Ahmad Zahid Mengaku Kenal Siapa Hipokrit Cuba Musnahkan Umno
Selasa, 23 Mac 2021 04:34 PM MYT
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui wujud ancaman untuk menjatuhkan parti itu sejak kebelakangan ini. — Foto oleh Firdaus Latif
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ahli Umno diminta kekal tenang dan tidak bertindak melulu walau terdapat ancaman pihak tertentu untuk merosakkan parti itu ketika ini.
Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ahli Umno perlu lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan sebarang hasutan yang boleh merosakkan parti itu.
Jelasnya, tidak dinafikan terdapat golongan tertentu yang bersikap hipokrit dan cuba menjatuhkan Umno sama ada dari dalam atau luar parti.
“Saya minta kita ahli-ahli Umno, pejuang dan penyokong Umno sekalian jangan terlalu bimbang.
“Seperti saudara-saudari, saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan. Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar.
“Mereka ini tidak ramai, tetapi apa yang mereka mahu lakukan ke atas Umno sangat tidak boleh diterima.
Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas dakwaan wujud usaha menjatuhkan Umno daripada pihak tertentu.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengingatkan ahli Umno kekal dengan prinsip yang tidak mudah tergoda dengan sebarang tawaran pihak tertentu.
Mengakui sentiasa berwaspada, Ahmad Zahid berkata beliau sedang menangani sebarang anasir dengan penuh berhemah agar tidak menandatangkan kesan buruk kepada Umno.
“Umno tidak boleh digadai. Umno bukan alat untuk tawar-menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.
“Umno sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua. Umno parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli.
“Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara-saudari. Segelintir saudara-saudari khuatir saya sebagai Presiden Umno tidak ‘alert’ rancangan mereka.
“Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya.
“Tetapi demi keutuhan parti keramat, bangsa dan agama, saya mendepani cabaran ini secara berhemah,” katanya lagi.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/ahmad-zahid-mengaku-kenal-siapa.html