Airasia Perbaharui Polisi Pramugari Boleh Pilih Berhijab Semasa Bertugas
AirAsia Perbaharui Polisi, Pramugari Boleh Pilih Berhijab Semasa Bertugas
Syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia mengumumkan pembaharuan polisi pakaian seragam kru kabin yang bakal dilaksanakan pada suku pertama 2026 bersempena bulan Ramadan.
Pembaharuan polisi berkenaan melibatkan kru wanita dimana mereka kini boleh memilih mengenakan hijab semasa bertugas.
Menurut kenyataan tersebut, pihak syarikat memaklumkan perkara ini selaras dengan budaya AirAsia dan evolusi yang berterusan, hasil maklum balas orang ramai.
Syarikat berkenaan berbangga dalam mewujudkan persekitaran kerja yang memberi keyakinan, keselesaan kepada setiap Allstar. Ia juga bagi mewujudkan rasa bangga mewakili syarikat penerbangan tanpa mengira destinasi penerbangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam menzahirkan rasa bangga dengan pembaharuan polisi berkenaan.
“Saya berasa bangga kerana pembaharuan terkini ini memacu pertumbuhan dan pengembangan AirAsia sebagai syarikat penerbangan global dengan tenaga kerja yang pelbagai dalam membuktikan komuniti dan budaya yang kami hubungkan setiap hari.
“Seragam kami sentiasa mencerminkan profesionalisme, keselamatan dan keselesaan.
“Evolusi ini membina asas tersebut dengan memberikan keyakinan kepada kakitangan kami, selaras dengan kepercayaan mereka,” ujarnya dalam satu sidang media.
Terdahulu, kru kabin AirAsia mengenakan pemakaian hijab di beberapa laluan terpilih seperti Jeddah, yang mewajibkan pemakaian hijab.
Namun, dengan pembaharuan polisi ini, kru wanita syarikat berkenaan kini diberi perluasan fleksibiliti dalam memilih untuk mengenakan hijab dengan memastikan keseragaman di seluruh rangkaian syarikat dan mengekalkan identiti jenama AirAsia.
Menerusi sidang media yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes berkata, hasrat yang disampaikan oleh kru kabin ini penting untuk dinilai.
“Salah satu kekuatan terbesar AirAsia sentiasa terletak pada Allstars kami yang pelbagai dan mempunyai pelbagai pendapat.
“Apabila kru kabin kami mengetengahkan perkara ini kepada pihak pengurusan, penting bagi kamu untuk menilai.
“Menghormati pandangan dan kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami, tetapi juga telah membentuk kejayaan kami sepanjang tahun,” maklumnya.
Tambahnya, syarikat berkenaan berkembang bersama berdasarkan pandangan daripada kakitangan mereka.
BACA: Bintang Mortal Kombat, Cary-Hiroyuki Tagawa Meninggal Dunia
BACA: Wanita Hamil Berjaya Raih Anugerah Naib Canselor Demi Janji Kepada Arwah Ibu
Sumber: AirAsia
The post AirAsia Perbaharui Polisi, Pramugari Boleh Pilih Berhijab Semasa Bertugas appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/05/airasia-perbaharui-polisi-pramugari-boleh-pilih-berhijab-semasa-bertugas/