Hiburan Dengan Kekasih Dah Putus Saya Ikut Cakap Mak Aiman Tino Perjelas Isu Berantakan Dengan Ahli Keluarga Bulan Lalu
Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino tampil memperjelaskan isu pergaduhan yang terjadi antara dirinya dan ahli keluarga pada bulan lalu.
Sumber : Instagram Aiman Tino Tular seketika di media hiburan tempatan apabila Aiman dilaporkan hilang dari rumah dan tidak dapat dihubungi oleh ibunya, Hazelina. Jelas Aiman yang ditemui media, isu salah faham dengan ahli keluarganya telahpun selesai dan masing-masing telah pun mencapai kata sepakat.
Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri,23, berkata bahawa dia sudah pun berjanji untuk menuruti segala permintaan kedua ibu-bapanya itu.
View this post on Instagram
A post shared by Therealaimantino (@official_aimantino)
“Saya tunaikan permintaan mereka dan dalam masa sama saya minta mereka juga faham kehidupan saya.” ujarnya kepada Harian Metro.
Ketika ditanyakan mengenai hubungan cinta yang terjalin antara dia dan seorang wanita bernama Farah sehingga membuatkan penyanyi tersebut berubah, Aiman menjelaskan bahawa hubungan tersebut telahpun putus atas permintaan ibunya sendiri.
“Dengan kekasih sudah tidak ada. Saya dengar cakap mak. Sekarang ini semua perkara saya buat sendiri. Saya uruskan kerja, perniagaan dan rutin harian sendiri. Semua saya buat sendiri, itu yang mereka nak.”
Ujar Aiman lagi, apa yang berlaku sebelum ini telah mengajar dirinya untuk lebih bangkit dan bersemangat terutamanya dalam soal menguruskan perniagaan yang diusahakannya kini iaitu kedai makan char kuey teow yang berlokasi di Wangsa Maju serta Kampung Baru.
View this post on InstagramA post shared by Therealaimantino (@official_aimantino)
Mengakui segala perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri, Aiman menganggap mereka di luar sana boleh bercakap apa sahaja mengenai dirinya namun hanya dia sahaja yang tahu segala usaha kerasnya dalam mencari rezeki untuk keluarga tercinta.
Terdahulu, ibu Aiman meluahkan rasa terkilan menerusi akaun Instagram miliknya dengan sikap Aiman yang didakwanya sudah mula berubah setelah mengenali seorang wanita bernama Farah. Malah, Aiman dilaporkan sering gagal dihubungi syarikat rakaman dan produksi dan setelah ianya menjadi tular, Aiman telah tampil membuat permohonan maaf atas salah faham yang telah timbul di atas sikapnya itu.
View this post on InstagramA post shared by Therealaimantino (@official_aimantino)
Perkembangan lain, Aiman kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Kampung Kolestrol bersama pelakon hebat lain seperti Ziana Zain, Mas Idayu dan juga Sufian Suhaimi.
The post “Dengan Kekasih Dah Putus, Saya Ikut Cakap Mak..” Aiman Tino Perjelas Isu Berantakan Dengan Ahli Keluarga Bulan Lalu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/03/hiburan-dengan-kekasih-dah-putus-saya.html