Aidilfitri Paling Sedih Buat Lima Beradik Yatim Piatu



BUTTERWORTH: Aidilfitri yang akan disambut pada hujung minggu ini tidak lagi seindah sambutan sebelum ini bagi lima beradik yang kehilangan ibu dan ayah tersayang

Bergelar yatim piatu bukan kehendak mereka, namun, takdir telah menentukan bahawa Nur Afni Nirwana Khairizul dan empat orang adiknya harus kuat dan kental meneruskan kehidupan tanpa kehadiran orang tua pada usia yang sangat muda

Ketika rakan-rakan lain berpeluang bermanja dengan ibu dan ayah masing-masing menjelang lebaran, Nur Afni, 16, beserta adik-adiknya Nur Istna Nadira,14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7 dan Muhammad Khairi Zafran, 2, hanya berpeluang menumpang kasih dengan datuk dan nenek mereka

Pada 9 Februari lalu, bapa mereka, Khairizul Mohamad Noor maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk dekat susur keluar Prai pada 9 Februari lalu

Sementara ibu kepada lima beradik itu, Zuriana Hassan pula menghembuskan nafas terakhir selepas dua bulan koma di Hospital Seberang Jaya

Nur Afni yang juga kakak sulung kepada adik-adiknya itu ketika ditemui di rumah datuknya di Jalan Mohd Saad, di sini mengakui, Aidilfitri tahun ini bakal disambut dalam suasana yang menyedihkan bersama empat adiknya kerana tiada ibu bapa di sisi seperti orang lain


Malah, menurut Nur Afni, tiada lagi tema baju raya untuk dia dan adik-adiknya untuk tahun ini memandangkan mereka tidak keluar membeli-belah bersama seperti tahun lalu

"Tahun ini rasa macam sedih juga la sebab raya tanpa mak ayah, rasa macam tak seronok. (Sebelum ni) merata jugalah mak bapa bawa pi (pergi) beli baju raya tapi sekarang Maksu (ibu saudara) bawa pi beli baju raya... saya rasa macam sunyi tak seronok," kata Nur Afni

Nurliana, 25,  yang juga ibu saudara Nur Afni mengambil tugas menyiapkan persalinan lebaran  buat lima anak saudaranya itu

Dalam masa sama, Nur Afni bersyukur kerana keempat-empat adiknya, tidak merungut walaupun mereka tidak akan memakai baju sama warna tahun ini

Kedatangan Hari Raya Aidilfitri kali ini juga amat sayu dan menyentuh hati Nur Afni kerana tidak lagi berpeluang menikmati kuih samperit yang juga kegemaran Allahyarham ibunya

"(Arwah) mama suka sangat kuih samperit... (arwah selalu) beli sebab dia tahu anak-anak suka makan kuih itu," kata Nur Afni mengenang kuih kegemaran ibunya setiap kali tiba Syawal

Sementara itu, nenek kepada lima beradik yatim piatu itu, Asma Laili Muhammad, 58, tidak dapat menyembunyikan kesedihan kerana Aidilfitri kali ini disambut tanpa kehadiran arwah Zuriana yang paling ceria dalam keluarga

"Tiap-tiap tahun memang seronok la (sambut) raya. Anak makcik (Allahyarham Zuriana) paling ceria sekali dalam adik-beradik semua

"Kehilangan dia memang makcik rasa sangatlah. Tambahan pula suami dia memang makcik anggap macam anak makcik sendiri, dia memang sayang dan bawa makcik ke sana ke sini tahun ni takdak (tiada) dah la," ujar Asma Laili berkongsi kenangan dengan arwah anak dan menantunya

Dalam kemalangan 9 Februari lalu, Khairizul meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya menghembuskan nafas terakhir selepas dua bulan koma di Hospital Seberang Jaya

Sumber: Astro Awani

from Sehinggit Media https://ift.tt/36qg2uW
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/aidilfitri-paling-sedih-buat-lima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aidilfitri Tanpa Mama Abah 5 Beradik Yatim Piatu Sedih Adik Bongsu Asyik Bertanya

Aidilfitri Tanpa Mama Abah 5 Beradik Yatim Piatu Sedih Adik Bongsu Asyik Bertanya

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 357 hits
Aidilfitri tahun ini tak sama macam tahun sebelumnya Biasanya setiap kali menjelang Aidilfitri mama dan abah paling sibuk memilih tema mencari baju kami lima beradik serta menempah kuih semperit kegemaran keluarga namun kini semuanya tingga...
Sekelip Mata Yatim Piatu Kemalangan 11 Malam Memori Akhir 2 Beradik Bersama Ibu Bapanya

Sekelip Mata Yatim Piatu Kemalangan 11 Malam Memori Akhir 2 Beradik Bersama Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 444 hits
Kejadian jam 11 malam telah mengubah kehidupan dua beradik sekelip mata dan menjadi yatim piatu apabila kehilangan kedua ibu bapa dalam kemalangan Kemalangan yang berlaku di Kilometer 20 8 Lebuhraya PLUS dekat Kulai Johor itu pun disedari s...
Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

Dana 2 Beradik Yatim Piatu Dilancarkan Biayai Perbelanjaan Sekolah Hingga Usia 18 Tahun

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 503 hits
Kisah dua beradik yang terpaksa menahan sakit selama 12 jam antara pukul 11 malam hingga hampir jam 11 pagi keesokannya itu akibat kemalangan jalan raya telah mendapat perhatian rakyat Kedua beradik ini yang berusia 4 dan 6 tahun diselamatk...
5 Rekomendasi Anime Ghibli Yang Paling Sedih Cocok Buat Menemani Waktu Menunggu Buka Puasa

5 Rekomendasi Anime Ghibli Yang Paling Sedih Cocok Buat Menemani Waktu Menunggu Buka Puasa

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 442 hits
Kata siapa nonton film anime atau kartun nggak bisa menguras emosi Kamu pasti belum nonton salah satu dari film Ghibli ini nih
10 Tagar Paling Popular Di Facebook Dan Instagram Sepanjang Aidilfitri Tahun Ini

10 Tagar Paling Popular Di Facebook Dan Instagram Sepanjang Aidilfitri Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 393 hits
Meskipun tradisi sambutan perayaan Aidilfitri kali ini terasa sedikit berbeza namun ianya tetap disambut dengan penuh keceriaan Masing masing dilihat tidak ketinggalan berkongsi pengalaman beraya dan memberi ucapan raya dengan pelbagai kete...
189 Anak Yatim Ceria Menjelang Aidilfitri

189 Anak Yatim Ceria Menjelang Aidilfitri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 491 hits
Mohd Shafizi menyampaikan sumbangan kepada keluarga anak yatim Oleh Izzat Al QushairiSETIU 19 Mei Seramai 189 anak yatim di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit di sini ceria selepas menerima sumbangan berbentuk barangan harian kuih raya dan wa...
Gadis Yatim Piatu Asal Jepara Tewas Masih Pakai Mukena Diduga Dibunuh Saat Sholat Di Kamar

Gadis Yatim Piatu Asal Jepara Tewas Masih Pakai Mukena Diduga Dibunuh Saat Sholat Di Kamar

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 386 hits
Gadis yatim piatu asal Kabupaten Jepara tewas dalam kondisi masih mengenakan mukena Tragedi itu terjadi di Desa Dongos Kecamatan Kedung Kabupaten Jepara pada Rabu sekitar pukul 16 30 WIB Berdasar laporan kepolisian korban bernama Sintya Wul...
Biskut Raya Paling Mudah Confirm Jadi Celup Celup Siap

Biskut Raya Paling Mudah Confirm Jadi Celup Celup Siap

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 536 hits
Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri Waktu ini kebanyakan para ibu sedang sibuk berhempas pulas di dapur untuk membuat kuih raya Belum kira lagi dengan stok yang dihabiskan suami dan anak anak sebelum sempat beraya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan

Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni