Aishah Azman Belum Temui Pengganti







Gambar Aishah Azman mengenakan pakaian serba putih atas pelamin menimbulkan tanda tanya sudah menemui pengganti bekas tunang.

Sekeping gambar mengenakan pakaian serba putih bak pengantin sehari di atas pelamin yang dikongsikan pelakon, Aishah Azman, 24, dalam entri Instagram (IG) mencetuskan tanda tanya, baru-baru ini.

Dengan kapsyen bertulis 'Alhamdulillah... selangkah lagi' berserta emoji cincin, gambar yang dimuat naik Aishah mengundang perhatian ramai pengikut yang mengucapkan tahniah kepada pelakon yang mula dikenali menerusi drama, Mencintaimu Mr Photographer dan Isteri Dalam Sangkar itu.

Tiada angin dan ribut, ramai terkejut Aishah atau nama sebenarnya, Nor Aishah Afika Azman Shah berkongsi gambar pertunangan. Pastinya terbit pertanyaan siapakah gerangan jejaka pilihannya, selepas gagal dalam perhubungan bersama pelakon, Syafie Naswip.

Terkejut saat diaju pertanyaan, adik kepada pelakon Afiq Muiz itu berkata, gambar berkenaan adalah babak lakonannya dalam drama terbaharu.

"Ya Allah, gambar berkenaan untuk drama Kelmarin Cinta arahan Jamal Khan untuk siaran TV Okey.

"Ia tiada kaitan dengan majlis pertunangan. Setakat ini, saya ingin memberikan fokus kepada kerjaya dan keluarga," katanya.

Sebelum ini, Aishah pernah membuat pengakuan tidak serik mahu bercinta lagi, meskipun berdepan dengan episod ikatan pertunangan dengan Syafie terlerai di pertengahan jalan.

Impian Aishah melangkah ke alam perkahwinan tidak kesampaian apabila ikatan pertunangan dengan hero filem Mukshin itu hanya bertahan selama dua bulan.

Namun, katanya, dia masih belum terfikir mahu mencari pengganti, sebaliknya membiarkan masa menentukan segala-galanya, lebih lagi terlalu sibuk dengan jadual lakonan.

Gadis kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu berkata, dia tidak pernah menutup pintu hati buat seorang bernama kekasih.

"Saya tak serik, jauh sekali menganggap semua lelaki 'tidak guna'. Saya tak takut nak bercinta, cuma perlu lebih berhati-hati dengan lelaki. Apa salahnya berkahwin pada usia yang muda, jika lelaki yang hadir lebih baik daripada sebelum ini?

"Bagaimanapun, buat masa ini, saya mahu memberikan tumpuan terhadap kerjaya. Mungkin tiga atau empat tahun lagi barulah memikirkan soal jodoh.

"Saya sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan lelaki yang menghormati ibu saya, komited dalam kehidupan, berpendirian dan ada latar belakang agama. Saya sukakan lelaki yang tinggi. Rasanya, kekayaan dan pangkat adalah sekadar bonus. Saya tidak meletakkannya sebagai keutamaan," katanya.

Pelakon filem Sangkar itu berkata, dia bersyukur rezekinya tidak pernah putus selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus selepas PKP. Sekarang ini, saya sibuk di lokasi penggambaran drama Kelmarin Cinta.

"Drama ini menggandingkan saya bersama Shukri Yahaya, Sharifah Husna dan Reen Rahim," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/09/aishah-azman-belum-temui-pengganti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 2 Juta Rakyat Malaysia Yang Layak Belum Mendaftar Sebagai Pemilih

4 2 Juta Rakyat Malaysia Yang Layak Belum Mendaftar Sebagai Pemilih

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Seramai 4 2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shabudin Yahaya Beliau ber
Jangan Diam Saja Kalau Belum Dapat Blt Rp 600 Ribu

Jangan Diam Saja Kalau Belum Dapat Blt Rp 600 Ribu

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 222 hits
Peserta penerima bantuan Rp 600 ribu bulan berupa subsidi gaji upah dapat menyampaikan aduan ke BPJS Ketenagakerjaan maupun Kementerian Ketenagakerjaan untuk memastikan BLT masuk ke rekening Meski demikian perlu diketahui bahwa subsidi gaji...
Gubernur Irwan Prayitno Kalau Ada Yang Bilang Sumbar Belum Pancasilais Coba Tunjukan

Gubernur Irwan Prayitno Kalau Ada Yang Bilang Sumbar Belum Pancasilais Coba Tunjukan

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 217 hits
Gubernur Sumbar Irwan Prayitno menuturkan orang Minang adalah perantau Tidak ada satupun dimana mereka berada menimbulkan konflik Irwan meminta jika ada konflik silahkan sebutkan kepada dia Tidak ada begitulah sangat adaptik dan toleran tid...
Ini Punca Menteri Ingkar Kuarantin Masih Bebas Dan Belum Didakwa

Ini Punca Menteri Ingkar Kuarantin Masih Bebas Dan Belum Didakwa

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 344 hits
TAJUK BICARA YB DATO HJ MAHFUZ OMAR ISU KUARANTIN DAN TENDER TERBUKA KAIN SIAPA YANG TERLONDEH
K3s Sugu Pavithra Belum Selesai Ini Rupanya Yg Berlaku

K3s Sugu Pavithra Belum Selesai Ini Rupanya Yg Berlaku

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 260 hits
IPOH K3s pasangan Youtuber masakan berlarutan apabila Timbalan Pend kwa Raya belum menerima sebarang arahan lanjut penarikan balik pertudVhan M Sugu 29 yang mendatangkan kec3deraan kepada S Pavithra 28 Timbalan Pend kwa Raya Naidatul Athira...
5 Tanda Kewangan Anda Belum Cukup Merdeka

5 Tanda Kewangan Anda Belum Cukup Merdeka

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 303 hits
Tanda tanda Kewangan Anda Belum Merdeka Sempena Hari Merdeka ni mari sama sama kita renungkan samada kewangan kita dah Merdeka ke belum 1 Tak Mampu Buat Simpanan Tetap Setiap Bulan Salah satu indikator yang penting nak nilai kewangan korang...
Anugerah Allah Bijaknya Neyney Usia Belum 3 Tahun Tapi Dah Pandai Mengira

Anugerah Allah Bijaknya Neyney Usia Belum 3 Tahun Tapi Dah Pandai Mengira

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 447 hits
Bukan biasa biasa Baru berusia 2 tahun lebih anak kesayangan pelakon cantik Nora Danish dan suaminya Nedim membuatkan peminat dan pengikut tegar pasangan ini kagum dengan kebijaksanaan Neyney Sudah pandai mengira walaupun usia belum memasuk...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Tradisional Sedap Di Rnr Sungai Perak

Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52