Air Ketum Tidak Boleh Rawat Kencing Manis Darah Tinggi Hanya Mitos Pakar


Tanggapan masyarakat bahawa air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi adalah tidak benar dan ia hanyalah mitos kerana tiada bukti secara klinikal atau saintifik bahawa ia mampu mengubati penyakit ‘dua serangkai’ itu.
Ramai yang percaya air ketum mampu menurunkan paras gula berlebihan dalam darah sekiranya diambil secara tradisional dengan membuang urat tengah daun tersebut, malah ada yang mendakwa bahawa penyakit mereka sembuh setelah beberapa tahun mengambil air ketum tanpa bergantung kepada ubat moden.
Kajian saintifik mendapati bahawa air ketum boleh membawa kepada implikasi sawan atau dengan erti lain epilepsi sekiranya diamalkan untuk tempoh masa yang lama atau mengambilnya secara berlebihan.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Dalaman, Hospital Pakar KPJ Perlis, Dr. Nurazam Omar berkata ketum atau nama saintifiknya ‘Mitragynine’ mempunyai persamaan dengan dadah jenis opiat kerana individu yang mengamalkannya boleh membawa kepada proses khayal.
“Individu yang mengamalkannya boleh menjadi khayal dan jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan sesak nafas. Malah ia juga boleh mengakibatkkan sembelit.
“Kebanyakkan orang-orang dahulu mengambil ketum ini untuk melegakan cirit-birit. Ada juga pembuktian bahawa ketum ini juga boleh memberikan tenaga kepada orang yang mengambilnya,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Nurazam berkata dalam dunia perubatan kebiasannya individu yang mengalami sebarang sakit akan diberikan ubat penahan sakit yang juga dikenali sebagai morfin untuk pesakit itu tidur.
Katanya ketum ini juga boleh mengakibatkan seseorang individu itu mengalami sawan sekiranya ia diamalkan dalam tempoh masa yang lama.
“Kebiasaannnya mengikut sejarah perubatan, seseorang yang telah dewasa (maksudnya remaja hingga tua) yang mengalami sawan ini biasanya mengambil ketum secara berlebihan. Anak yang lahir sekiranya didiagnos dengan penyakit sawan ini, kita kena lihat sejarah ahli keluarganya yang biasa mengamalkan ketum,” katanya lagi.
Beliau berkata individu yang disahkan sawan ini kelazimannya mengambil cecair ketum yang dicampurkan dengan bahan asing seperti ubat batuk, minuman berkarbonat dan lain-lain.
Katanya, di luar negara, daun ketum digunakan untuk mengurangkan ketagihan dadah bagi menggantikan ‘methadone’ tetapi adalah lebih baik menguna methadone.
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Suid, 57, berkata beliau menguna daun ketum untuk merawat cirit birit dan mampu memberi tenaga kepada mereka yang berkerja berat seperti melakukan kerja sawah.
Katanya, daun ketum yang dipetik akan dibuang urat tengah terlebih dahulu sebelum direbus bersama air sehingga mendidih dan apabila air bertukar menjadi kehijauan ia boleh diminum.
“Air ketum untuk tujuan perubatan tradisional tidak dicampur dengan bahan lain seperti ubat batuk sebaliknya ia diminum dalam kuantiti sedikit iaitu kira-kira secawan bagi mengembalikan tenaga atau merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya,
Malaysia adalah antara negara yang mengharamkan ketum melalui Akta Racun 1952, Seksyen 30 (3) dengan menyebutnya sebagai bahan psikotropik bagi mengawal penanaman, pemilikan dan pengedaran ketum.
— BERNAMA
The post Air Ketum Tidak Boleh Rawat Kencing Manis & Darah Tinggi, Hanya Mitos – Pakar appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/air-ketum-tidak-boleh-rawat-kencing-manis-darah-tinggi-hanya-mitos-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Ketum Mampu Merawat Penyakit Diabetes Dan Darah Tinggi

Air Ketum Mampu Merawat Penyakit Diabetes Dan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 491 hits
Air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi Air ketum mampu merawat penyakit diabetes dan darah tinggi Kesan minum air ketum boleh akibatkan implikasi sawan jika diamalkan untuk tempoh masa yang lama Air ketum tidak boleh mer...
Air Jeruk Nipis Berfungsi Bersihkan Paru Paru Perokok Hanya Sebuah Mitos

Air Jeruk Nipis Berfungsi Bersihkan Paru Paru Perokok Hanya Sebuah Mitos

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 371 hits
Menurutnya tidak ada hubungan antara paru paru dengan air jeruk nipis Paru paru itu beda kan dia saluran napas Kalau jeruk nipis kan masuk melalui lambung jadi enggak akan menuju ke sana jelas Arifin
Boleh Nak Bagi Anak Snek Sihat Tapi Ikut Saranan Daripada Pakar Pemakanan

Boleh Nak Bagi Anak Snek Sihat Tapi Ikut Saranan Daripada Pakar Pemakanan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 370 hits
Snek secara perlahan lahan telah menjadi antara pilihan makanan utama pada kanak kanak seluruh dunia Kanak kanak pada masa kini lebih mengambil dan memakan snek sepanjang aktiviti seharian mereka Anda harus menyedari bahawa tabiat pemakanan...
Botol Air Hilang Ayah Pun Boleh Hilang Nyawa Kisah Lucu 2 Beranak Tertinggal Harta Si Ibu

Botol Air Hilang Ayah Pun Boleh Hilang Nyawa Kisah Lucu 2 Beranak Tertinggal Harta Si Ibu

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 441 hits
Minat seorang isteri jangan dipandang ringan Apabila mereka sukakan sesuatu pasti mereka akan usahakan walau dengan cara bagaimana sekalipun Begitu jugalah kegilaan para isteri dengan sebuah jenama bekas makan yang terkenal Dek kerana kuali...
Suhu Badan Tinggi Kru Lion Air Rute Manado Guangzhou Langsung Diisolasi

Suhu Badan Tinggi Kru Lion Air Rute Manado Guangzhou Langsung Diisolasi

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 269 hits
Steaven menjelaskan kriteria suspect corona virus ada tiga hal pertama harus demam kemudian harus batuk pilek serta nyeri tenggorokan dan ketiga radang paru paru atau pneumonia
Mujahid Geram Dengan Sajat Bukan Semua Kesilapan Boleh Selesai Dengan Hanya Minta Maaf

Mujahid Geram Dengan Sajat Bukan Semua Kesilapan Boleh Selesai Dengan Hanya Minta Maaf

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 359 hits
Ramai yang tahu Muhammad Sajjad Kamruzzaman atau Sajat sudah selamat pulang ke tanah air dan membuat video permohonan maaf Jadi apa tindakan seterusnya Jika dipetik laporan dari Berita Harian pihak JAKIM kini sedang membuat penilaian yang a...
Bisnes Jual Air Balang Boleh Untung 7k Sebulan

Bisnes Jual Air Balang Boleh Untung 7k Sebulan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 346 hits
Anda ingin memulakan baru Ingin tingkatkan pendapatan sampingan anda Tapi tak tahu nak nak buat bisnes apa Jadi aku nak kongsikan satu bisnes yang boleh dikatakan nampak simple namun boleh memberi keuntungan sehingga RM7K sebulan iaitu bisn...
Ibu Ini Kongsi Petua Rawat Masalah Ekzema Hanya Guna Bahan Dapur

Ibu Ini Kongsi Petua Rawat Masalah Ekzema Hanya Guna Bahan Dapur

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 353 hits
Ibu Ini Kongsi Petua Rawat Masalah Ekzema Hanya Guna Bahan Dapur Ekzema pada kulit sering membuatkan seseorang tidak selesa Jika seseorang itu terdedah dengan ekzema kulit akan menjadi gatal hingga boleh menyebabkan luka Jadi melalui perkon...
Koronavirus Jangan Ditipu Oleh Orang Yang Jual Produk Konon Boleh Rawat Penyakit Dr Amalina

Koronavirus Jangan Ditipu Oleh Orang Yang Jual Produk Konon Boleh Rawat Penyakit Dr Amalina

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 386 hits
Perkongsian Dr Amalina menerusi laman Twitter miliknya mengenai Koronavirus telah menarik perhatian ramai orang Dr Amalina yang berkongsikan satu kajian yang menjelaskan bagaimana Baricitinib dikatakan sebagai rawatan berpotensi untuk penya...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine