. Setiap sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru adalah berdasarkan keupayaan dan tahap pemahaman murid mereka.
Kesimpulannya, peranan mama papa dan cikgu sama penting untuk membantu anak-anak agar mereka lebih lancar membaca. Paling penting, carilah bahan bacaan yang bersesuaian dan disukai anak-anak. Jangan mudah berputus asa dan terus beri galakan kepada anak supaya terus bersemangat untuk membaca.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Ajar Anak Membaca Tak Boleh Jadi ‘Singa’, Hilang Semangat. Buat Je Cara Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ajar-anak-membaca-tak-boleh-jadi-singa-hilang-semangat-buat-je-cara-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allahuakbar Bukan Camtu Cara Dia Dik Wahai Ibu Bapa Sekalian Tolong Ajar Sikit Anak Anak Anda

Allahuakbar Bukan Camtu Cara Dia Dik Wahai Ibu Bapa Sekalian Tolong Ajar Sikit Anak Anak Anda

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 246 hits
Jalan raya adalah tempat yang berb ahaya terutamanya kepada kanak kanak Mereka lebih selamat melintas jalan raya bersama sama dengan orang yang lebih dewasa Orang dewasa perlu memimpin
Elak Baju Tertukar Guna Cara Ni Tak Tanggal Beli Satu Semua Anak Boleh Guna

Elak Baju Tertukar Guna Cara Ni Tak Tanggal Beli Satu Semua Anak Boleh Guna

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 227 hits
Kebiasaannya ibu ibu yang ada anak nak masuk taska hantar rumah pengasuh atau tadika akan kelam kabut sikit untuk menulis nama pada baju seluar tuala atau apa saja yang berkaitan Maklumlah bila dah ramai ramai kemungkinan untuk tertukar tu ...
Banyak Mainan Mama Beli Yang Satu Tu Juga Anak Berebut Ini Cara Atasinya

Banyak Mainan Mama Beli Yang Satu Tu Juga Anak Berebut Ini Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 198 hits
Pernah tak ibu ayah alami situasi anak berebut mainan Kadang mainan banyak pun yang satu tu juga anak nak Sampaikan ibu ayah naik pening nak melayan kerenah anak anak Kalau setakat berebut sekejap tak ada masalah tetapi jika sampai menangis...
Ada Masalah Tahi Cicak Ini Antara Cara Mudah Anda Boleh Cuba Untuk Halau Ia Dari Rumah

Ada Masalah Tahi Cicak Ini Antara Cara Mudah Anda Boleh Cuba Untuk Halau Ia Dari Rumah

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 330 hits
Ada Masalah Tahi Cicak Ini Antara Cara Mudah Anda Boleh Cuba Untuk Halau Ia Dari Rumah Cicak adalah antara haiwan yang sering dilihat berkeliaran pada dinding rumah bukan Kadangkala najis mereka ini kita boleh lihat merata tempat dan itu sa...
Dulu Garang Macam Singa Sekarang Cool Sporting Caprice Layan Anak Tiri

Dulu Garang Macam Singa Sekarang Cool Sporting Caprice Layan Anak Tiri

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 204 hits
Seronok tengok kehidupan Caprice sejak berkahwin dengan Farra Inalis Hussni Boleh dikatakan kehidupannya berubah dan jelas menampakkan dia seorang suami dan seorang ayah penyayang Melihat kebahagiaan yang dikongsikan oleh Caprice atau nama ...
Jangan Buatkan Kerja Sekolah Untuk Anak Ini Cara Yang Betul Untuk Bantu Anak Buat Kerja Sekolah

Jangan Buatkan Kerja Sekolah Untuk Anak Ini Cara Yang Betul Untuk Bantu Anak Buat Kerja Sekolah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 204 hits
Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak kanak Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar Tambahan pula setiap ibu bapa pasti inginkan anak anak mereka mendapat skor yang...
Buat Kerja Rumah Ajak Anak Sekali Bukan Nak Sempurna Tapi Boleh Berdikari

Buat Kerja Rumah Ajak Anak Sekali Bukan Nak Sempurna Tapi Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 264 hits
Penting untuk anak tahu berdikari urus diri Supaya tidaklah anak kita ni panggil ibu dan ayahnya sahaja bila nak buat sesuatu Sedangkan kalau diajar mereka boleh buat Dan sebenarnya kanak kanak ni suka sangat buat sendiri tau Seperti yang d...
Yasser Fikri Sahut Cara Siso Kopratasa Dalam Senandung Anak Melaka

Yasser Fikri Sahut Cara Siso Kopratasa Dalam Senandung Anak Melaka

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 244 hits
Seorang pemuda anak Melaka Yasser Fikri bin Abu atau dengan nama pentasnya yang unik iaitu Yasser Atakk Seorang pemuda berbakat dalam irama tradisional melayu Karakternya yang agak gila dan dikenali sebagai penyanyi jenaka Tetapi untuk proj...
Mainan Banyak Tapi Itu Juga Yang Direbut Anak Suka Bergaduh Mama Papa Cuba Cara Ini

Mainan Banyak Tapi Itu Juga Yang Direbut Anak Suka Bergaduh Mama Papa Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 217 hits
Adik bak sini Abang punya tu Abang minta dari adik Tak boleh Ni adik punya juga Wekk Adik menjelir lidah Bak la sini Kalau tak tumbuk adik Abang berang Tumbukla kalau berani Adik mencabar sambil melarikan diri Bingitla rumah tu kejap bila s...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa