Aidan Di Serang Chicken Pox
Hi korang.
Kesiannya Aidan....luluh hati tengok dia kena chicken pox ni...tak boleh elak kan..memang seumur hidup pasti kena sekali...ada jugak yang kena 2 kali...chicken pox ni biar kena time kecik..jangan la kena time besar..cacat muka dan badan...ada jer kengkawan SA kena time dh besar dan pernah ada kawan SA kena time dia pregnant...kesian betul..
So Khamis lepas dapat message dari Ibu si Aidan...risaunya SA...kesian tengok dia dalam gambar ni sebab chicken pox tu ada tumbuh area mata...macam- macam petua yang atuk dan uwan dia sebut...tapi knowing Aidan dia langsung tak nak sapu ubat..pergi klinik pun dia bantai meraung satu dunia sampai muntah- muntah. Tak paham kenapa dia takut sangat pi klinik..nasib baik dah lama sikit dia ok bila doktor pandai pujuk budak- budak..
Ibu dia cakap habis la satu badan termasuk la kat kawan bebird dia...kesian anak bujang mama ni...dah la seminggu tak jumpa dia...rindu mama nak peluk dia..tapi tu la..x nak berjangkit dengan yang lain makanya simpan la rindu kat Aidan ni...sepanjang masa SA akan voice call dia je...dalam pada kena chicken pox tu dia lasak jugak..macam tak sakit langsung..
Semalam rakan Doc SA iaitu Doctor FB Khairul Faizie ada share checklist chicken pox...meh baca meh..
Chicken pox checklist:
1- Jangan mandi.Mandi la woii....busuk tak mandi. Segala kulit kering tu kau tak mandi macam mana nak bersih. Kau tak mandi dan garu2 kulit tu yang boleh menyebabkan punca no (2) & (3) ie bernanah & parut hitam.
2- Jangan makan telur, nanti nanah.Telur masuk perut, dihadam. Tak tahu lah kalau kau makan telur, telur tu terus pergi kat kulit.
3- Jangan makan kicap, nanti parut hitam.Pun sama, kicap masuk ke perut, tak tahulah kicap tu dari mulut kau telan terus meresap dalam kulit.
4- Jangan makan benda berminyak / bergoreng. Paling power, jangan ada orang masak goreng2 dalam rumah.Eloklah, sempena kena chicken pox kau insaf nak kurangkan minyak dalam masakan. Dah elok chicken pox nanti terus istiqomah ya amalan makan macam ni.
5- Nak minum air kelapa.Minum lah, takde hal. Tapi air lain macam teh tarik, milo ais, sirap bandung & bobba tea pun boleh minum. Paling ringkas, sihat & murah - air kosong je dik.
Haaa...kisahnya...xde pantang larang pun bab chicken pox ni...yang penting kena jaga kebersihan je untuk proses healing yang cepat...kalau dulu memang la masa SA kena...semua tak boleh makan...makanan bergoreng apa segala memang tak boleh...curi2 makan tak boleh...bengang tau..the best part time tu la diorang kat rumah makan sedap- sedap...roti canai la..apa la..SA plak kena makan yang rebus- rebus je...rupanya semua tu takde kena mengena. Eh ingat lagi tau mak abah tak bagi SA mandi...huwaaaaaa.....SA kena game rupanya...stressss...bila citer kat mak abah malam tadi kan...diorang bantai gelak....sampai hati tau...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/02/aidan-di-serang-chicken-pox.html