Yasser Fikri Sahut Cara Siso Kopratasa Dalam Senandung Anak Melaka
Seorang pemuda anak Melaka - Yasser Fikri bin Abu atau dengan nama pentasnya yang unik iaitu Yasser Atakk , Seorang pemuda berbakat dalam irama tradisional melayu. Karakternya yang agak gila dan dikenali sebagai penyanyi jenaka. Tetapi untuk projek kali ini kemunculannya menerusi ‘Senandung Anak Melaka’ sedikit berlainan apalagi menyahut cabaran rentak dan irama dari Siso Kopratasa mahupun seperti Pak Ngah & S. Atan
Lagu ‘Senandung Anak Melaka’ telah dicipta oleh Fauzi Mohammad manakala lirik ditulis oleh Siso Kopratasa. Siso memilih tema pelancungan untuk menghiasi melodi lagu selain mempromosikan Melaka sebagai Kota Pelancungan di Malaysia. Mereka masing – masing berkolaborasi buat kali pertama. Menurut Fauzi Mohammad sebagai composer, beliau menjadikan Pak Ngah dan S.Atan sebagai idola & inspirasi dalam menghasilkan karya yang berteraskan irama melayu tradisional
Idea & inspirasi tersebut telah tercetus dalam ‘Senandung Anak Melaka’ selepas beliau selesai merakamkan lagu tema untuk sebuah pementasan teater di Melaka. Yasser Fikri telah dipilih oleh composer dan pencipta lirik lagu ini sebagai penyanyi atas dasar kebolehannya. Selain menyanyi , Yasser juga mampu menulis lirik . Kegemarannya memparodikan lagu lagu tertentu menjadikan beliau dikenali dikalangan peminat seni yang selalu melayari youtube
Yasser mula menyanyi pada tahun 2008 , dan kemudian banyak terlibat dalam nyanyian lagu Dondang Sayang serta membuat persembahan tradisional melayu bersama badan-badan budaya di dalam Malaysia , Korea Selatan , Indonesia & Thailand
Tag line lagu Senandung Anak Melaka ini adalah dikatakan sebagai ‘Kota Pelancungan Negeri Selat’, serta merupakan cubaan Siso untuk mengimbau kembali kegemilangan Melaka satu Ketika dulu sebagai Vanice Timur yang sangat dikagumi oleh pedagang pedagang dari barat
Liriknya juga banyak mengupas tentang keindahan dan kelebihan yang ada di Melaka untuk dinikmati oleh pelancungan. Dari tempat riadah yang menari , inap desa yang indah hinggalah makanan tradisi dan lain lain . Lirik ini juga cuba meletakkan Melaka sebagai Kota Pelancungan di negeri selat yang mesti dikunjungi
Sebagai tanda pengenalan lagu ini kepada masyarakat dan buat orang Melaka khususnya, pihak produksi telah menghasilkan sebuah video klip ‘Senandung Anak Melaka’ yang telah dijalankan penggambarannya di sekitar bandaraya Melaka . Siso berharap karya yang dihasilkan oleh Fauzi Mohamad (Anak Jati Melaka) & dinyanyikan oleh Yasser Fikri (Anak Jati Melaka) ini bakal menjadi sebuah lagu yang perlu untuk menarik pelancung ke Negeri Melaka
Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. Video klip ‘Senandung Anak Melaka’ nyanyian oleh Yasser Fikri ini telah dilancarkan mulai 29 Oktober di saluran youtube Luncai Emas dan juga audio rasminya boleh didengarkan di semua saluran digital
Semoga single hasil kerjasama ini dapat menambat hati para media , peminat-peminat dan dapat menarik perhatian anak-anak muda generasi baru juga.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2022/01/yasser-fikri-sahut-cara-siso-kopratasa.html