Ajar Anak Luah Suara Hati Kawal Emosi Setiap Hari Kunci Mental Anak Jadi Sihat


Mendidik anak di zaman yang serba mencabar ini sememangnya tidak mudah. Banyak hal yang terpaksa mak ayah fikirkan dan timbang tarakan demi memastikan anak dalam keadaan yang baik dari segi fizikal mahupun mental.
Memastikan emosi anak-anak terjaga dengan baik juga antara yang wajib ibu ayah utamakan, semuanya demi memastikan kesihatan mental mereka tidak terjejas.

Anak menjadi kurang keyakinan diri, lebih degil dan sentiasa berfikiran negatif merupakan antara salah satu kesan yang berlaku sekiranya emosi mereka terjejas.
Miss Evelyn Ngui, Pakar Psikologi Klinikal dari Sunway Medical Centre, Bandar Sunway.  
Menurut perkongsian Miss Evelyn Ngui, Pakar Psikologi Klinikal dari Sunway Medical Centre, Bandar Sunway, bagi memastikan mental anak sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ibu bapa perlu memastikan aktiviti fizikal dan mental anak seimbang.
Ibu ayah perlu tahu bahawa kesihatan fizikal juga turut mempengaruhi kesihatan mental anak-anak. Apa yang ibu ayah perlu lakukan agar kesihatan mental ini seiring adalah dengan melakukan beberapa perkara berikut.

Seimbangkan aktiviti fizikal dan mental
Ibu ayah perlu periksa kembali rutin harian anak-anak dan perlu pastikan aktiviti fizikal dan mental mereka seimbang. Jangan biarkan anak sentiasa belajar sahaja tanpa seimbangkan dengan aktiviti fizikal.
Biarkan anak ada masa untuk belajar, namun jangan abaikan aktiviti luar rumah untuk mereka lakukan. Wajib!

 
Dengarkan luahan suara anak-anak
Ketika mendidik anak-anak, ibu ayah selalu terlupa untuk mendengar kemahuan anak-anak. Walaupun masih kecil namun mereka masih punya impian dan kehendak sendiri.
Sesekali dengarkan juga suara dan luahan dari hati anak-anak. Anak-anak sebenarnya mempunyai banyak perkara yang hendak dikongsi tetapi disebabkan kekangan masa ibu ayah membuatkan segalanya tersimpan kemas.
Bila suara hatinya didengari, anak-anak akan berasa lebih dihargai dan merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Emosi anak-anak juga secara tidak langsung akan lebih senang ditangani.

Ajar anak tunjukkan emosi
Setiap kali anak rasa kecewa misalnya gagal mencapai markah yang bagus dalam ujian, ataupun kalah dalam pertandingan, didik anak untuk luahkan rasa kecewanya atau ketidakpuasan hatinya. Dengan cara ini anak akan merasa lebih didengari.
Ajar juga anak-anak untuk mengendali emosi mereka setiap hari. Jika berasa marah atau sedih, didik mereka untuk belajar mengawal emosi sebaiknya.
Stress Buat Mental Anak Terganggu
Tidak dinafikan tekanan sekeliling juga menjadi salah satu gangguan terhadap kesihatan mental dan emosi anak. Sama seperti orang dewasa, anak-anak kecil juga melalui hal yang sama.
Anak-anak yang masih kecil sememangnya tidak mampu untuk meluahkan ekspresi dan rasa hati mereka, jadi disebabkan itulah ada anak yang tantrum dan mudah menangis jika kehendaknya tidak dipenuhi.
Orang sekeliling atau perubahan yang berlaku pada anak misalnya bertukar sekolah atau kawan-kawan juga akan memberi tekanan kepada anak-anak dan inilah salah satu punca anak mengalami stres.
Tekanan daripada ibu bapa, misalnya untuk mendapat markah yang baik juga membuatkan anak-anak tertekan, namun biasanya mereka tidak tahu cara untuk meluahkannya.
Petanda anak stress:
Tak gembira macam selalu Selalu nampak anak main, melompat macam biasa tapi tiba-tiba menjadi pendiam. Berubah watak dan mood.
Apa mak ayah perlu buat?
Bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal anak dalam keadaan sihat dan baik, kedua-duanya perlu diseimbangkan namun belajarlah untuk mengenali anak dengan lebih baik.
Ketika menegur anak, sebaiknya cari waktu yang tenang sebelum menegur kesalahan anak. Bercakap dengan suara yang tenang boleh membuatkan anak tidak berasa gerun. Bercakap dengan cara baik, luahkan emosi ibu ayah dengan jelas dan terangkan dengan sabar. Selitkan emosi dengan cara yang baik boleh membuatkan anak lebih faham apa yang cuba disampaikan. Ibu ayah perlu konsisten dengan arahan, namun biarlah secara berhemah dan bukan dengan kekerasan. Paling penting bagi memastikan emosi anak dalam keadaan yang baik, luangkan masa berkualiti dengan anak. Ajak anak untuk berbual dan kongsi pengalaman dengan mereka. Tunjukkan bahawa anda sentiasa bersedia untuk mendengar setiap cerita anak-anak. Dalam apa jua keadaan, ibu bapa memainkan peranan utama untuk mendidik anak-anak dan membentuk persekitaran yang sihat buat mereka. Oleh itu, penting untuk ibu bapa menjaga kesihatan mental dan fizikal sendiri supaya mereka dapat menjaga insan tersayang dalam jagaan mereka.
 
