Usia Baru Sebulan Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali Seminggu


Dilahirkan pramatang ketika usia kandungan ibu baru menjangkau 33 minggu, si kecil Abdul Raihan Abdul Rahim yang kini baru berusia sebulan lebih dilahirkan dengan beberapa masalah kesihatan seperti kecacatan dinding abdomen (Major Omphalocele), ginjal dan usus berada di luar badan (Cloacal Exstrophy), kekurangan hormon tiroid (Hypothyroidism) dan pembentukan organ pembiakan lelaki yang tidak sempurna.
Disebabkan itu, Raihan yang merupakan anak kedua kepada pasangan Abdul Rahim Razak, 26 dan Nurul Suhada Che Mahmud, 25 memerlukan pemantau rapi kerana penyakit-penyakit yang dihidapi.
Doktor maklumkan bayi dalam kandungan ada masalah Menurut Abdul Rahim, ketika usia kandungan isterinya 7 bulan doktor ada memaklumkan tentang keadaan bayi yang bermasalah.
“Ketika kandungan isteri berusia tujuh bulan, doktor ada memaklumkan bayi di dalam perut mengalami masalah pada bahagian pusat.
“Namun, kami tidak dimaklumkan secara terperinci dan apabila Abdul Raihan dilahirkan, keadaannya tidak seperti bayi normal kerana ususnya di luar perut manakala salah satu pinggangnya gagal berfungsi.
“Tipulah kalau katakan tidak sedih lebih-lebih lagi isteri kerana dia yang melahirkan tetapi kami kuatkan hati untuk reda dengan ketentuan ini,” katanya
Abdul Rahim yang menetap di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Terengganu berkata, setakat ini, Abdul Raihan berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.
Menurut Abdul Rahim, anaknya itu juga tidak banyak meragam dan kebiasaannya hanya menangis apabila lukanya dicuci setiap dua jam sekali serta lampin pakai buang ditukar mungkin kerana sakit di bahagian berkenaan.
“Doktor meminta saya dan isteri membawa Abdul Raihan menjalani pemeriksaan susulan pada April dan Jun nanti bagi melihat keadaannya.
“Difahamkan, akan ada pembedahan tetapi belum ada tarikh yang muktamad namun saya bersyukur kerana ramai prihatin rakan berkongsi gambar Abdul Raihan di laman sosial.”
Bekerja sebagai Kelindan Lori Dengan Pendapatan RM700 sebulan Abdul Rahim yang hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM700 sebulan mengakui jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatan bayinya itu apatah lagi mereka turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Nurul Auni Safiya yang berusia setahun empat bulan.
Ketika ini, pasangan tersebut perlu membawa Abdul Raihan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dua kali seminggu untuk pemeriksaan susulan.
Sementara itu, Nur Suhada berkata mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan bayi itu dapat membesar dengan sempurna seperti individu normal yang lain termasuk melakukan beberapa pembedahan seperti yang disarankan pakar perubatan.
“Pada hari kedua selepas lahir, Abdul Raihan telah menjalani pembedahan untuk memasukkan ususnya yang terkeluar dan menebuk lubang di bahagian abdomen kerana bayi ini tidak mempunyai dubur.
“Pembedahan seterusnya adalah untuk memasukkan buah pinggang yang terkeluar namun doktor belum menetapkan tarikh yang sesuai dan kemungkinan pembedahan itu akan dibuat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan,” katanya.
Ramai Yang Hulurkan Bantuan Kisah Raihan yang tular mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu yang turun padang menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut. Selain JKM, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menziarahi keluarga bayi malang itu semalam.
“Terima kasih kepada JKM yang memberi sumbangan susu dan lampin pakai buang serta barangan makanan. Saya dan isteri juga lega apabila dimaklumkan akan menerima bantuan JKM sebanyak RM350 setiap bulan.
“Kami juga ditawarkan bantuan daripada kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman serta Maidam untuk meringankan beban kewangan kami dalam rawatan perubatan bayi istimewa kami ini,” katanya ketika ditemui pemberita
“Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami terutama saya kerana buat masa ini tidak dapat bekerja serta terpaksa meminjam duit daripada rakan serta saudara mara untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya lagi.
Sekalipun tidak pasti kemungkinan yang akan berlaku, Abdul Rahim tetap menaruh harapan untuk melihat Abdul Raihan kembali sihat dan membesar seperti bayi lain.
“Kalau boleh, saya mahu dia (Abdul Raihan) hidup seperti bayi normal, bebas daripada penyakit dan dipanjangkan usia.
“Saya dan isteri juga akan menjaganya serta berikhtiar mencari jalan untuk merawatnya selagi diberi kudrat oleh Allah,” katanya.
Untuk sebarang bantuan boleh terus salurkan ke akaun: 1110041000174344 (BSN) NURUL SUHADA. Orang ramai yang berhasrat membantu Abdul Rahim juga boleh menghubungi beliau di talian 014-8242823.
Sumber: Hmetro & Bernama
The post Usia Baru Sebulan, Raihan Diuji Dengan Pelbagai Penyakit Kronik. Perlu Ulang Alik Ke Hospital Dua Kali Seminggu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usia-baru-sebulan-raihan-diuji-dengan-pelbagai-penyakit-kronik-perlu-ulang-alik-ke-hospital-dua-kali-seminggu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Unik Baru Lahir Bayi Rifky Balweel Sudah Punya Dua Gigi Pahami Penyebab Dan Bahayanya

Unik Baru Lahir Bayi Rifky Balweel Sudah Punya Dua Gigi Pahami Penyebab Dan Bahayanya

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 288 hits
Meski terkesan wow dua gigi ini katanya bikin ngilu ibu saat belajar menyusui dan cukup berbahaya juga buat si kecil
Bayi Baru Lahir Ditemukan Mengambang Di Kali Irigasi Tangerang

Bayi Baru Lahir Ditemukan Mengambang Di Kali Irigasi Tangerang

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 209 hits
Berdasarkan informasi yang diperoleh peristiwa penemuan jasad bayi laki laki itu pertama kali diketahui warga yang hendak pergi ke Pasar Kresek
Gagap Berbicara Dan Dua Kali Ditolak Saat Melamar Istri Kisah King George Vi Ini Juga Menginspirasi

Gagap Berbicara Dan Dua Kali Ditolak Saat Melamar Istri Kisah King George Vi Ini Juga Menginspirasi

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 334 hits
Kisah Ayah dari Queen Elizabeth II ini membuktikan ternyata calon raja juga bisa ditolak pernyataan cintanya
Psi Desak Dua Cawagub Dki Riza Dan Nurmansjah Diuji Secara Terbuka

Psi Desak Dua Cawagub Dki Riza Dan Nurmansjah Diuji Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 236 hits
Partai Gerindra dan PKS mengusulkan dua nama yakni Nurmansjah Lubis dari PKS dan Ahmad Riza Patria dari Gerindra sebagai Cawagub DKI Ketua Fraksi PSI Idris Ahmad menyatakan kedua cawagub harus menjalani fit and proper test secara terbuka
Istri Rifky Balweel Lahiran Saat Tahun Baru Sang Bayi Ternyata Udah Punya Dua Gigi

Istri Rifky Balweel Lahiran Saat Tahun Baru Sang Bayi Ternyata Udah Punya Dua Gigi

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 260 hits
Nggak cuma pipinya yang bikin gemas dua gigi sang bayi laki laki yang mulai nongol juga menarik perhatian
Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik Tumor Otak Hasrat Ain Bertemu Dato Rizalman Akhirnya Tercapai

Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik Tumor Otak Hasrat Ain Bertemu Dato Rizalman Akhirnya Tercapai

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 557 hits
Nama pereka fesyen terkenal tanah air Dato Rizalman Ibrahim memang tak perlu diperkenalkan lagi Hasil rekaananya menjadi pilihan ramai dari Kerabat Diraja VIP dan juga orang biasa Aktif mengemaskini segala perihal diri di media sosial pasti...
Konsumsi Teh Hijau Seminggu 3 Kali Bisa Bantu Cegah Risiko Masalah Kardiovaskular

Konsumsi Teh Hijau Seminggu 3 Kali Bisa Bantu Cegah Risiko Masalah Kardiovaskular

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 263 hits
Manfaat sehat ini bisa diperoleh ketika mengonsumsi teh setidaknya tiga kali dalam satu minggu Berdasar penelitian tersebut kebiasaan mengonsumsi teh ini bisa menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan meningkatkan kesehatan
Stres Dua Kali Gagal Nikah Lelaki Di Garut Pakai Sabu Lalu Diciduk Polisi

Stres Dua Kali Gagal Nikah Lelaki Di Garut Pakai Sabu Lalu Diciduk Polisi

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 217 hits
Satuan Reserse Narkoba Polres Garut mengamankan seorang pria berinisial SU Ia kedapatan menggunakan barang haram jenis sabu di rumahnya SU mengaku stres karena sudah dua kali gagal menikah sehingga memilih menjadi pemakai narkotika
Amalkan Minum Air Mutiara As Syifa Ikhtiar Kesembuhan Pelbagai Penyakit

Amalkan Minum Air Mutiara As Syifa Ikhtiar Kesembuhan Pelbagai Penyakit

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 1104 hits
Air minuman mutiara As Syifa sejenis minuman botanik yang membantu meningkatkan penyikiran toksin dari sistem tubuh badan Air Mutiara as syifa mempunyai rasa yang berlainan mengikut kepada masalah tahap kesihatan imum Mengandungi ekstrak mu...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai