Air Zam Zam Sejarah Kelebihan Adab Ketika Meminumnya


Air zam-zam diberikan julukan sebagai sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Apakah alasannya ia dipanggil dengan penuh kemuliaan seperti itu?
Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan kelebihan air zam-zam yang boleh anda dapatkan khususnya dari segi kesihatan.
Baca juga:
Khasiat Air Kelapa Muda Khasiat Air Nabeez Fakta Air Selusuh Apa itu air zam-zam? Zam-zam berasal dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud banyak atau melimpah.
Dari segi syariat, zam-zam bermaksud air yang berasal daripada telaga zam-zam yang terletak berhampiran Ka’abah, berjarak sekitar 38 hasta.
Ia dinamakan zam-zam seiring dengan ciri-cirinya yang mempunyai air dari telaga yang sangat banyak dan melimpah.
Selain zam-zam, ia juga dipanggil dengan nama lain seperti barrah (kebaikan) madhunah (yang berharga, taktumu, yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa’ suqim (ubat penyakit), syarab al-abrar (minuman orang-orang baik), tayyibah (yang baik).
Hadis tentang air zam-zam Daripada Jabir bin Abdillah RA telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَاءُ زَمْزَمَ، لِمَا شُرِبَ لَهُ
Maksudnya: “Air zam-zam bergantung pada tujuan apa diminumnya.
(Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 3062), Ahmad, No. 14849), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, No. 9442). Selain itu, dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sebaik-baik air yang ada di atas muka bumi ini adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penyembuh terhadap segala penyakit.”
(Hadis Riwayat al-Thabarany dalam al-Awsath (4/179) dan al-Kabir (11/98), no. 11167. Dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib (2/40) no. 116) Air zam-zam juga dikatakan sebagai air yang diberkari menurut hadis Abu Dzar RA ia berkata: Rasulullahh SAW bersabda tentang air zam-zam.
Maksudnya: “Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang diberkahi.”
(Hadis Riwayat Muslim (4/1922), no. 2437) Dari segi khasiatnya sebagai penyembuh. Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha, bahwa ia mengatakan:
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengambil air zam-zam di dalam bejana-bejana dan gerabah, lalu beliau menyiramkannya kepada orang-orang sakit dan memberi mereka minum.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari) Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
خَيرُ ماءٍ على وجْهِ الأرضِ ماءُ زَمْزَمَ ، فِيه طعامٌ من الطُّعْمِ ، و شِفاءٌ من السُّقْمِ
Maksudnya: “Sebaik-baik makanan yang ada di permukaan bumi adalah air zam zam. Di dalamnya terdapat makanan dari segala makanan dan ubat dari segala penyakit.”
(Diriwayatkan oleh Al-Faakihy dalam Akhbaar Al-makkah [1106], Ath-Thobrani [11/98], serta yang lainnya). Kisah air zam-zam Asal usul air ini adalah bermula pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS atas perintah Allah.  
Kisah ini diceritakan dari Sahih Al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA:
Maksudnya: “Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air).
Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan.
Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya.
Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun.
Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana?
Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali. Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW:
“Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”.
Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”.
Dia cuba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata:
“Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”.
Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam.
Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar.”
Kelebihan dan khasiat Air zam-zam ini begitu istimewa bagi setiap manusia. Antara kelebihan air zam-zam yang boleh anda dapatkan adalah seperti:
Air zam-zam adalah sebaik-baik air di muka bumi dan menjadi penghulu kepada semua air. Merupakan mata air syurga. Air yang berasal dari kurniaan Allah yang utama kepada kekasih Nya iaitu Nabi Ismail AS. Sebagai tanda yang nyata akan kemuliaan tanah haram Makkah. Allah SWT telah menjadikan air zam-zam yang berkat ini sebagai antara penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Banyak meminum air zam-zam merupakan sebahagian daripada tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq. Adab ketika minum air 1. Menghadap kiblat
Minum air dengan menghadap kiblat adalah amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali Baginda minum air.
2. Minum secara berdiri atau duduk
Bagi tatacara minum air ini, terdapat dua pendapat yang berpandangan kita boleh minum secara berdiri atau duduk.
Ada yang berpandangan, sunnah untuk minum sambil duduk seiring dengan apa yang sering disarankan oleh Baginda untuk duduk ketika  minum.
Manakala ada sesetengah yang berpendapat disunatkan untuk kita minum sambil berdiri seperti yang termaktub di dalam sebuah hadis.
Dari Ibnu Abbas RA katanya,
“Aku pernah menuangkan air untuk Rasulullah SAW di sumur zam-zam, lalu Baginda minum. Padahal beliau sedang berdiri.” – (Hadis Riwayat Muslim)
Manakala satu lagi hadis menceritakan, Dari Anas RA, dari Nabi SAW, bahawasanya beliau pernah melarang seorang laki-laki minum sambil berdiri.
Kata Qatadah, lalu kami bertanya, “Kalau makan?” Jawab Anas, “Itu lebih buruk dan keji.” – (Hadis Riwayat Muslim)
3. Berniat sebelum minum
Kita boleh minum air zam-zam dengan berniat kepada Allah SWT.
4. Membaca bismillah
Rasulullah SAW bersabda, 
“Sebut Bismillah apabila kamu hendak memulakan minuman dan puji Allah apabila kamu selesai.”  – (Hadis Riwayat Tarmizi)
5. Minum dengan tiga nafas
Adab ketika minum adalah tidak tergopoh-gapah. Justeru itu, minumlah dengan baik, perlahan, dan sempurna.
Rasulullah SAW bersabda,
“Jangan minum terus menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk, dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya.” – (Hadis Riwayat Tarmizi)
6. Minum dengan tangan kanan
Dari Ibnu Umar RA katanya Rasulullah bersabda,
“Apabila kamu makan dan minum, makan dan minumlah dengan tangan kanan, kerana hanya syaitan yang makan dan minum dengan tangan kiri.” – (Hadis Riwayat Muslim)
7. Berdoa setelah selesai minum
Selain dari berniat, kita juga boleh membaca doa minum air zam-zam sebagai tanda syukur atas nikmat yang dikurniakan. 
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat air zam-zam dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
#37: Kelebihan Air Zamzam dan Hadith Tentangnya. Maktabah Al Bakri Irsyad Al-Hadith Siri Ke-125: Ait Zam Zam. Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/air-zam-zam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=air-zam-zam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Minum Air Zam Zam Kelebihan Air Zam Zam

Doa Minum Air Zam Zam Kelebihan Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 210 hits
Doa Minum Air Zam Zam Kelebihan Air Zam Zam Air Zam Zam adalah merupakan air suci yang sangat bernilai kerana kelebihannya yang banyak serta mempunyai sejarahnya tersendiri Ia hanya dapat ditemukan dari sumur Zamzam yang terletak di dalam M...
Pembangkang Padamkan Kelebihan Negara Di Bawah Pmx Masa Kini Berbanding Zaman Pnpas

Pembangkang Padamkan Kelebihan Negara Di Bawah Pmx Masa Kini Berbanding Zaman Pnpas

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 209 hits
Lima dibawa menghampiri seekor gajah Mereka diminta untuk jelaskan keadaan gajah yang mereka tahu pegang belalai Gajah ni macam ular katanya Yang pegang telinga Dia kata gajah boleh terbang sebab Yang pegang kaki gajah Macam pokok balak kat...
Ayat Kursi Rumi Terjemahan Dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

Ayat Kursi Rumi Terjemahan Dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 171 hits
Ayat Kursi Rumi Terjemahan dan Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi 15 Adakah anda sering mengamalkan selepas solat Ayat Kursi mempunyai banyak sangat kelebihan dan maanfaat kepada pengamalnya Rasulullah SAW bersabda Siapa membaca ayatul Kursi ...
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas Daripada Kekafiran

Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas Daripada Kekafiran

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 152 hits
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas daripada Kekafiran 22 Apakah anda tahu tentang surah ditujukan kepada golongan kafir Surah ini menceritakan tentang ketegasan dalam beragama bagi orang Islam Dua ayat terakhir surah al kafirun...
Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 208 hits
Assalamualaikum wbt Lama kan saya tak update pasal keratan lama Jom kita baca sejarah shikinrazalidotcom Malaysianblogger bloggerTerengganu bloggerSepang mypersonaljournal
Kelebihan Fish Oil Omega 3 Supplement Minyak Ikan

Kelebihan Fish Oil Omega 3 Supplement Minyak Ikan

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 199 hits
Khasiat Minyak Ikan Fish Oil Omega 3 Untuk Semua Kelebihan dan khasiat fish oil omega 3 ada pelbagai bergantung kepada siapa yang mengambilnya Fish oil omega 3 boleh di consume oleh wanita kanak kanak serta lelaki juga mengikut sukatan dan ...
Anak Anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar

Anak Anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 221 hits
Banyak kelebihan susu segar Susu segar mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak sistem metabolisma serta fungsi enzim dan tiroid Susu segar diperkaya dengan kalsium dan protein adalah sumber yang terbaik untuk menjaga kes...
Kad Wise Malaysia Kelebihan Cara Memohon

Kad Wise Malaysia Kelebihan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 328 hits
Adakah anda pernah mendengar mengenai Wise Malaysia Kad ini menawarkan cara pembayaran yang cepat selamat dengan kos yang rendah untuk lebih 50 jenis mata wang ke lebih 70 negara Sejak dari tahun 2021 lagi pelanggan pelanggan di Malaysia ju...
Kelebihan Mengamalkan Ayat Seribu Dinar Dan Terjemahan Ayat Seribu Dinar

Kelebihan Mengamalkan Ayat Seribu Dinar Dan Terjemahan Ayat Seribu Dinar

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 487 hits
Kelebihan Mengamalkan Ayat Seribu Dinar dan Terjemahan Ayat Seribu Dinar 5 Pernahkah anda mendengar mengenai ayat seribu dinar adalah ayat daripada surah at Talaq dan mempunyai manfaaf besar jika mengamalkannya pada setiap hari Di dalam ter...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad