Aidilfitri Tanpa Mama Abah 5 Beradik Yatim Piatu Sedih Adik Bongsu Asyik Bertanya


“Aidilfitri tahun ini tak sama macam tahun sebelumnya. Biasanya setiap kali menjelang Aidilfitri, mama dan abah paling sibuk memilih tema, mencari baju kami lima beradik serta menempah kuih semperit kegemaran keluarga, namun kini semuanya tinggal kenangan,” kata Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.
Nur Afni dan adik-adiknya, Nur Istana Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran,2, yatim piatu selepas kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan jalan raya Februari lalu.
Susulan tragedi itu, kehidupan mereka lima beradik selepas itu berubah 100 peratus dan kini hanya menumpang kasih datuk, nenek serta ibu dan bapa saudara.
Menurut Nur Afni, Ramadan dan Aidilfitri kali ini begitu berbeza kerana pertama kalinya disambut tanpa ibu bapa mereka di sisi.
“Apabila makan ini teringat abah dan mama, buat itu teringat lagi mama dan abah tambahan pula adik bongsu setiap masa mencari mama dan abah.
“Ikutkan sekarang mesti mama dan abah paling sibuk menyediakan kelengkapan hari raya kami tetapi apa boleh buat mereka berdua sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya dekat Jalan Mohd Saad, Butterworth.
Jelas Nur Afni, dia tabah menghadapi ujian dan berterima kasih kepada semua pihak yang sehingga kini masih prihatin terhadap nasib menimpa mereka berlima.
“Mama suka tempah kuih semperit dengan seorang jiran dekat sini dan beberapa hari lalu dia hantar kuih itu kepada kami kerana mengingati arwah mama yang menjadi pelanggan tetapnya,” katanya.

Sementara itu, nenek mereka, Asmalaili Mohd, 58, berkata setiap masa dia mengingati kenangan bersama arwah anak dan menantunya.
“Orang kata kematian anak itu lebih sakit dan saya kini sedang merasainya yang mana kehilangan dua insan yang sangat saya sayang.
ARTIKEL BERKAITAN [Mama Pesan Jaga Adik-Adik. 5 Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk]
“Arwah anak dan menantu saya antara yang paling ceria kalau buat persiapan nak raya tetapi kali ini ketiadaan mereka cukup terasa.
“Kebiasaannya pada hari raya pertama semua akan berkumpul makan nasi tomato dan ayam masak merah setiap kali datang beraya tetapi kali ini agak sayu kerana tidak ada lagi mereka berdua di rumah ini,” katanya.

Menurutnya, mujur sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila kesedihan itu berkurangan sedikit tetapi arwah anak serta menantunya itu sentiasa berada dalam ingatannya sampai bila-bila.
Dalam kemalangan 9 Februari lalu, Khairizul Mohamad Noor,38, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi bersama isterinya, Zuriana Hasan, 35 dilanggar pemandu dipercayai mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, dekat susur keluar Perai.
Zuriana yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) danmenghembuskan nafas terakhir selepas koma selama dua bulan.
Sumber: Berita Harian

The post Aidilfitri Tanpa Mama Abah. 5 Beradik Yatim Piatu Sedih, Adik Bongsu Asyik Bertanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/aidilfitri-tanpa-mama-abah-5-beradik-yatim-piatu-sedih-adik-bongsu-asyik-bertanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aidilfitri Paling Sedih Buat Lima Beradik Yatim Piatu

Aidilfitri Paling Sedih Buat Lima Beradik Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 543 hits
BUTTERWORTH Aidilfitri yang akan disambut pada hujung minggu ini tidak lagi seindah sambutan sebelum ini bagi lima beradik yang kehilangan ibu dan ayah tersayang Bergelar yatim piatu bukan kehendak mereka namun takdir telah menentukan bahaw...
Sekelip Mata Yatim Piatu Kemalangan 11 Malam Memori Akhir 2 Beradik Bersama Ibu Bapanya

Sekelip Mata Yatim Piatu Kemalangan 11 Malam Memori Akhir 2 Beradik Bersama Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 470 hits
Kejadian jam 11 malam telah mengubah kehidupan dua beradik sekelip mata dan menjadi yatim piatu apabila kehilangan kedua ibu bapa dalam kemalangan Kemalangan yang berlaku di Kilometer 20 8 Lebuhraya PLUS dekat Kulai Johor itu pun disedari s...
Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 538 hits
Kisah dua beradik yang terpaksa menahan sakit selama 12 jam antara pukul 11 malam hingga hampir jam 11 pagi keesokannya itu akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian rakyat Kedua beradik ini yang berusia 4 dan 6 tahun diselamatk...
Hiburan Ada Kelulusan Daripada Los Angeles Mas Khan Luah Adik Sedih Solekan Opah Aminah Terima Kecaman

Hiburan Ada Kelulusan Daripada Los Angeles Mas Khan Luah Adik Sedih Solekan Opah Aminah Terima Kecaman

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 1379 hits
Seperti yang diketahui semua drama Bukan Gadis Biasa bergelut dengan kritikan penonton sejak daripada awal tayangan lagi Terutama sekali watak Opah Aminah yang sering menerima hencapan ramai dek kerana lakonan serta solekan khasnya yang dik...
Jangan Mengumpat Dan Menghina Adik Beradik Susah Akibatnya Berat

Jangan Mengumpat Dan Menghina Adik Beradik Susah Akibatnya Berat

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 382 hits
Akhir zaman ini ujian yang paling berat untuk dihadap apabila adik beradik tak lagi sebulu Bila masing masing sudah berkeluarga mak ayah ada yang dah tiada sedihnya hubungan kian renggang Ada saja yang tak kena di mata kakak abang mahupun a...
Penaga Lelaki Ditahan Ugut Tikam Bunuh Ibu Dan Adik Beradik

Penaga Lelaki Ditahan Ugut Tikam Bunuh Ibu Dan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 416 hits
Polis menahan seorang penagih dadah kerana mengugut mahu menikam ibu dan adik beradiknya menggunakan pisau selepas warga emas itu enggan memberikan wang yang diminta suspek untuk membeli dadah dalam kejadian di rumah mereka di Padang Temusu...
Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik Hidup Lebih Kaya Raya

Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik Hidup Lebih Kaya Raya

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 585 hits
Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih Bantulah...
Gadis Yatim Piatu Asal Jepara Tewas Masih Pakai Mukena Diduga Dibunuh Saat Sholat Di Kamar

Gadis Yatim Piatu Asal Jepara Tewas Masih Pakai Mukena Diduga Dibunuh Saat Sholat Di Kamar

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 443 hits
Gadis yatim piatu asal Kabupaten Jepara tewas dalam kondisi masih mengenakan mukena Tragedi itu terjadi di Desa Dongos Kecamatan Kedung Kabupaten Jepara pada Rabu sekitar pukul 16 30 WIB Berdasar laporan kepolisian korban bernama Sintya Wul...
Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

How Is Home Made Mango Juice Prepared

Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Tmj Seru Pengadilan Bebas Demi Meningkatkan Kualiti Liga Malaysia

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Pemilihan Pkr Bila Penamat Kian Hampir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif

Empowering Digital Teams With Sap Business Training In Malaysia

Nasi Lemak Abang Strawberry

Jual Besi Dan Plastik Di Tempat Kitar Semula

Retak Menanti Belah 5 Tahun Lagi Pkr Hilang Dari Peta Politik Nurul Izzah

Penurunan Penarafan Kredit As Meningkatkan Kemungkinan Pembetulan Pasaran