 
The post Ajar Anak Luah Suara Hati & Kawal Emosi Setiap Hari, Kunci Mental Anak Jadi Sihat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ajar-anak-luah-suara-hati-kawal-emosi-setiap-hari-kunci-mental-anak-jadi-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbunga Bunga Hati Bangun Pagi Hari Ini

Berbunga Bunga Hati Bangun Pagi Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 212 hits
Berbunga bunga hati bangun pagi hari ini Unexpected speechless Biasanya memang setiap pagi jam bunyi 6 30 pagi nieyl akan check handphone dulu takut takut ada whatsapp yang penting dan pagi ni tergerak hati ni nak tengok instagram sekali te...
Tak Suka Rumah Baru Ramai Sayu Hati Tengok Anak Dr Say Menangis Teringat Rumah Lama

Tak Suka Rumah Baru Ramai Sayu Hati Tengok Anak Dr Say Menangis Teringat Rumah Lama

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 269 hits
Tak biasa dengan persekitaran yang baru Inilah yang dilalui oleh anak anak doktor selebriti Dr Say Shazril yang menangis tanpa henti selepas berpindah ke rumah baharu Menerusi perkongsian video Dr Say di Instagramnya hal itu tambah buruk te...
Buah Kiwi Banyak Khasiat Untuk Tubuh Jika Susah Tidur Malam Amalkan Makan Setiap Hari

Buah Kiwi Banyak Khasiat Untuk Tubuh Jika Susah Tidur Malam Amalkan Makan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 244 hits
Buah Kiwi Banyak Khasiat Untuk Tubuh Jika Susah Tidur Malam Amalkan Makan Setiap Hari Buah kiwi juga sangat bagus dimakan bagi memudahkan kita tidur Untuk anak anak bagi mereka makan buah kiwi satu jam sebelum tidur Amalkan selama dua mingg...
Hadiah Hari Lahir Ibu Dari Anak Anak

Hadiah Hari Lahir Ibu Dari Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 225 hits
Hadiah hari lahir ibu dari anak anak Alhamdulillah tahun ni Allah bagi lagi peluang untuk saya menyambut hari lahir Ya Allah terima kasih atas peluang ini Dapat lagi bersama sama suami dan anak anak meraikan hari lahir saya Di umur ini saya...
Video Jalan Ninja Kaesang Anak Jokowi 3 Hari Gabung Langsung Jabat Ketum Psi

Video Jalan Ninja Kaesang Anak Jokowi 3 Hari Gabung Langsung Jabat Ketum Psi

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 210 hits
Kaesang Pangarep hanya butuh waktu tiga hari bergabung dengan PSI dan langsung menjabat ketua umum
Panglima Tni Buka Suara Soal Anak Buah Terlibat Pelecehan Seksual Sejenis

Panglima Tni Buka Suara Soal Anak Buah Terlibat Pelecehan Seksual Sejenis

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 287 hits
Dari pemeriksaan internal itu kekerasan seksual diduga terjadi pada November 2021 Februari 2023 Maret 2023 April 2023 Mei 2023 Juni 2023 Juli 2023
Jangan Makan Nasi Setiap Hari Jumaat

Jangan Makan Nasi Setiap Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 184 hits
FLORES TIMUR Pihak berkuasa Flores Timur Nusa Tenggara Timur meminta penduduk supaya tidak makan nasi setiap hari Jumaat Langkah itu diambil bagi mengatasi krisis bekalan makanan akibat ancaman kemarau yang berpanjangan Pemangku Ketua Daera...
Slot Biar Betul Di Rtm Tangkis Fitnah Setiap Hari

Slot Biar Betul Di Rtm Tangkis Fitnah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 183 hits
Tindakan pihak pembangkang dan warga tidak bertanggungjawab mereka cipta tohmahan sebagai pekerjaan harian kini dijawab oleh Kerajaan Madani secara stesen penyiar RTM akan menerbitkan rancangan Biar Betul bagi menjawab fitnah Menurut Menter...
Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober 2023

Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 295 hits
Hari Kesihatan Mental Sedunia 10 Oktober pada setiap tahun adalah kempen kesedaran kesihatan Mental sedunia yang dikhususkan demi pendidikan global serta kesedaran dan advokasi terhadap stigma sosial berdekatan Ia pertama kali disambut pada...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun