Aiman Tino Tak Main Main



BAGI persiapan masa hadapan dan tanpa mahu berharap sepenuhnya dengan pendapatan sebagai penyanyi dan pelakon, Aiman Tino memberanikan diri menceburi bidang perniagaan makanan.
Pembukaan cawangan kedua kedai Char Kuey Teow di Masok Food Court Kg Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan Aiman, 23, atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri bukan mahu main-main.
Disebabkan itu, Aiman yang mencipta nama menerusi lagu Ku Rela Dibenci mengakui menggunakan sepenuhnya wang simpanan yang ada sebagai modal dan pelaburan dalam bisnes itu.
"Dalam berniaga ini perlukan modal besar. Jadi saya terpaksa gunakan wang simpanan untuk melabur bagi memulakan perniagaan ini. Orang kata saya buat dan tawakal saja. Tapi, jangan main-main. Perniagaan ini saya nampak sesuatu yang besar, sasaran saya pun besar.
"Jadi, saya keluarkan simpanan yang ada. Bukan nak kata banyak duit, tapi adalah simpanan sebelum ini. Alhamdulillah, saya beringat juga untuk menyimpan sejak mula menyanyi. Kalau tidak menyimpan, tak tahu lah boleh buat bisnes macam sekarang atau tak," katanya yang turut bekerjasama dengan rakan kongsi.
Menurut Aiman, selepas membuka cawangan pertama di AEON Wangsa Maju dan di Kampung Baru, Aiman bakal membuka di beberapa lokasi lain pula.
"Bisnes ini adalah 'back up' saya. Diakui saya memang minat dalam bidang ini, tapi masih belajar untuk uruskan perniagaan sebab bukan senang. Banyak perkara lagi saya perlu lakukan untuk majukan diri.
"Namun, dalam kerjaya saya masih menyanyi dan berlakon. Tiada masalah untuk buat semua dalam satu masa," katanya.
Mengenai kerjaya nyanyian yang dilihat semakin sepi, Aiman berkata, dia masih menunggu 'green light' dari syarikat rakaman untuk melancarkan single terbaharu.
Malah, beberapa single terdahulu juga dilihat gagal mengembalikan populariti seperti di awal kemunculan.
"Lagu sudah siap dirakam. Cuma saya baru tanya bos di syarikat rakaman, Aries Music, tapi gubahan lagu dan muzik tak siap lagi. Ada masalah sikit dengan studio. Nanti kalau sudah siap semuanya baharu akan dilancarkan.
"Saya bukan berehat dari bidang nyanyian, tapi lagu tak keluar lagi. Macam dikatakan tadi, saya akan terus menyanyi.
"Insya-Allah, lagu baharu ini juga bergenre sama seperti kebanyakan lagu sebelum ini. Sebab apa yang saya perasan dan syarikat nampak, peminat saya suka lagu macam ini. Jadi, saya masih mengekalkan 'mood' dan genre 90-an," katanya.
Dalam masa sama, Aiman turut terbabit dalam penggambaran drama Kampung Kolestrol lakonan bersama Sufian Suhaimi, Ziana Zain dan Mas Idayu.
Menerusi drama itu, Aiman sekali lagi melakonkan watak komedi seperti watak sebelum ini.
"Genre komedi ini sebenarnya sudah macam identiti lakonan saya juga. Sejujurnya saya suka cerita yang kelakar. Tapi, kerja ini bukan saya pilih sebab saya dapat tawaran.
"Mungkin orang nampak saya sesuai cerita macam ini. Tapi, kalau diberi peluang untuk melakonkan watak lain iaitu watak berat, tak ada masalah untuk cuba. Saya minat semua," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/03/aiman-tino-tak-main-main.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dengan Kekasih Dah Putus Saya Ikut Cakap Mak Aiman Tino Perjelas Isu Berantakan Dengan Ahli Keluarga Bulan Lalu

Hiburan Dengan Kekasih Dah Putus Saya Ikut Cakap Mak Aiman Tino Perjelas Isu Berantakan Dengan Ahli Keluarga Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 503 hits
Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci Aiman Tino tampil memperjelaskan isu pergaduhan yang terjadi antara dirinya dan ahli keluarga pada bulan lalu Sumber Instagram Aiman Tino Tular seketika di media hiburan tempatan apabila Aiman dilaporkan hilang...
Kampung Kolestrol Lakonan Aiman Tino Sufian Suhaimi

Kampung Kolestrol Lakonan Aiman Tino Sufian Suhaimi

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 938 hits
Sebuah drama komedi Kampung Kolestrol dibintangi oleh Ziana Zain Mas Idayu Aiman Tino Sufian Suhaimi dan ramai lagi Drama arahan Shuhaimi Lua terbitan Zamriez Golden Pictures Akan menemui penonton di slot Kelakarama TV9 pada bulan Ramadan i...
Haram Hukum Bermain Duit Kutu Ramai Main Tapi Tak Tahu Cara Sebenar Yang Dianjurkan Dalam Islam

Haram Hukum Bermain Duit Kutu Ramai Main Tapi Tak Tahu Cara Sebenar Yang Dianjurkan Dalam Islam

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 609 hits
Permainan duit kutu sangat popular dalam kalangan suri rumah di mana seorang ketua akan dilantik untuk menjadi penjaga dan pengumpul duit dari ahli ahli yang menyertai sesebuah kumpulan duit kutu Ahli ahli akan menunggu giliran untuk mendap...
Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

Tak Kisah Orang Nak Kutuk Tapi Kalau Suami Yang Main Cakap Memang Isteri Sentap

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 526 hits
Memang sudah kita ketahui hati seorang wanita ni lembut Mudah terasa dan kecil hati kalau orang bercakap tentang dirinya Apa lagi jika yang berkata kata tu adalah orang yang mereka sayangi Suami misalnya jagalah tutur kata anda di depan ist...
Bila Rayyan Main Star Wars

Bila Rayyan Main Star Wars

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 311 hits
Assalammualaikum Dunia Tak tau laaa bila dak Rayyan minat kat Star wars boleh pulak dia pilih mainan Stars Wars Best friend forever Star wars melawan alien The guardian galaxy Lagi gambauNampak tak ke sungguhan di situ Jom tengok aksi nyer ...
Ismail Sabri Perlu Nyatakan Pendirian Sokong Zahid Atau Tidak Jangan Main Dua Kolam

Ismail Sabri Perlu Nyatakan Pendirian Sokong Zahid Atau Tidak Jangan Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 445 hits
March 26 2021 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menyatakan dengan jelas pendirian diri sama ada menyokong Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau sebaliknya Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir berkata ia penting unt...
Main Dram Buatan Sendiri Lelaki Indonesian Ini Tarik Perhatian Idolanya Dari Kugiran Dream Theater

Main Dram Buatan Sendiri Lelaki Indonesian Ini Tarik Perhatian Idolanya Dari Kugiran Dream Theater

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 531 hits
INDONESIA Bayangkan jika artis asal sesebuah lagu yang anda mainkan menyaksikan persembahan anda Mungkin rasa segan sedikit sebanyak terdetik di sudut hati Lebih lebih lagi jika anda gunakan alat muzik murahan saja berbanding alat yang dima...
Sepak Keluaq Buang La Kalau Yang Nak Main Dua Kolam Tu Pun Nak Kena Ajar Kah

Sepak Keluaq Buang La Kalau Yang Nak Main Dua Kolam Tu Pun Nak Kena Ajar Kah

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 292 hits
Umno sahkan ada individu berpura pura di dalam partiMarch 27 2021 UMNO perlu memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 bagi mengembalikan maruah parti Melayu itu yang tewas dalam pilihan raya lalu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ber...
Individu Baling Biskut Zara Zya Berang Air Tangannya Dibuat Main

Individu Baling Biskut Zara Zya Berang Air Tangannya Dibuat Main

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 430 hits
Menerusi perkongsian di laman Instagram pelakon Zara Zya telah meluahkan rasa berang apabila biskut air tangannya dibaling baling oleh seorang individu bernama Redza Farhan yang dipercayai sedang melakukan video promosi produk makanan terse...
Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Buy Your Home Now The Key To Your Dream Living

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home

The Polar Holiday Table One World Hotel S Arctic Inspired Christmas Feast 2025

Toyota S New Performance Beast Toyota Gr Gt And Its 650 Horsepower V8 Hybrid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Powerbank Solar Charger Lampu Kecemasan Terbaik Untuk Musim Banjir

The Big Fish Are Hands Behind Albert Tei

Makan Makan Di Double Tree By Hilton Jb Sempena Perayaan Krismas

Iman Asyraf Semasa Kecil

Nafi And Isbat

Fahami Peranan Nyamuk Wolbachia Aedes Aegypti Sebagai Pejuang Kesihatan Awam