Air Oh Air


 

Sila jelaskan akaun pengguna yang telah dipotong sebelum 15 Oktober 2024 atau tindakan undang undang akan diambil. Begitu bunyi kenyataan Air Kelantan Sdn Bhd atau AKSB di laman web rasminya.Kenyataan itu diulangi Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan pada laman Facebook berbunyi 
AKSB nasihat pelanggan jelaskan bil tertunggak sebelum 15 Oktober bagi elak tindakan undang undang.
Pada ruang komen timbul reaksi negatif. 
Pelanggan nasihatkan AKSB supaya baiki perkhidmatan air Kelantan – tu tajuk sebenar, kata seorang yang mengikuti Facebook urus setia.Berkata pula seorang lagi ‘follower’ Facebook berkenaan: 
Rakyat Kelantan nasihatkan AKSB baiki perkhidmatan air. Jak mulo lagi. Reaksi sebegini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Masalah bekalan air khususnya kualiti air di Kelantan diketuai umum bukan sahaja di negeri itu. Air karat antara aduan yang ‘terkenal’.
Maka apabila AKSB mengeluarkan peringatan (atau amaran?) yang disebut tadi mungkin boleh ibaratkan golongan yang disasar sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah bekalan air dipotong, sekarang berdepan kemungkinan tindakan undang-undang dikenakan jika tidak langsai bil tunggakan.
Pada hemat saya kalau mereka atau kebanyakan yang terbabit ada wang, masalah ini tidak akan timbul ‘in the first place’. Yakni bil bulanan dibayar, bil tertunggak tidak berlaku lantas bekalan tidak dipotong.

Alhamdulillah saya tak pernah tak bayar bil air…air di kawasan saya baik dan bersih. Cuma kadang-kadang beberapa kali dalam dua tiga bulan ada karat dalam air dan berulang-ulang. Habis baju kerja saya dan isteri. Baju sekolah anak bertukar warna dari putih jadi coklat, kata seorang pelanggan AKSB di Facebook.
Ada lagi katanya: 
Selepas AKSB tukar meter lama kepada meter baru…berdesup laju meter baru musing ligat boh weh. Bil air naik hampir 70% dari meter lama.
Ada komen yang keras: 
Ambo bayar hok rumah ambo di Chempaka. Air mutuh. PAS kiro guano? AKSB make pitih haram ko? kata seorang lagi pelanggan. Kata-kata beliau jelas ditujukan bukan sahaja kepada AKSB tetapi juga kepada PAS yang memerintah Kelantan sejak 1990. Saya rasa orang bukan Kelantan pun faham apa yang disuarakan.
Ada komen lagi keras mengenai ‘jual air karat dan masuk neraka’ yang saya tidak berhasrat ulangi secara terperinci di sini. Kerana semua boleh merasai kemarahan pelanggan yang membuat komen itu.
Masalah air di Kelantan sudah berlarutan 20 tahun. Mungkin lebih. Kemarahan dituju kepada kerajaan walaupun pada setiap pilihan raya majoriti rakyat Kelantan terus menerus memilih PAS untuk memerintah negeri. Kesimpulannya marah tetap marah undi tetap undi. Sehingga kini.
Kerajaan PAS Kelantan dulu dan sekarang tahu akan kemarahan rakyat. Mac lalu lebih tepat 25 Mac 2024 Sinar Harian melaporkan rakyat Kelantan diminta bersabar tiga tahun lagi apabila masalah air yang membelenggu negeri mereka lebih 20 tahun akan selesai sepenuhnya pada 2027.
Exco Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Izani Husin, dipetik berkata ini kerana semua loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut (2027).
Bagaimanapun, Berita Harian pula pada hari sama yakni 25 Mac 2024 juga memetik Izani memberi jaminan masaah bekalan air di Kelantan dijangka selesai sepenuhnya pada 2028.
Apa pun kedua-dua media memetik beliau berkata kerajaan negeri meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu terutama penukaran paip dapat dipercepatkan.
Bagi saya Ahli Parlimen PAS dari Kelantan mesti juga tampil membantu kerajaan negeri dengan memberi idea dan sebagainya. Jangan terlalu fokus permainan politik. Dan seperkara lagi. PAS tidak boleh ‘take the rakyat for granted’.
Apa pun yang pasti ‘public complaints are not about to stop anytime soon’. Kata orang Kelantan ‘adue ore awe tokkae hile dale maso terdekak’. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/air-oh-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Tiba Dia Dah Besar Saya Rindu Gugur Air Mata Wany Hasrita Throwback Momen Aishah Masa Baby

