Texas Chicken Kota Bharu
Texas Chicken Kota Bharu | Agak terlambat untuk saya update artikel review Texas Chicken di Kota Bharu. Yup. Untuk pengetahuan, restoran rangkaian Texas Chicken baru sahaja membukan cawangan pertama mereka di Aeon Mall Kota Bharu.
It took yeaaaarss for them to arrive in this state. Mengambil lot kedai yang dahulunya disewa Big Bob Burger, Texas Chicken Aeon Mall Kota Bharu yang memulakan operasi pada 23 Januari 2020, tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan.
Saya dah lama teringin nak cuba Texas Chicken dek kerana terpengaruh dengan video mukbang di Youtube. So, saya dah makan di Texas Chicken tempoh hari and here is my review.
Texas Chicken Kota Bharu
Merupakan rantaian restoran makanan segera khusus dalam hidangan ayam goreng, Texas Chicken menawarkan variasi menu dan set untuk pelanggan.
[Baca] Boat Noodle di Aeon Mall Kota Bharu
Tidak hanya terhad kepada ayam goreng semata-mata, Texas Chicken hadir dengan menu menari seperti:
Ayam goreng (original/spicy)Chicken tender (original/spicy)NuggetsMexicana BurgerSpicy Tex SupremeClassic BurgerMexicana WrapTex WrapTender Wrap
Hidangan sampingan (side dishes)
Honey-butter biscuitsFrench friesColeslawJalapeno BombersMashed potatoesBubur
Desserts
ShortcakesSundaeChocolate volcanoIce cream cone
Menu Texas Chicken Malaysia
Gambar: budakbandunglaici.blogspot.com
Review Texas Chicken Aeon Mall Kota Bharu
Saya order set combo yang hadir dengan lima ketul ayam, dua side dishes iaitu french fries dan mashed potatoes, dua honey-butter biscuits, dan segelas air soda.
What do I think? It was glorious! Sedap!
Rasanya berbeza dengan ayam goreng KFC dan McDonald's. Slightly seasoned, tetapi cukup untuk membangkitkan keenakan ayam bersalut tepung ini. Sedap dimakan bersama atau tanpa sos cili.
Apa yang saya perasan, gabungan tepung dan kulit ayam tidak meloyakan seperti KFC. Jangan salah faham, saya mudah rasa mual sekiranya makan kulit ayam KFC. Tetapi tidak pada Texas Chicken. I ate everything!
Hidangan sampingan seperti kentang goreng dan mashed potatoes nya juga menyelerakan dan hadir dengan portion yang banyak.
Fun facts
Nama asal Texas Chicken adalah CHURCH's CHICKEN. Berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan diasaskan oleh George W. Church Sr. Restoran ini menggunakan nama Texas Chicken di beberapa negara Islam, kerana bimbang nama "Church's" yang membawa maksud 'gereja' akan menimbulkan keraguan pelanggan.
Honey-butter biscuits
Tak pelik pun kalau ia dipanggil biscuit walaupun teksturnya mirip muffin. Ini kerana Texas Chicken ini berasal dari Amerika Syarikat di mana 'biscuit' di Amerika dan Kanada, lebih bersifat lembut dan rangup di bahagian luar.
I have been wanting to try those biscuits for a really long time. Puas hati, rasanya seperti cookie dough. Lembut di dalam, dan rangup dan manis pada bahagian luar. Honey-biscuit ini hadir bersama beberapa set, ia juga boleh di beli secara berasingan.
Aiskrim Sunday nya juga sedap, cukup manis dan creamy. Malah, ia cuma berharga RM1 sahaja! Ini memberi sedikit kelebihan buat Texas Chicken kerana mengeluarkan aiskrim jenama mereka sendiri.
Oh ya, Texas Chicken menggunakan konsep 'free flow drinks' di mana anda boleh menambah minuman sebanyak yang anda mahu pada satu harga sahaja.
Laman web: https://www.texaschickenmalaysia.com/
Facebook: https://www.facebook.com/TexasChickenMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/texaschickenmalaysia/?hl=en
Alamat: Lot G41, Ground Floor, AEON Mall Kota Bharu, Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Apa yang pasti, saya akan cuba lebih banyak menu pada masa akan datang. Seperti burger, chicken wrap, dan bubur di Texas Chicken Kota Bharu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nikkhazami.com/2020/02/texas-chicken-kota-bharu.html