Aisy Lahir Dengan Pelbagai Komplikasi Ibu Mohon Sumbangan Beli Mesin Oksigen


Saat diberitahu bakal mendapat anak lelaki selepas mempunyai dua orang anak perempuan sebelum ini, ibu mana yang tak gembira. Segala persiapan untuk menyambut kedatangan orang baru dibuat dengan penuh rasa teruja.
Namun perasaan gembira itu hanya sementara saja kerana selepas Muhammad Aisy Dayyan bin Sapuan dilahirkan hanya linangan air mata seorang ibu sebagai pengubat kesedihan melihat anak terlantar sakit.

Lahir dengan masalah jantung & banyak tulang rusuk tak ada
Menurut Siti Nor Farhanis, Aisy dilahirkan dengan banyak masalah kesihatan. Doktor sahkan dia mempunai masalah jantung berlubang, tulang belakang bengkok, masalah paru-paru dan banyak tulung rusuk tak ada.
Semua ini diberitahu oleh doktor selepas melakukan pemeriksaan terperinci seminggu selepas Aisy dilahirkan. Tapi masalah utamanya sekarang adalah tulang banyak tak ada dan ada yang bercabang.

Masa diberitahu oleh doktor, saya tak dapat nak terima tetapi bila memandang wajah anak syurga ini, saya tahu Allah nak berikan ganjaran pahala buat saya dan suami. Kami mula terima dengan hati yang reda dan berjanji untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat.
Ibaratnya hospital adalah rumah kedua Aisy kerana dia memerlukan rawatan rapi dari pakar. Masa saya banyak dihabiskan untuk menjaga Aisy dan nasiblah kakak-kakaknya faham.

Sambut ulang tahun pertama
Dalam keadaannya Aisy yang mempunyai masalah kesihatan dan kadang kala tak stabil sehingga perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi, Aisy masih kuat bertahan dan telah pun menyambut ulang tahun pertamanya pada 13 Mac lalu.
Cumanya 3 hari sebelum menyambut ulang tahun kelahiran Aisy, setelah dua bulan berada dalam wad, dapat perkhabaran yang sungguh tak dijangka sama sekali.

Doktor minta bersedia bila-bila masa
Kongsi Siti Nor Farhanis, apabila dapat berjumpa dengan pakar paru-paru dari Kuala Lumpur keputusan dan pandangan doktor sungguh membuatkan hati seorang ibu sedih.
“Doktor beritahu tiada lagi rawatan lain untuk Aisy dan oksigen terpaksa dicabut. Doktor minta saya tawakal kepada Allah kerana dari Dia kita datang dan satu masa kepada Dia kita kembali.. Allahuakbar!
“Waktu ini tiada kata-kata yang mampu diluahkan cuma saya minta jasa baik doktor sebelum bawa balik Aisy ke rumah, saya nak bekalkan juga dengan mesin oksigen. Bukan tak mahu terima takdir, tetapi selagi belum sampai masanya saya nak jaga sebaik mungkin. Alhamdulillah doktor setuju.
“Jadi saya dengan rendah diri nak mohon bantuan sahabat semua. Saya perlukan modal untuk beli set oksigen kepada anak saya untuk bantunya bernafas kerana pernafasan dia laju sepanjang masa,” katanya.

Mohon sumbangan dapatkan mesin oksigen
Tambah Siti Nor Farhanis, setelah berbincang dengan doktor, mereka dimaklumkan harga untuk mesin tersebut dianggarkan dalam RM15,000. Ini kerana dua mesin oksigen diperlukan iaitu satu di rumah dan satu lagi untuk di bawa ke hospital sekiranya perlu bawa Aisy dapatkan rawatan.
“Disebabkan kekangan untuk membeli mesin tersebut, saya mohon jasa baik sahabat untuk sama-sama panjangkan hajat saya ini.
“Ini kerana suami yang sebelum ini hanya bekerja kilang dah dua bulan tak bekerja kerana terpaksa menjaga dua lagi anak di rumah. Moga ada sinar untuk Aisy dan saya amat berterima kasih pada yang mendoakan kesembuhan anak saya,” ujarnya.
Jika ada yang ingin memberi sumbangan, boleh terus hubungi Siti Nor Farhanis di talian 0197855870 atau ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kredit: Siti Nor Farhanis
**Dapatkan barangan keperluan anak pada harga istimewa, klik di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Aisy Lahir Dengan Pelbagai Komplikasi, Ibu Mohon Sumbangan Beli Mesin Oksigen appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/aisy-lahir-dengan-pelbagai-komplikasi-ibu-mohon-sumbangan-beli-mesin-oksigen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Wawa Zainal Sambut Hari Lahir Ibu

Video Wawa Zainal Sambut Hari Lahir Ibu

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 274 hits
Tips murah rezeki bahagiakan orang tuamu Selamat ulang tahun mak walaupun Wawa bukanlah dibesarkan oleh ibu kandung Wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada kedua ibu Mencuba menjadi anak yang sentiasa membahgiakan ketiga tiga orang tua ku ...
Beli Sedondon Keluar Rumah Mesti Pakai Cara Simple Ibu Ini Ajar 7 Anaknya Bertudung

Beli Sedondon Keluar Rumah Mesti Pakai Cara Simple Ibu Ini Ajar 7 Anaknya Bertudung

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 304 hits
Dalam proses mendidik menjadi tanggungjawab ibu bapa yang beragama Islam untuk mengajar anak anak perempuan menutup aurat Secara asasnya anak anak kecil masih belum tahu bahagian mana yang perlu ditutup atau mengapa perlu ditutup tetapi lan...
Sumbangan Untuk Membeli Mesin Penapis Air

Sumbangan Untuk Membeli Mesin Penapis Air

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 323 hits
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke no akaun berikut Maybank 5580 9706 2404Maahad Tahfiz Ad DawwamahCIMB Bank860 327 2974Maahad Tahfiz Ad DawwamahRHB bank 2581 8700 0110 55 Maahad Tahfiz Ad DawwamahEmail addawwamah outlook com Sebarang p...
Kenapa Ibu Kucing Marah Anak

Kenapa Ibu Kucing Marah Anak

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 1509 hits
Kenapa Ibu Kucing Marah Anak Topik kali ini cik en ambil dari soalan dari follower tiktok cik en Anyway cik en banyak dapat soalan di Tik Tok tapi kesempatan untuk membalas sebelum ini Jadi bila ada masa cik en membalas satu persatu Dan cik...
Ibu Suntik Najis Dalam Iv Drip Anaknya Di Wad Hospital Sehingga Menyebabkan Mangsa Meninggal Dunia

Ibu Suntik Najis Dalam Iv Drip Anaknya Di Wad Hospital Sehingga Menyebabkan Mangsa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 309 hits
Ibu suntik najis dalam IV drip anaknya di wad hospital sehingga menyebabkan mangsa meninggal duniaSeorang ibu didakwa sengaja meracun anak lelakinya dengan menyuntik cecair najis ke tiub IV drip ketika mangsa dirawat di wad hospital Wanita ...
Ibu Tunggal Rugi Rm34 040 Terpedaya Sindiket African Scam

Ibu Tunggal Rugi Rm34 040 Terpedaya Sindiket African Scam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 206 hits
MELAKA 18 Mac Seorang ibu tunggal mengalami kerugian RM34 040 apabila menjadi mangsa penipuan sindiket African Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt ...
Aspirasi Ibu Muda Wan Afiedatul Satu Satunya Jurutera Sistem Kawalan Wanita Di Loji Petrokimia

Aspirasi Ibu Muda Wan Afiedatul Satu Satunya Jurutera Sistem Kawalan Wanita Di Loji Petrokimia

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 593 hits
Sepasukan jurutera lengkap coveralls kuning seperti biasa sibuk di bilik kawalan Dalam kesibukan itu tumpuan Nona terarah kepada Wan Afiedatul Syamimi Wan Ishak atau Fieda satu satunya Jurutera Sistem Kawalan wanita yang bertugas di sana Ba...
Ibu Hamil Mati Dibunuh Perutnya Dibelah Bayinya Dilarikan Wanita Yang Terlalu Inginkan Anak

Ibu Hamil Mati Dibunuh Perutnya Dibelah Bayinya Dilarikan Wanita Yang Terlalu Inginkan Anak

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 286 hits
The ReporterSeorang wanita hamil lapan bulan maut selepas perutnya dibelah dan bayinya dicuri dalam kejadian mengerikan dalam kejadian yang berlaku pada petang Rabu 17 Mac 2021 di kediamannya di Macae Rio de Janeiro Brazil Pamella Ferreira ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun