Ahmad Zahid Tidak Telus Ketika Lanjutkan Kontrak Uksb Bekas Tksu Kdn



(Bernama) – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak telus dan tidak mengikut tatacara ketika melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi projek Visa Luar Negara (VLN).
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Suriani Ahmad berkata, Ahmad Zahid, 68, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu meluluskan pelanjutan kontrak tersebut dalam tempoh yang singkat tanpa membuat penilaian prestasi terhadap UKSB.
Beliau berkata, penilaian itu penting kerana syarikat terbabit akan membawa imej negara dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan semua proses dilaksana dengan betul.
Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sama ada permohonan itu tetap diluluskan walaupun tiada penilaian dibuat, Suriani menjawab: “Ya.”
Saksi pendakwaan keempat itu berkata demikian pada hari ketujuh perbicaraan kes Ahmad Zahid yang berdepan 40 pertuduhan rasuah membabitkan sistem VLN.
Wan Shaharuddin: Dalam permohonan ini, adalah UKSB mengikut tatacara?
Suriani: Kalau prosedur kerja, ia mengikut tatacara. Bagaimanapun, dari segi kelulusan ia tidak mengikut tatacara.
Wan Shaharuddin: Walaupun Datuk tidak berpeluang menilaikan prestasi UKSB, kenapa teruskan juga untuk lanjutkan kontrak itu?
Suriani: Kerana arahan daripada Menteri adalah untuk menyambung kontrak. Sebagai penjawat awam, saya akur dengan arahan kerana ketika itu, Ahmad Zahid adalah Timbalan Perdana Menteri.
Suriani juga berkata Ahmad Zahid mengambil tempoh kurang 24 jam untuk meluluskan beberapa permohonan lanjutan kontrak UKSB dengan kerajaan.
Beliau juga berkata, surat UKSB bertarikh 17 Okt 2016 yang memohon kelulusan bagi melanjutkan tempoh kontrak Sistem VLN dan eVisa selama enam tahun telah diluluskan oleh Ahmad Zahid dan diminitkan pada 18 Okt 2016.
“Selain itu, surat UKSB bertarikh 15 Mei 2017 kepada Ahmad Zahid untuk permohonan pelanjutan kontrak One-Stop Centre (OSC) turut diminitkan Ahmad Zahid ‘laksana lanjutan kontrak’ pada 16 Mei 2017,” katanya.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Wan Shaharuddin bahawa tiada keperluan untuk menyegerakan permohonon lanjutan kontrak tersebut.
Katanya, permohonan UKSB itu adalah terlalu awal kerana kontrak yang ada mempunyai tempoh tamat yang masih jauh.
Beliau berkata, mengikut fasal 2.2.1 Perjanjian Untuk Membekalkan Sistem Bersepadu VLN, syarikat boleh memohon pelanjutan tempoh kontrak tidak kurang daripada enam bulan sebelum tarikh kontrak tamat.
“Tetapi bagi permohonan ini, pihak UKSB telah memohon pelanjutan kontrak terlalu awal iaitu pada bulan Oktober 2016 iaitu sekitar tiga tahun lebih awal daripada tarikh kontrak akan tamat. Oleh itu, pihak KDN tidak mempunyai masa yang mencukupi bagi menilai prestasi UKSB untuk membuat keputusan sama ada kontrak patut dilanjutkan atau tidak,” katanya.
Ketika disoal Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili Ahmad Zahid, Suriani bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa sistem VLN (kelolaan UKSB) tidak pernah menerima sebarang aduan sehinggalah pentadbiran negara diambil alih oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Ahmad Zahid telah menukar keputusan untuk memendekkan tempoh pelanjutan kontrak tersebut iaitu dari enam kepada tiga tahun.
Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 22 Okt depan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/28/ahmad-zahid-tidak-telus-ketika-lanjutkan-kontrak-uksb-bekas-tksu-kdn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

Ahmad Zahid Atur Pengubahan Wang Haram Rm7 5 Juta Pendakwaan

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 345 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 5 2021 7 45 PMMahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatur skim pengubahan wang haram berjumlah RM7 5 juta menggunakan perkhidmatan pengurup wan...
Hiburan Sampailah Kawan Tegur Shahiezy Sam Kongsi Bad Habit Lama Ketika Merokok

Hiburan Sampailah Kawan Tegur Shahiezy Sam Kongsi Bad Habit Lama Ketika Merokok

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 249 hits
Sedia maklum sejak kebelakangan ini isu kebersihan dan pembuangan sampah di kawasan perkelahan menjadi perbualan hangat dikalangan warganet susulan foto sampah sarap yang dibiarkan di kawasan rekreasi tular di media sosial ARTIKEL BERKAITAN...
Peringatan Orang Tak Cukup Solat 5 Waktu Ketika Dajjal Keluar

Peringatan Orang Tak Cukup Solat 5 Waktu Ketika Dajjal Keluar

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 316 hits
Buni Madinah bergegar 3 kali Apabila ia bergegar kali pertama ke semua munafik ke semua fasik keluar daripda bumi Madinah Kesemua lelaki munafik lelaki fasik perempuan munafik perempuan fasik akan keluar dari bumi Madinah dan kemudian berga...
Saya Cuba Bantu Kata Muhyiddin Ketika Tinjau Peniaga Langkawi

Saya Cuba Bantu Kata Muhyiddin Ketika Tinjau Peniaga Langkawi

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 323 hits
AGENDA DAILY Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang juga bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu beberapa peniaga di Langkawi hari ini setelah pulau peranginan itu dibuka semula kepada pelancong mulai semalam Tan Sri Muhyiddi...
Angka Kes Kekal Tinggi Ketika Kerajaan Mulakan Usaha Masuk Fasa Endemik

Angka Kes Kekal Tinggi Ketika Kerajaan Mulakan Usaha Masuk Fasa Endemik

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 265 hits
BERNAMA Kebimbangan tersebut disuarakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin beberapa hari selepas Lembah Klang beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara Suasana jalan raya di Kampung Baru sesak menjadi tumpuan warga kota ketika cuti umum H...
Kalau Hujan Ni Masak Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung Video

Kalau Hujan Ni Masak Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung Video

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 459 hits
Kalau Hujan Ni Masak Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung VIDEO BUSANA yang dipakai seorang gadis yang lengkap dengan turban direka begitu kreatif ibarat menghadiri acara karpet merah Bukan di majlis fesyen pe...
Lemas Mahu Bantu Rakan Terjatuh Ketika Selfie

Lemas Mahu Bantu Rakan Terjatuh Ketika Selfie

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh Anggota bomba membawa mayat Hamzah Ilya Azman yang lemas ketika menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak Kuala Kubu Bharu hari ini Foto IHSAN BOMBA HULU SELANGOR Lelaki yang dilaporkan hilang ke...
Dunia Islam Perlu Bersatu Ketika Barat Sedang Lemah

Dunia Islam Perlu Bersatu Ketika Barat Sedang Lemah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 210 hits
Ketika ini Amerika Syarikat dan sekutunya di kalangan negara negara Eropah sedang berada dalam krisis kelemahan kuasa dan pengaruh geopolitiknya di seluruh pelusuk dunia Jika diperhatikan segala tindak tanduknya ketika ini hanyalah untuk me...
Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 373 hits
Kuala Lumpur Misteri kehilangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Time Management For Entrepreneurs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Skandal Beras Kerajaan Bersilat Sementara Rakyat Ditipu Hidup Hidup

Mahathir Kagum Dengan Keterjaminan Makanan Di Indonesia

G Dragon Drama Lyrics Bermensch Album

Koleksi Anuarfaizal Dan Royal Sembilan Di Cimb Merah Meriah Raya

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers