Aira Kamilia Jenama Hijab Kanak Kanak Yang Cantik Dan Selesa


Aira Kamilia - Jenama Hijab Kanak-Kanak Yang Cantik Dan Selesa | Tudung kanak-kanak memang ada banyak di pasaran. Atas kita nak beli yang bagaimana untuk dipakaikan pada anak-anak. Tapi sebagai ibu sememangnya daku juga ada hajat untuk mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. 

Dengan cara ini, barulah si comel kesayangan selesa dan boleh pakai hijab yang di beli dengan baik tanpa banyak ragam. Saat ini daku dah cuba banyak jenama tudung instant untuk anak dan salah satu jenama yang makin dekat di hati adalah AIRA KAMILIA.



Aira Kamilia - Jenama Hijab Kanak-Kanak Yang Cantik Dan Selesa
Masa mula-mula nak start beli tudung untuk Kasih Sufi, terus terang daku sendiri jadi pening kepala. Rasa susah jugalah untuk beli tudung yang sesuai untuk anak perempuan ni. Masa itu, daku tak tahu di mana nak dapatkan tudung kanak-kanak yang murah secara online. Bila dah jumpa beberapa website, godek-godek dalam website jualan tu eh tak ada pula design yang berkenan di hati. Yelah, kalau boleh daku nak juga beli design tudung yang terkini untuk anak nampak lebih comel dan bergaya.  

Disebabkan si pemakai tudung ni adalah kanak-kanak maka soal keselesaan dan jenis fabrik juga perlu di beri perhatian. Kasih Sufi sendiri contohnya baru berusia 1 tahun lebih so kalau fabrik tu dari jenis yang panas dan berpeluh, hmmm memang dia akan terus buang tak nak pakai-pakai lagi. Kan dah membazir tu. 

Sebab itu daku rasa sangat bersyukur dapat bertemu dengan jenama Aira Kamilia ni. Alhamdulillah, designnya cantik, materialnya okay dan harganya juga sangat berpatutan. Dengan Aira Kamilia ni Kasih Sufi okay je takde merengek dan tak ada juga tunjuk tanda rimas bila dipakaikan dengan tudung yang di beli.



Saat Mula Mengenali Jenama Aira Kamilia 
Nak dijadikan cerita daku ternampak website jenama tudung Aira Kamilia untuk kanak-kanak ni secara kebetulan. AIRA KAMILIA, eh cantiknya nama! Dari websitenya ku perhatikan design yang dibawakan agak menarik dan sesuai dengan gaya pemakaian terkini. Warna yang diketengahkan juga sangat banyak hingga boleh jadi rambang mata untuk di pilih. 



Ada pelbagai jenis tudung kanak-kanak daripada material yang pelbagai termasuk Lycra. Bila lihat pada model yang memakainya daku dah boleh bayangkan bagaimana rupa si Kasih Sufi bila menggayakannya nanti. Fikir punya fikir maka daku buat keputusan untuk shopping dari website AIRA KAMILIA. Tak apalah, cuba beli dulu dan lepas tu baru buat kesimpulan sama ada benar-benar okay ataupun tidak. 
Pengalaman shopping kali pertama di website Aira Kamilia alhamdulillah berjalan dengan lancar. Segala butiran turut diberikan sebagai panduan. Paling best ia turut dikategorikan mengikut usia anak. Jadi senanglah semasa nak buat pembelian.



Antara Tudung Kanak-Kanak Aira Kamilia Yang Telah Dibeli
Servis penghantaran agak cepat juga. Lepas beberapa hari buat tempahan dan pembayaran, hijab-hijab yang di pesan dah pun selamat tiba di tangan. Inilah semua kids hijab jenama Aira Kamilia yan telah ku beli selepas puas berfikir dengan semasak-masaknya.

Haa ingat mudah nak beli tudung ni? Susah nak decide design mana dan colour apa tau! Agaknya sebab inilah suami malas nak teman para isteri pergi shopping kan... hehe..


1. HANA HIJAB
Hana Hijab ni stylenya adalah jenis butterfly. Cuma yang bestnya ini adalah tudung instant butterfly yang dah siap di jahit tanpa perlu libatkan sebarang pemakaian pin. Awning juga lembut dan terbentuk cantik. Tak payah pening kepala sauk je time nak pakai. Soal colour memang banyak!! Material yang digunakan adalah dari jenis Korean Soft Lycra yang tak panas, sejuk dan mudah serap peluh.



sebahagian dari warna yang ada untuk koleksi Hana Hijab

2. UME HIJAB
Ume Hijab ni pula sama macam tudung sarung biasa yang selalu kita guna. Kiranya ia lebih pada jenis klasik sama seperti mula-mula tudung sarung diperkenalkan. Tapi apa yang membezakan adalah pada beraneka pilihan warna yang disediakan. Awningnya yang lembut dan terbentuk elok menambahkan lagi rasa suka kat hati ni. 

Ume Hijab dari jenama Aira Kamilia ni tidak hanya didatangkan dalam bentuk satu warna dengan pelbagai jenis colour yang menarik tetapi juga turut didatangkan dalam bentuk bercorak. Yang Kasih pakai ni adalah dari corak Swirl. Material yang digunakan adalah Moss Crepe yang sangat lembut, selesa dan ironless. Harga yang ditawarkan juga tersangatlah murah



sebahagian dari design untuk koleksi Ume Hijab

3. FUJI HIJAB
Ini pula adalah Fuji Hijab dengan tudung gaya Syria. Ia di datangkan secara satu set dalam bentuk inner dan juga hijab. Bila pakai memang nampak comel sangat! Tampak kemas juga. Ada bermacam colour semestinya untuk dipilih. Material yang digunakan untuk Fuji Hijab ni adalah dari jenis Korean Soft Lycra. Harganya pula hanyalah RM25 saja! Murah kan?



sebahagian dari warna yang disediakan untuk pelanggan


4. KIDS INNER

Tidak hanya ada pelbagai jenis hiijab malah Aira Kamilia turut menawarkan beraneka warna pilihan untuk inner. Harga untuk inner plain tanpa corak hanyalah RM5 sehelai manakala untuk dari jenis bercorak seperti di bawah adalah RM10 sehelai. Ianya juga sangat sesuai untuk di pakai oleh kanak-kanak dari pelbagai kategori umur.




Tudung Jenis Sarung Dari Aira Kamilia Mudah Dipakai Dan Senang Untuk Ditanggalkan

Terus terang daku cukup suka tudung jenis instant yang dibawakan oleh Aira Kamilia ni. Yelah si pemakainya budak-budak kot! So jika akan libatkan pin sangat susah dan leceh. Lagipun pin tu kan tajam jadi agak bahaya juga. Dengan tudung jenis sarung yang mudah di pakai dan senang untuk ditanggalkan ni anak cukup menjimatkan masa dan cepat.


Lagipula kanak-kanak adakalanya memang tidak gemar dengan tudung yang nampak heavy. Sebaliknya mereka lebih suka menggayakan stail yang simple dan tidak merimaskan. Bila lihat adanya design tudung instant untuk budak dalam warna yang sangat banyak begini of course daku jadi bertambah-tambah happy. Seronok rasanya dapat shopping begini.

Dalam banyak-banyak tudung kanak-kanak jenama Aira Kamilia yang di beli ni, daku paling suka dengan UME HIJAB yang bercorak. Corak yang diketengahkan takde la keterlaluan sangat dan walaupun tiada sebarang hiasan seperti ribbon dan sebagainya tetapi ia tetap ada nampak menawan.



Kelebihan Utama Lain Yang Terdapat Pada Aira Kamilia 

1. Harga Yang Sangat Berpatutan
2. Mementingkan Gaya dan Keselesaan Pada Si Pemakai
3. Material Yang Digunakan Sangat Berkualiti 
4. Jahitan Kemas Dan Memuaskan
5. Servis Penghantaran Ke Seluruh Negara Yang Cepat
6. Boleh Tukar Jika Salah Size Dalam Masa 7 Hari Selepas Pembelian

Tudung Shawl Untuk Anak Perempuan Yang Lebih Stylish Juga Ada

Selain dari jenis hijab yang ku kongsikan di atas tadi, sebenarnya ada banyak lagi jenis design hijab kanak-kanak yang dibawakan oleh jenama Aira Kamilia ini. Tidak hanya tertumpu pada tudung sarung semata-mata, malah Aira Kamilia turut menawarkan tudung shawl untuk si gadis cilik yang ingin tampil lebih bergaya dan moden. Printed Hijab yang ingin di pakai sempena hari istimewa bertemakan negara juga tidak terkecuali. 

Pelanggan Aira Kamilia Boleh Terus Walk In Ke Premis Juga
Kalau nak tahu, Aira Kamilia ini bukan hanya sekadar sebuah jenama tudung kanak-kanak yang beroperasi secara penjualan online. Sebaliknya Aira Kamilia turut mempunyai 'butik' untuk para pelanggan melangkah masuk terus untuk membuat pembelian. Dengan adanya premis begini maka tidak hairanlah mengapa tudung kanak-kanak yang dibawakan oleh Aira Kamilia ini sentiasa muncul dalam rekabentuk yang cantik, bermutu dan exclusive


Ini pula adalah sebahagian daripada wajah comel para pelanggan Aira Kamilia yang telah membuat pembelian secara terus di butik. Jadi pada kalian yang stay di kawasan yang berdekatan, bolehlah pergi secara terus jika mahu. At least boleh pilih dan shopping secara depan-depan. Lagi best!! 



Sebelum terlupa, pihak Aira Kamilia juga turut membuka peluang pada sesiapa saja yang berhajat untuk menjana income bersama dengan kaedah dropship. Manalah tahu mula-mula hanya pelanggan kemudian berminat pula untuk bergelar sebagai salah seorang agent penjual Aira Kamilia yang sah! At least boleh tambah pendapatan sambil-sambil perkenalkan pada rakan. 

Aira Kamilia Sangat Sesuai Untuk Pakai Semasa Raya Dan Di Mana Saja 
Ada anak perempuan sudah semestinya nak di beri pakai tudung kan? Terutama apabila tiba hari raya. Nampak comel sangat tau bila anak kecil perempuan ni di beri pakai tudung budak begini. Jika dulu hanya selalu di hias dengan pin rambut dan tocang, apakata kali ini mulakan misi pakai tudung pula. 

Jika tidak tahu di mana nak dapatkan tudung yang sangat selesa dan comel utk anak tu, boleh je shopping dari website Aira Kamilia secara online atau terus saja ke premis mereka untuk beli secara nyata di depan mata. Harga pun tak mahal mana kan? Yang penting, cara pakai tudung yang cantik simple begini memang sangat mudah dan tidak menyusahkan. InshaAllah anak pasti akan ikut suka. 

So tunggu apa lagi tu? Jika betul-betul sedang mencari tudung untuk anak, jangan tunggu lama-lama dan jangan fikir banyak-banyak kali. Kids hijab Aira Kamilia dah ada depan mata. Grab cepat sebelum kehabisan stok. Untuk sebarang urusan pembelian dan tempahan bolehlah terus hubungi wakil team Aira Kamilia melalui detail di bawah ini.


AIRA KAMILIA MY KIDS HIJAB Hotline & Whatsapp : +6010 - 8035498Website | Facebook | Instagram 
Alamat Premis :53-1F Jalan Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam Seksyen U13 40170 Shah Alam, Malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/07/aira-kamilia-jenama-hijab-kanak-kanak-yang-cantik-dan-selesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Bandar Di Dunia Dengan Wanita Paling Cantik Asli

7 Bandar Di Dunia Dengan Wanita Paling Cantik Asli

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 558 hits
Keindahan sesuatu tempat tidak hanya terletak pada sudut geografi alam semulajadi malah orang tempatannya Kecantikan semulajadi wanita tempatan menjadi salah satu faktor bandar ini menjadi tumpuan dunia 7 bandar ini diakui mempunyai ramai j...
Kembang Setaman Pun Still Nampak Cantik Netizen Puji Shila Amzah Makin Berseri Lagi Sebulan Lebih Nak Bersalin

Kembang Setaman Pun Still Nampak Cantik Netizen Puji Shila Amzah Makin Berseri Lagi Sebulan Lebih Nak Bersalin

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 752 hits
Salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi adalah Shila Amzah yang semakin berseri seri Menghitung hari dengan tempoh tidak sampai sebulan lebih ini buat semua pengikutnya di instagram tertunggu tunggu Macam manalah rup...
Roger Danuarta Cut Meyriska Bertunangan Ini 10 Detailnya Dalam Nuansa Serba Biru Cantik

Roger Danuarta Cut Meyriska Bertunangan Ini 10 Detailnya Dalam Nuansa Serba Biru Cantik

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 257 hits
Dilamarnya saja so sweet banget lo mendarat dari paralayang langsung diberi cincin diajak nikah Gimana tunangannya ya
Intip Penampilan Baru Naomi Zaskia Warganet Puji Makin Cantik

Intip Penampilan Baru Naomi Zaskia Warganet Puji Makin Cantik

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 551 hits
Naomi Zaskia kembali menjadi perbincangan publik di media sosial Hal ini terkait unggahan terbarunya di instagram
Deretan Artis Cantik Pakai Jam Tangan Mahal Harganya Bikin Melongo

Deretan Artis Cantik Pakai Jam Tangan Mahal Harganya Bikin Melongo

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 332 hits
Selain baju dan tas jam tangan berharga fantastis juga menjadi pelengkap penampilan bagi sederet artis Tanah Air Sebut saja Syahrini Luna Maya serta Nagita Slavina
Gadis Cantik Lulusan Ipb Itu Ditemukan Tewas Di Pinggir Sawah Ini Fakta Faktanya

Gadis Cantik Lulusan Ipb Itu Ditemukan Tewas Di Pinggir Sawah Ini Fakta Faktanya

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 315 hits
Kampung Sarasa Kelurahan Babakan Kecamatan Cibeureum Kota Sukabumi digegerkan penemuan mayat gadis Senin Setelah diidentifikasi ternyata gadis tersebut warga Cianjur beralamat di Gang Mulus Tornado Jalan Prof Moch Yamin RT 2 9 Kelurahan Say...
7 Anak Gadis Billionaire Paling Cantik Di Dunia

7 Anak Gadis Billionaire Paling Cantik Di Dunia

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 457 hits
Baru baru ni kecoh tentang kisah cinta diantara pewaris Naza SM Faliq dan Chryseis Tan anak billionaire Tan Sri Vincent Tan Apa yang pasti tak semua bertuah dilahirkan dalam keluarga kaya raya Kali ini kami akan senaraikan 7 orang pewaris h...
Lapan Petua Petua Orang Lama Untuk Kekal Cantik Semulajadi

Lapan Petua Petua Orang Lama Untuk Kekal Cantik Semulajadi

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 815 hits
8 PETUA ORANG LAMA UNTUK KEKAL CANTIK SEMULAJADI Melicin dan memerahkan kulit muka Menegangkan kulit muka Menghilangkan cagu Menyerikan wajah Menghaluskan kulit Menghilangkan bau badan Badan ringan dan bertenaga Melembutkan rambutPetua oran...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya