Air Zamzam Penawar Pelbagai Penyakit




AIR zamzam menurut sejarah adalah terhasil daripada hentakan tapak kaki Nabi Ismail AS dan diperoleh dari telaga zamzam yang terletak di antara Safa dengan Marwah.
Telaga ini yang mempunyai kedalaman 30.5 meter (m) dan diameter 1.08 -2.66m dikisahkan sejarahnya di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Ibrahim ayat 37 dan terdapat juga dalil kelebihan air zamzam mengandungi khasiat dan penawar pelbagai penyakit seperti diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda, air zamzam tergantung pada tujuan ia diminum” (Ibnu Majah. Sunan Ibnu Majah. Juz.4, halaman: 249)
Riwayat daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘Air zamzam bergantung pada tujuan ia diminum. Jika engkau meminumnya untuk berubat melaluinya, nescaya Allah akan menyembuhkanmu. Jika engkau meminumnya supaya ia mengenyangkanmu, nescaya Allah akan mengenyangkanmu. Sekiranya engkau meminumnya untuk menghilangkan dahagamu, nescaya Allah akan menghilangkan dahagamu. Air zamzam ialah galian Jibrail dan curahan minuman Allah kepada Ismail.” (Ad-Daraquthni, Sunan ad-Daraquthni. juz.3, halaman 354, hadis: 2739).
Di Malaysia, air zamzam digunakan secara meluas sebagai bahan rawatan penyakit sihir oleh perawat ruqyah syar’iyah.
Aishah mengatakan, “Rasulullah SAW membawa air zamzam pada bejana dan qirbah (tempat air daripada kulit) serta menuangkan pada orang yang sakit dan memberikan mereka minum. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (970).
Jadi tidak hairanlah ramai perawat Muslim menjadikan air zamzam sebagai ubatan untuk kes-kes sihir.
Kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 13 Mei 2015 mengatakan adalah satu kesalahan menjual air zamzam di Malaysia dan diulang semula kenyataan rasmi ini pada 9 Disember 2017 serta yang terbaru Jabatan Kastam Diraja Malaysia zon tengah Selangor mematahkan cubaan seludup air zamzam bernilai RM2.53 juta seperti yang dilaporkan Harian Metro pada 24 Disember 2019.
Kenapa air zamzam dikaitkan dengan rawatan penyakit sihir dalam pengubatan ruqyah syar’iyah?
Penjelasan dari sudut naqli sudah banyak dibahaskan serta terdapat banyak dalil al-Quran dan al-Hadis yang mengukuhkan keberkatan air zamzam sebagai penawar penyakit.
Namun begitu, pencerahan dari sudut saintifik belum ramai perawat yang menerokanya kerana keyakinan yang tinggi terhadap hujah naqliah menenggelamkan kepentingan kajian untuk hujah aqliah.
Artikel Mineral Composition and Health Functionality of Zam zam Water: A Review yang diterbitkan dalam International Journal of Food Properties bilangan 17 pada 2014 isu ketiga menemukan 34 elemen air zamzam dengan kandungan kalsium, magnesium, sodium dan klorida air zamzam lebih tinggi daripada air semula jadi yang lain.
Kajian Emoto terhadap air zamzam dan air daripada pelbagai sumber dalam dunia juga mendapati air zamzam mempunyai interaksi dan reaksi istimewa apabila nama Allah disebutkan dan molekul air zamzam membentuk susunan yang unik berbanding sampel air lain.
Beliau tidak dapat menkristalkan air zamzam walaupun selepas mencairkannya sebanyak 1,000 kali. Bagaimanapun, beliau mendapat bentuk kristal yang unik selepas dibekukan, dua kristal terbentuk, satu di atas yang lain.
Artikel itu juga menyenaraikan empat ciri penyembuhan yang berpotensi menggunakan air zamzam iaitu berkeupayaan merangsang aquaporin dengan memberikan pertahanan terhadap beberapa penyakit, seperti katarak kongenital, masalah nefrogenik dan diabetes.
Keduanya, sebagai stimulus untuk sistem reproduktif yang digunakan dalam rawatan kegagalan implantasi, untuk merangsang endometrial prolactin, defensi, luteinizing hormon, endometrial vascular endothelial growth factor dan reseptor angiopoietin.
Kajian Ali et al. menunjukkan air zamzam merangsang pembezaan sel stem di endometrium. Fenomena ini dicetuskan kerana kandungan kalsium dan magnesium tinggi zamzam.
Selain itu, zamzam memberikan lebih banyak sokongan kepada banyak proses biokimia lain dalam endometrium termasuk peranan pentingnya sebagai koenzim semasa pembentukan imunoglobulin.
Air zamzam juga bertindak sebagai antioksidan kerana ia merangsang endometrial nitric oxide dan endrometrial brain derived neurotrophic factor.
Bukti ketiga, kajian secara klinikal mendapati air zamzam membantu mengurangkan karies gigi kerana tahap florida yang tinggi dalam air zamzam.
Terakhir, air zamzam boleh membantu merawat penyakit kanser sebagai diet tambahan.
Sihir adalah penyakit terjadi dengan penglibatan jin yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem badan. Menurut Ibnu Qayyim, “sihir ialah satu perantaraan yang menggunakan pengaruh roh jahat dan memanfaatkan kekuatan alami roh tersebut.”
Oleh kerana kelebihan air zamzam dari segi unsur kimiawinya serta keberkatan air itu sendiri, maka ia dijadikan sebagai satu bahan ubatan selain daripada bacaan ruqyah syar’iyah bagi merawat penyakit sihir oleh perawat Muslim.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/21/air-zamzam-penawar-pelbagai-penyakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Minum Air Mutiara As Syifa Ikhtiar Kesembuhan Pelbagai Penyakit

Amalkan Minum Air Mutiara As Syifa Ikhtiar Kesembuhan Pelbagai Penyakit

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 971 hits
Air minuman mutiara As Syifa sejenis minuman botanik yang membantu meningkatkan penyikiran toksin dari sistem tubuh badan Air Mutiara as syifa mempunyai rasa yang berlainan mengikut kepada masalah tahap kesihatan imum Mengandungi ekstrak mu...
Usia Baru Sebulan Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali Seminggu

Usia Baru Sebulan Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali Seminggu

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 296 hits
Dilahirkan pramatang ketika usia kandungan ibu baru menjangkau 33 minggu si kecil Abdul Raihan Abdul Rahim yang kini baru berusia sebulan lebih dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti kecacatan dinding abdomen ginjal dan usus b...
Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000 Peratus

Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000 Peratus

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 538 hits
Bisnes Air Balang Kos Rendah Dan Untung Lebih Dari 1000 Peratus Bulan Ramadhan tahun 2020 ni jatuh pada bulan April 2020 aura ke 19 berniaga tu memang semakin panas bila tiba bulan ramadhan ramai yang ambil peluang tambah pendapatan samping...
5635 Jangan Nafikan Hak Pengguna Islam Membeli Air Zam Zam Toqqi Ppim 08 01 2020

5635 Jangan Nafikan Hak Pengguna Islam Membeli Air Zam Zam Toqqi Ppim 08 01 2020

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 772 hits
Larangan penjualan air Zam Zam di Malaysia turut mendapat perhatian PPIM apabila penjualan air ini dikhuatiri bakal meningkatkan transaksi penipuan jual beli dikalangan pengguna Namun tindakan ini juga dikritik Ketua Aktivis PPIM Toqqi kera...
Jom Lihat Keindahan Air Terjun Blue Green Havasu Canyon

Jom Lihat Keindahan Air Terjun Blue Green Havasu Canyon

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 225 hits
Havasu Falls tempat yang indah di Arizona dengan pemandangan yang indah dengan lokasi yang hebat Terletak 1 km dari Supai Arizona Amerika Syarikat Havasu Falls adalah keajaiban alam ikonik dilihat di banyak kalendar dan screensavers dan di ...
Atasi Rembesan Air Laut Pemprov Dki Siapkan Pompa Mobile

Atasi Rembesan Air Laut Pemprov Dki Siapkan Pompa Mobile

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 143 hits
Sekretaris Dinas Sumber Daya Air Dudi Gardesi mengatakan kesiagaan di Jakarta Utara mengingat wilayah itu berbatasan langsung dengan laut Sehingga saat cuaca ekstrem melanda air laut hampir dipastikan akan pasang dan limpas ke daratan Jakar...
Resepi Ayam Bakar Sihat Guna Air Fryer

Resepi Ayam Bakar Sihat Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 2417 hits
RESEPI AYAM BAKAR SIHAT GUNA AIR FRYER Hai korang Semangat ni semangat nak share resepi ayam bakar versi sihat Yang mana rasa nak diet tu sangatlah disarankan untuk follow Siapa cakap makanan macam ni tak sedap Sumpah sedap Korang wajib try...
Isteri Berlinang Air Mata Air Hidung Dengar Ceramah Da I Farhan

Isteri Berlinang Air Mata Air Hidung Dengar Ceramah Da I Farhan

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 343 hits
Meskipun kontroversi rumah tangga Da i Farhan masih lagi diperkatakan netizen namun pendakwah muda itu bersama isteri Dr Erin tetap tenang meneruskan kehidupan The post appeared first on
Djarot Sarankan Anies Keruk Waduk Dan Perbanyak Resapan Air Atasi Banjir

Djarot Sarankan Anies Keruk Waduk Dan Perbanyak Resapan Air Atasi Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 202 hits
Mantan pelaksana tugas Gubernur DKI Jakarta Djarot Saiful Hidayat berbicara mengenai masalah banjir di Jakarta yang belakangan terjadi Djarot ingin Pemprov perbanyak ruang terbuka biru dengan mengeruk waduk
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16