Tiba Tiba Dia Dah Besar Saya Rindu Gugur Air Mata Wany Hasrita Throwback Momen Aishah Masa Baby

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 91 hits
Penyanyi cantik Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau mesra disapa sebagai Wany Hasrita mungkin jarang berkongsi tentang kehidupannya sebagai seorang ibu Namun kekuatan semangatnya mengharungi fasa berpantang dan membesarkan anak sendiri...
Masak Kek Guna Air Fryer Ini 10 Resipi Mudah Yang Boleh Dicuba

Masak Kek Guna Air Fryer Ini 10 Resipi Mudah Yang Boleh Dicuba

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 153 hits
Bagi anda yang suka makan kek seleksi kek homemade boleh masak guna Air Fryer ini antara yang patut dicuba Sangat mudah sedap dan dijamin menjadi Sesuai dicuba pada bila bila masa Tidak perlu lagi ketuhar atau periuk kukus Hanya menggunakan...
Kepala Air Badai Rumah Kongsi 2 Beradik Termasuk Bayi 3 Bulan Hilang

Kepala Air Badai Rumah Kongsi 2 Beradik Termasuk Bayi 3 Bulan Hilang

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 169 hits
Juwan Riduanbhnews bh com myKeadaan lokasi kejadian sekitar rumah kongsi di ladang kelapa sawit selepas dibadai kepala air yang menyebabkan dua beradik hilang Foto ihsan PDRMKENINGAU Dua beradik membabitkan kanak kanak perempuan berusia tig...
Warna Air Kencing Dan Tahap Kesihatan Badan Kita

Warna Air Kencing Dan Tahap Kesihatan Badan Kita

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 191 hits
Tahukah anda warna air kencing boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk anda mengetahui tahap kesihatan tubuh anda Hal ini demikian kerana individu yang sihat akan mempunyai warna air kecil yang berbeza dengan individu yang tidak sihat...
4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

4 Resipi Sarapan Mudah Boleh Masak Guna Air Fryer Je

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 188 hits
Bila bab sarapan untuk anak anak mestilah kena yang mudah dan sedap Anak anak memang teruja nak makan tapi mak mak kena pandai nak sesuaikan menu yang sesuai Jadi apa kata kita kongsikan 4 resipi mudah sarapan untuk anak anak bagi menggalak...
Ramai Tak Tahu Ada Cara Mudah Lebatkan Rambut Hanya Guna Air Rebusan Sahaja

Ramai Tak Tahu Ada Cara Mudah Lebatkan Rambut Hanya Guna Air Rebusan Sahaja

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 226 hits
Tahukah anda masalah keguguran rambut sebenarnya boleh diatasi dengan amalan petua semula jadi iaitu menggunakan air rebusan Rosemary Petua menggunakan air rebusan ini bukan sahaja mudah untuk disediakan malah ia dikatakan langsung tidak me...
Peniaga Jual Jus Buah Campur Air Kencing

Peniaga Jual Jus Buah Campur Air Kencing

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 108 hits
KOSMOPolis menemui sebuah bekas berisi urin di gerai suspek NDTVNEW DELHI Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan di India kerana menjual jus buah yang dicampur dengan air kencing kepada pelanggan lapor stesen penyiaran ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi