Air Fryer Sebabkan Kanser Betul Ke


Air Fryer Sebabkan Kanser? | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai topik Air Fryer Sebabkan Kanser? Betul ke dakwaan ini?
Saya pasti isu ini menjadi sedikit panas pada ketika ini bilamana ianya banyak dipersoal dan diperdebatkan di media sosial. Tak habis dengan vaksin, isu kanser dan air fryer ini kembali hangat diperkatakan. Namun betul ke air fryer ni boleh menyebabkan kanser?
Jadi, saya ambil kembali perkongsian yang telah dikongsikan oleh pihak Medical Mythbusters Malaysia di laman Facebook mereka. Perkongsian mereka adalah seperti berikut.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Belum ada bukti yang menunjukkan penggunaan Air Fryer boleh menyebabkan kanser ke atas manusia. Sememangnya semua perkara di dunia ini ada baik dan buruknya. Jika kebaikan lebih banyak daripada keburukan, maka baiklah perkara tersebut. Proses kejadian kanser bukan semudah 1+1 jadi 2. Banyak faktor yang terlibat dan prosesnya sangat kompleks.
Syukur kepada Tuhan yang mencipta sistem badan manusia yang sangat cekap memulih dan memelihara sel-sel secara semulajadi walaupun sepanjang masa terdedah kepada penyebab kanser di udara, daratan dan makanan. Di samping faktor semulajadi, terdapat gaya hidup dan makanan yang diambil oleh manusia boleh bertindak sebagai penawar ataupun pelindung kepada serangan agen penyebab kanser.
Air Fryer ada kebaikannya seperti boleh mengurangkan pengambilan minyak dan kalori di dalam makanan. Keburukannya adalah jika makanan berkanji dan berasaskan tumbuhan (kentang, roti, bijirin,kopi,buah kering dll) dipanaskan pada suhu lebih daripada 120 darjah selsius dalam masa yang panjang boleh menghasilkan satu bahan dikenali sebagai Acrylamide. Walau bagaimanapun Acrylamide ini bukan semestinya dihasilkan dengan Air Fryer sahaja, apa sahaja kaedah pemanasan boleh menghasilkannya termasuk dengan dapur arang sekalipun.
Acrylamide akan dimetabolismakan kepada glycidamide yang dikatakan boleh merosakkan baka (“mutagenic”). Banyak lagi bahan makanan yang mengandungi Acrylamide seperti jus prun, minyak zaitun hitam, buah prun kering, buah pear kering dan lain-lain. Ia juga ditemui di dalam asap rokok serta digunakan di dalam industri membuat kertas, fabrik, pemekat dan pewarna.
Persoalannya benarkan Acrylamide boleh menyebabkan kanser? Jawapannya Ya jika diberikan dalam DOS YANG TINGGI kepada TIKUS. Ada dua kata kunci iaitu DOS YANG TINGGI dan TIKUS. Itupun melalui kajian makmal dan melibatkan 2-3 jenis kanser sahaja (daripada lebih 150 jenis kanser). Walau bagaimanapun setakat ini BELUM ADA kajian ke atas manusia yang mengesahkan kebenaran ini. Malahan semakan ke atas banyak kajian “case control” dan epidemiologi BELUM LAGI MENEMUI BUKTI KUKUH bahawa Acrylamide boleh menyebabkan kanser ke atas MANUSIA.
Kajian terhadap pekerja-pekerja industri makanan yang terdedah kepada Acrylamide (2 kali lebih tinggi daripada tahap biasa) mendapati tidak ada kaitan antara bahan ini dengan kanser. Kenyataan ini diakui oleh semua pertubuhan kanser termasuk Pertubuhan Kanser Amerika dan National Cancer Institute. Mungkin metabolisma Acrylamide di dalam tikus berbeza dengan manusia.
Tambahan pula kuantiti Acrylamide yang dihasilkan melalui kaedah pemanasan makanan termasuk dengan menggunakan Air Fryer jauh lebih rendah daripada yang diberikan kepada tikus di dalam kajian makmal (ekstrak Acrylamide yang ditulinkan). Acrylamide juga dikaitkan dengan masalah saraf tetapi kesan ini hanya boleh berlaku jika kuantiti yang diambil lebih daripada 500 kali lebih tinggi daripada purata pengambilan.
Kesimpulannya, orang ramai tidak perlu risau menggunakan Air Fryer untuk memasak dengan syarat menggunakannya dengan betul dan bersederhana dalam semua segi. Jangan hari-hari makan kentang goreng (kalau tanpa Air Fryer pun tak elok ambik kentang goreng banyak2), jangan ambil garam berlebihan, memasak jangan sampai terlalu garing (perang kehitaman), jangan makan dalam kuantiti yang banyak dan pastikan makanan mempunyai nutrien yang cukup serta seimbang.
Air Fryer boleh digunakan untuk memasak banyak makanan lain yang tidak berkanji ataupun kurang kandungan kanjinya. Dengan amalan hidup sihat, tidak merokok, tidak minum alkohol, tidak mengalami kegemukan, mengambil banyak sayuran/buah2an, bersenam dan lakukan ujian saringan, maka anda akan dapat menurunkan risiko menghidap kanser walaupun menggunakan Air Fryer. Dengan amalan ini, Air Fryer akan menjadi salah satu alat memasak yang baik untuk anda, lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk tujuan mengurangkan pengambilan lemak dan kalori.
Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Ahli Medical Mythbusters Malaysia
https://www.facebook.com/rushdan.noor
19hb Okt 2018
RUJUKAN
1. Verk-Baker MK, Nagy TR, Barnes S,Groopman J.Dietary Acrylamide and Human Cancer:A systemic Review of Literature.Nutr Cancer. 2014; 66(5): 774–790
https://www.cancer.gov/…/risk/diet/acrylamide-fact-sheet
2. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/acrylamide.html
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5834785/
4. https://www.fda.gov/ForCons…/ConsumerUpdates/ucm374855.htm
5. https://en.wikipedia.org/wiki/Acrylamide
6. FAO/WHO Consultation on the Health Implications of Acrylamide in Food; Geneva, 25–27 June 2002, Summary Report. (PDF) . Retrieved on 2014-11-09.
The post Air Fryer Sebabkan Kanser? Betul Ke? appeared first on AMIRNAWAWI.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amirnawawi.com/air-fryer-sebabkan-kanser-betul-ke/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul Tutorial Bergambar

Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul Tutorial Bergambar

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 510 hits
Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul Tutorial Bergambar Salam semua biji sagu banyak jenis dan ikut saiz juga dan bermacam warna Selalu sis beli sagu yang jenis saiz kecil Biasa buat sagu gula melaka guna sagu yang saiz bulat ...
6 Resepi Air Balang Viral Best Seller Untuk Pasar Malam Dan Bazar Ramadhan

6 Resepi Air Balang Viral Best Seller Untuk Pasar Malam Dan Bazar Ramadhan

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 237 hits
Resepi Air Balang Pasar Malam dan Bazar Ramadhan Air merupakan keperluan asas terpenting kepada manusia Dalam tubuh manusia terdapat kira kira 70 air dan selebihnya adalah unsur lain 6 Resepi Air Balang ViralMalaysia yang memiliki iklim pan...
Dengar Tangisan Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

Dengar Tangisan Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 225 hits
Rezeki anak semuanya rahsia Allah Ada pasangan yang baru berkahwin terus dikurniakan zuriat namun ada juga yang dah lama berkahwin pun masih menunggu kehadiran anak kecil untuk mewarnai rumah tangga mereka Percayalah dengan izin Allah jika ...
Rupanya Meminum Air Rebusan Akar Betik Mampu Mengeluarkan Batu Karang Tanpa Pembedahan

Rupanya Meminum Air Rebusan Akar Betik Mampu Mengeluarkan Batu Karang Tanpa Pembedahan

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 477 hits
Betik bukan sahaja sedap dimakan tapi mempunyai banyak khasiat dan amat baik untuk kesihatan tubuh badan Antara manfaat buah betik termasuklah mengubati buasir atau simbelit merawat hemoroid sebagai tonik atau pembersih perut yang amat berk...
Sebak Lihat Pasangan Tua Jalan Kaki Bawak Barang Berat Air Mata Tak Boleh Henti Keluar

Sebak Lihat Pasangan Tua Jalan Kaki Bawak Barang Berat Air Mata Tak Boleh Henti Keluar

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 270 hits
Sebagai seorang anak pastinya kita merasa sebak apabila melihat pasangan warga emas yang sudah dimamah usia masih lagi mengerah kudrat meneruskan kehidupan Sudah tentu fikiran mulai menerawang dan teringat akan ibu bapa kita yang juga sudah...
Sungai Air Beruk Gerik

Sungai Air Beruk Gerik

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 377 hits
Sungai Air Beruk terletak kira kira 20 minit dari Pekan Gerik melalui jalan menghala ke Pengkalan Hulu Tempat ini terletak di Kampung Padang Stang Gerik Ia merupakan cabang anak sungai yang berpunca dari wilayah Pattani yang juga menghubung...
Bekalan Dos Habis Di Hospital Tengku Ampuan Afzan Bukanlah Di Sebabkan Potong Barisan

Bekalan Dos Habis Di Hospital Tengku Ampuan Afzan Bukanlah Di Sebabkan Potong Barisan

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Penangguhan pemberian vaksin Covid 19 kepada penerima yang dijadualkan dari 2 hingga 4 Mac di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini bukan disebabkan isu potong barisan tetapi kerana bekalan dos habis kata Pengarah Kesihatan Pahang Da...
5 Sebab Yang Boleh Sebabkan Fsg Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan Fsg Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 204 hits
Liverpool tewas lagi pada hujung minggu lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris Kali ini tewas kepada Everton prestasi yang ditampilkan The Reds pada kali ini adalah bayangan lampau kepada diri mereka sendiri Adakah tiba masanya untuk mela...
Singapura Larang Jual Serbuk Kacang Sing Long Dikesan Ada Toksin Menyebabkan Kanser

Singapura Larang Jual Serbuk Kacang Sing Long Dikesan Ada Toksin Menyebabkan Kanser

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 139 hits
SINGAPURA Semua produk serbuk kacang tanah bergula jenama Sing Long diarah ditarik balik selepas dikesan mengandungi toksin yang boleh menyebabkan kanser Agensi Makanan Singapura berkata pihaknya mengesan bahan menyebabkan kanser pada kadar...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu