Aidilfitri Suram Tanpa Ibu Bapa Akibat Covid 19


 
Nur Adriana Aleeya dan Amirul Rashidi Musa buat pertama kali beraya tanpa insan tersayang namun reda dengan ketentuan Ilahi. (Gambar Facebook Perkeso Perak)KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya tahun ini memancarkan sinar gembira tidak terhingga kepada orang ramai yang menyambutnya, kerana kini mereka dapat pulang ke kampung halaman bertemu orang yang dirindui.
Sejak dua tahun lalu, suasana suram sambutan perayaan memang tidak dinafikan susulan pelaksanaan sekatan, dan kini apabila negara memasuki fasa peralihan ke endemik, tiada lagi sekatan, inilah peluang untuk bersiar-siar, melancong, melawat sanak saudara, membeli belah, dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun Aidilfitri kali ini tidak menampakkan sebarang sinar bahagia bagi dua remaja yang terpaksa memikul beban menguruskan keluarga masing-masing, apabila kedua-dua ibu bapa meninggal dunia hujung tahun lepas akibat Covid-19.
Bagi Nur Adriana Aleeya,17, dari Perak yang kehilangan ibu bapa, Zulkifli Mohd Yusof, 38, dan Nor Azira Mohamed, 40, September lalu, hari raya tahun ini benar-benar berbeza bagi beliau dan adik-adiknya Muhammad Zafrul Aiman, 12, dan Muhammad Umar Mikail, 8.
Nur Adriana Aleeya berkata, mereka adik-beradik masih tidak dapat menahan kepiluan mengenang kehilangan ibu bapa mereka akibat komplikasi Covid-19, yang jelas mengajar mereka erti kehidupan dan betapa pentingnya menyayangi ibu bapa semasa hayat mereka.
“Pandemik telah meragut nyawa ibu bapa kami, kini tanggungjawab saya adalah untuk menjaga dua adik saya yang masih terlalu muda ini. Saya amat berterima kasih terhadap datuk dan nenek serta saudara mara yang banyak membantu, agar kami dapat meneruskan pengajian.
“Memang kesedihan tidak dapat digambarkan, ini kali pertama kali berhari raya tanpa kedua-dua ibi bapa, namun dengan sokongan ramai, Insya Allah kami akan peroleh kekuatan yang diperlukan untuk menempuh hari-hari yang mencabar ini,” kata pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik itu.
Sementara itu, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berumur 24 tahun, Amirul Rashidi Musa dari Negeri Sembilan yang kini bekerja sebagai rider penghantar makanan, beliau juga adalah seorang lagi anak muda yang terpaksa mengharungi Hari Raya ini buat kali pertama tanpa belaian kasih ibu bapa.
Amirul yang kehilangan ibu bapa pada Disember lalu berkongsi kisah sedih semasa berbuka puasa dengan hanya roti berinti krim, di sebuah restoran Shah Alam baru-baru ini.
“Ketika saya baru nak berbuka, saya terdengar bunyi takbir raya dan orang-orang di dalam kedai makan itu bersorak ‘esok raya’ dan ketika itu air mata saya mula berjurai tidak henti.
“Saya faham ini semua kehendak Tuhan, saya dah terima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Amirul berkata, beliau dan adiknya Izzat Rashidi, 20, hanya berbelanja ala kadar untuk sambutan hari raya tahun ini, tambahan pula kedua-dua mereka sibuk mencari rezeki.
“Alhamdulillah, saya sempat membeli-belah bersama adik untuk membeli baju Melayu dan beraya bersama ibu saudara kami,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/aidilfitri-suram-tanpa-ibu-bapa-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aidilfitri Syawal Empat Anak Yatim Piatu Suram Kerana Tragedi Hitam

Aidilfitri Syawal Empat Anak Yatim Piatu Suram Kerana Tragedi Hitam

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 265 hits
Aidilfitri Syawal Empat Anak Yatim Piatu Suram Kerana Tragedi Hitam PUTATAN Nahas dua tahun lalu yang menimpa tujuh beranak sehingga meragut tiga nyawa masih terbayang di ingatan empat beradik yang kini menjadi anak yatim piatu Malah sambut...
Mansuhkan Uniform Sekolah Pu Rahmat Tak Setuju Kasihanilah Ibu Bapa B40

Mansuhkan Uniform Sekolah Pu Rahmat Tak Setuju Kasihanilah Ibu Bapa B40

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 182 hits
Sejak sesi persekolahan dilaksanakan secara bersemuka pelbagai ragam anak anak ini dapat dilihat baik bagi tadika atau kesemua aliran arus perdana Bukan itu sahaja bahkan ragam ibu bapa juga menjadi perhatian apabila terdapat banyak aduan d...
Tujuh Beradik Yatim Piatu Enggan Pindah Rindu Kubur Ibu Bapa

Tujuh Beradik Yatim Piatu Enggan Pindah Rindu Kubur Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 192 hits
TUJUH beradik yatim piatu menziarahi kubur bapa mereka di Tanah Perkuburan Islam Parit 1C Sungai Manik dekat Teluk Intan Perak semalam TELUK INTAN Kami tak mahu berpindah ke tempat lain kami mahu terus tinggal di sini kerana lebih dekat dan...
Speech Delay Kenapa Sebab Main Phone Padan Muka Cikgu Sekolahkan Ibu Bapa Kerap Beri Handphone Kepada Anak

Speech Delay Kenapa Sebab Main Phone Padan Muka Cikgu Sekolahkan Ibu Bapa Kerap Beri Handphone Kepada Anak

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 224 hits
The ReporterTular di media sosial video luahan seorang guru wanita berhubung kanak kanak yang dihantar ke tadika masih belum mahir menguruskan dirinya dan menuding jari pada ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam mendidik perkara asas ...
Bolehkah Ibu Bapa Menggunakan Duit Simpanan Anak Anak

Bolehkah Ibu Bapa Menggunakan Duit Simpanan Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 407 hits
Dalam kehidupan harian yang kian mencabar sering kali terjadi perbelanjaan keperluan harian melebihi daripada pendapatan isi rumah mendorong kepada masyarakat untuk mencari alternatif dan menjadi lebih kreatif demi kehidupan yang lebih baik...
Pakar Kongsi Ini Patut Ibu Bapa Tahu Bila Anak Lambat Cakap Bukan Biarkan Je

Pakar Kongsi Ini Patut Ibu Bapa Tahu Bila Anak Lambat Cakap Bukan Biarkan Je

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 310 hits
Perkembangan setiap anak berbeza Walaupun secara luarannya nampak seperti biasa ada anak di usia 2 tahun masih belum boleh bercakap mengikut usianya Dalam hal ini anak dikategorikan mengalami masalah speech delayed atau lambat bercakap Terd...
Ibu Bapa Leka Main Phone Tak Perasan Anak Hampir Lemas Kanak Kanak 11 Tahun Tolong Selamatkan

Ibu Bapa Leka Main Phone Tak Perasan Anak Hampir Lemas Kanak Kanak 11 Tahun Tolong Selamatkan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 288 hits
Tular di aplikasi Twitter satu ciapan oleh seorang pengguna dikenali sebagai Dr Muiz Murad yang menceritakan pengalaman anaknya Ali yang telah menyelamatkan seorang kanak kanak yang hampir lemas Menerusi bebenang ciapan tersebut Dr Muiz tel...
Mungkin Catat 20 000 Kes Covid 19 Selepas Aidilfitri Pakar Kesihatan Beri Amaran

Mungkin Catat 20 000 Kes Covid 19 Selepas Aidilfitri Pakar Kesihatan Beri Amaran

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 344 hits
freemalaysiatoday com April 20 2022 11 15 PMKerajaan membenarkan rakyat balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini PETALING JAYA Seorang pakar kesihatan awam memberi amaran jangkitan harian Covid 19 mungkin meningkat kepad...
Kepintaran Anak Anak Datang Dari Genetik Ibu Bukan Bapa Kajian

Kepintaran Anak Anak Datang Dari Genetik Ibu Bukan Bapa Kajian

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 283 hits
May 7 2022 Ibu ibulah yang bertanggungjawab menyebarkan gen kepintaran pada anak Sains sendiri telah membuktikannya Ibu ayah percaya tak hasil kajian ini Ibu ibu sekalian Tahukah anda bahawa sains telah mendapati lebih banyak sebab untuk an...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing