Jangan Buatkan Kerja Sekolah Untuk Anak Ini Cara Yang Betul Untuk Bantu Anak Buat Kerja Sekolah


Kerja sekolah memainkan peranan yang besar dalam pendidikan setiap kanak-kanak. Kerja sekolah mengambil kira sehingga lebih 50 peratus daripada prestasi pelajar (GPA). Tambahan pula, setiap ibu bapa pasti inginkan anak-anak mereka mendapat skor yang terbaik dalam pembelajaran.

Walau bagaimanapun, melatih anak membuat kerja sekolah di rumah bukanlah tugasan yang mudah kerana anda tidak boleh melakukan semuanya untuk mereka – ini dikira sebagai tidak mengajar.
Berikut adalah 5 tip mudah untuk membantu anak anda menyiapkan kerja sekolah mereka dengan berkesan:
Ajar anak anda kemahiran belajar dan merangka strategi
Selepas habis sesi pembelajaran, bukan semua guru mempunyai cukup masa untuk memberikan tip belajar atau menjalani ujian kepada pelajar mereka. Walaupun ada sesetengah guru yang melakukannya, namun mereka hanya boleh menyampaikan tip ringkas. Disebabkan itulah, ibu bapa sepatutnya menjadi orang yang layak untuk mengajar anak mereka tentang teknik pembelajaran. Contohnya, anda boleh mengajar anak anda kemahiran pengurusan masa, menasihati mereka untuk mengambil nota semasa kelas dan menekankan kepentingan penumpuan dan mengulang kaji pembelajaran yang lepas.

Berikan anak anda peluang untuk mereka belajar dengan stail mereka sendiri
Terdapat 7 stail pembelajaran berbeza untuk 7 jenis kebijaksanaan berbeza. Bukan semua orang berkongsi stail pembelajaran yang sama. Kebanyakan sistem pendidikan tidak hanya memfokus kepada semua stail. Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas anda untuk menggalakkan anak belajar mengikut gaya mereka sendiri. Ini sekali gus akan membantu mereka mencapai potensi mereka dengan lebih mendalam.
7 stail pembelajaran termasuklah:
Visual (Ruang) Telinga (Pendengaran-muzikal) Lisan (Linguistik) Logik (Matematik) Fizikal (Kinestetik) Perseorangan (Intrapersonal) Sosial (Interpersonal) Bagi mengetahui stail pembelajaran dan jenis kebijaksanaan anak, anda perlu melihat kepada corak pembelajaran mereka dan/atau biarkan mereka melakukan ujian penilaian untuk mengetahui keputusannya. Ingatlah bahawa kebanyakan kanak-kanak mempunyai 2, 3 atau mungkin 4 stail dan jenis dalam satu-satu masa.
Hapuskan gangguan
Semasa sesi pembelajaran atau kerja sekolah, pastikan semua peranti elektronik ditutup, dicabut plag atau dipindahkan daripada zon pembelajaran, termasuk juga buku komik atau gangguan lain yang berkemungkinan. Penumpuan adalah kunci untuk kejayaan. Ia membantu anak anda untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat dan mengingat sesuatu perkara dalam tempoh yang panjang. Galakkan anak anda untuk tidak menggunakan internet bagi mencari jawapan kerana pembelajaran merupakan proses berfikir dan memantau. Terlampau culas atau tidak aktif dalam pembelajaran berasaskan otak semasa usia muda boleh mengurangkan kreativiti dan kemampuan menyelesaikan masalah di masa akan datang.
Mendorong anak
Motivasi tidak dapat disangkal lagi, menjadi salah satu daripada penyumbang terbesar untuk setiap kejayaan manusia. Jadi, sudah tentu, penting untuk setiap ibu bapa mendorong anak mereka semasa tempoh pembelajaran. Cara mudah melakukan perkara ini adalah dengan menunjukkan kepada mereka kepentingan pendidikan melalui buku dan cerita visual. Ibu bapa juga boleh sesekali memberi ganjaran kepada anak mereka pada peristiwa-peristiwa istimewa, tetapi janganlah terlalu kerap, supaya mereka boleh merasai bahawa usaha mereka itu dihargai.
Belajar bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk pelajar tidak kira peringkat usia. Ramai dalam kalangan mereka memilih untuk berputus asa. Fenomena ini adalah contoh yang menunjukkan betapa pentingnya kita perlu mendorong anak untuk belajar sejak mereka kecil lagi.
Masa berehat
Mendapatkan rehat juga adalah bahagian penting dalam pembelajaran anak. Berehat dapat membantu anak anda merehatkan minda dan menyediakan peluang untuk otak memulakan proses mengurus semula dan mengekalkan maklumat. Berehat terbukti secara saintifik dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti seseorang. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu bahawa dengan menekan anak untuk kuat belajar boleh memberikan kesan buruk. Anak anda disarankan untuk berehat selama 5 hingga 10 minit selepas setiap 25 minit sesi pembelajaran.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Kredit: Hello Doktor
The post Jangan Buatkan Kerja Sekolah Untuk Anak! Ini Cara Yang Betul Untuk BANTU Anak Buat Kerja Sekolah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-buatkan-kerja-sekolah-untuk-anak-ini-cara-yang-betul-untuk-bantu-anak-buat-kerja-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Ibu Waktu Malam Bantu Anak Tidur Lena Tak Meragam Betul Ke

Susu Ibu Waktu Malam Bantu Anak Tidur Lena Tak Meragam Betul Ke

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 221 hits
Patutlah dia cepat tertidur masa menyusu malam Rupanya ada penyebab yang membuatkan bayi mudah tertidur Hebatnya ciptaan Allah ini lengkap dengan fungsinya dan sesuai dengan masanya Pernah tak dengar bahawa susu ibu yang diperah pada waktu ...
2 Tahun Ayra Terkurung Dr Izzar Ummi Nazeera Gembira Perubahan Anak Lepas Sekolah

2 Tahun Ayra Terkurung Dr Izzar Ummi Nazeera Gembira Perubahan Anak Lepas Sekolah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 195 hits
Siapa yang tidak seronok melihat perkembangan anak yang kini sudah semakin aktif dan gembira bersama kawan kawan setelah sekian lama terkurung disebabkan PKP Bagi Dr Izzar Anwari dan Ummi Nazeera keduanya meluahkan rasa syukur bila akhirnya...
Cara Kita Tegur Anak Mungkin Tak Tegas Anak Jadi Tak Dengar Arahan

Cara Kita Tegur Anak Mungkin Tak Tegas Anak Jadi Tak Dengar Arahan

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 220 hits
Adakah kita tahu cara kita mendidik anak supaya mendengar arahan kita itu adalah salah Selalu ibu ayah akan salahkan anak dahulu Ada yang sampai melabelkan anak degil Sebelum nak marah anak cuba kita selidik dulu cara yang kita lakukan Mung...
Allahuakbar Bukan Camtu Cara Dia Dik Wahai Ibu Bapa Sekalian Tolong Ajar Sikit Anak Anak Anda

Allahuakbar Bukan Camtu Cara Dia Dik Wahai Ibu Bapa Sekalian Tolong Ajar Sikit Anak Anak Anda

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 253 hits
Jalan raya adalah tempat yang berb ahaya terutamanya kepada kanak kanak Mereka lebih selamat melintas jalan raya bersama sama dengan orang yang lebih dewasa Orang dewasa perlu memimpin
Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

Mana Mak Dah 3 Hari L0st C0ntact Anak Harap Warganet Bantu Kesan Ibu Hiiang

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 227 hits
Media sosial kini dikenal sebagai platform terpantas untuk menyampaikan maklumat penting tambahan pula dengan kuasa viraI yang diyakini mampu menyelesaikan sesuatu isu dengan lebih cepat Oleh itu pengguna Twitter ini melalui akaun the yooni...
Buat Kerja Rumah Ajak Anak Sekali Bukan Nak Sempurna Tapi Boleh Berdikari

Buat Kerja Rumah Ajak Anak Sekali Bukan Nak Sempurna Tapi Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 267 hits
Penting untuk anak tahu berdikari urus diri Supaya tidaklah anak kita ni panggil ibu dan ayahnya sahaja bila nak buat sesuatu Sedangkan kalau diajar mereka boleh buat Dan sebenarnya kanak kanak ni suka sangat buat sendiri tau Seperti yang d...
Tayar Motor Pancit Ketika Cari Kerja Bapa Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 10km Sambil Anak Duduk Depan

Tayar Motor Pancit Ketika Cari Kerja Bapa Terpaksa Tolak Motosikal Sejauh 10km Sambil Anak Duduk Depan

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 304 hits
Demi Cari Kerja Bapa Sanggup Tolak Motor Pancit 10km Sambil Anak Duduk Depan Perkongsian daripada seorang netizen yang menceritakan seorang bapa gigih mencari kerja sambil membawa anak namun berdepan masalah tayar motosikal pancit dalam per...
5 Cara Berdepan Dengan Sikap Terrible Two Si Anak

5 Cara Berdepan Dengan Sikap Terrible Two Si Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 260 hits
Baik Iman Amin dan termasuklah Nami sikap terrible two mereka memang boleh tahan mencabar kesabaran aku sebagai seorang mommy Tadi pagi jam 3 30 aku dikejutkan dengan tangisan Nami Ingatkan dia digigit serangga rupa rupanya dia nangis nak b...
Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 283 hits
Menerusi satu perkongsian yang tular oleh seorang wanita dikenali sebagai Laila telah memuat naik sebuah video di laman TikTok menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung Namun wanita ini...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm