Ahmad Zahid Jumpa Wakil Uksb Sebelum Buat Keputusan Lanjut Kontrak Kata Saksi


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-March 8, 2022 6:43 PM
Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah USD13.56 juta daripada UKSB bagi melanjutkan kontrak syarikat itu.
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, Ahmad Zahid Hamidi menemui wakil Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di rumahnya di Seri Satria, Putrajaya sebelum membuat keputusan menyambung kontrak Visa Luar Negara (VLN) syarikat itu selama tiga tahun lagi.

Bekas Setiausaha Bahagian (SUB) Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Shahril Ismail berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menolak syor daripada bahagiannya untuk membawa perkara itu ke Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

“Pada 15 Jun 2017, saya telah menerima panggilan daripada Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (pengarah UKSB). Beliau memberitahu bahawa Zahid telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak UKSB selama tiga tahun dan meminta saya untuk membawa minit ceraian tersebut ke rumah Zahid di Seri Satria di Putrajaya untuk kelulusan menteri tersebut.

“Sampai di rumah Zahid, Wan Quoris Shah sedang menunggu saya dan menyatakan perlu menunggu ‘green light dahulu’ berikutan wakil syarikatnya sedang berjumpa dengan Zahid.

“Kemudian beliau mengajak saya masuk dan berjumpa Zahid. Apabila berjumpa, saya telah menyerahkan minit ceraian tersebut untuk keputusan dan tandatangan beliau. Saya juga ada memaklumkan syor bahagian saya,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau yang membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Wai Keong, turut menjelaskan perjumpaan itu dibuat pada bulan puasa beberapa hari sebelum Hari Raya.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, sama ada menjadi kebiasaan untuk wakil syarikat berbincang di rumah menteri (Zahid) bagi mendapatkan kontrak kerajaan, Shahril berkata ia perkara biasa kerana beliau pernah membawa dokumen ke rumah menteri.

“… tetapi tentang ‘stake holder’ (wakil syarikat) ini saya rasa ini yang pertama,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata, pertemuannya bersama bekas Menteri Dalam Negeri dan Wan Quoris Shah di kediaman tertuduh diadakan berikutan pihaknya memaklumkan kepada Pengarah UKSB itu bahawa pelanjutan kontrak VLN selama enam tahun itu perlu diproses oleh UKAS dan diluluskan jemaah menteri.

“Wan Quoris Shah kemudian memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan Zahid mengenai perkara ini,” katanya.

UKSB telah menerima kontrak membekalkan sistem VLN di China selama enam tahun bermula dari 1 Nov 2013 hingga 31 Okt 2019. Menurut tatacara pelanjutan kontrak perkhidmatan, syarikat yang ingin dilanjutkan kontrak melebihi tujuh tahun perlu mendapatkan kelulusan jemaah menteri melalui UKAS.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran mengenai keperluan untuk membawa minit ceraian ke rumah Zahid pada hari tersebut, Syahril berkata, ia bagi mendapatkan keputusan secara bertulis daripada menteri itu.

“Sebelum ini kami hanya menerima satu arahan berbentuk lisan daripada Wan Quoris Shah bahawa syarikat itu sudah berbincang dengan menteri (Zahid), katanya menteri tidak bersetuju dengan keputusan bahagian kami.

“Jadi untuk sahkan keputusan menteri itu, saya jumpa terus bagi mendapatkan keputusan hitam putih. Keputusan lisan seperti itu (makluman Wan Quoris Shah) kami tidak boleh proses, kami perlu keputusan bertulis atas dokumen rasmi kerajaan barulah kami proses. Keputusan lisan kami anggap tidak sah,” katanya.

Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah USD13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai USD1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung 1 April depan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/ahmad-zahid-jumpa-wakil-uksb-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Arah Bekas Setiausaha Sulit Keluar Surat Iringan Lanjut Kontrak Uksb

Ahmad Zahid Arah Bekas Setiausaha Sulit Keluar Surat Iringan Lanjut Kontrak Uksb

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 111 hits
bharian com myMac 7 2022 3 27pmAhmad Zahid hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini Foto BernamaSHAH ALAM Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan bekas Setiausaha Sulit Kanannya mengeluarkan surat...
Kata Kata Terakhir 13 Askar Ukraine Yang Mencabar Rusia Sebelum Dibedil Russian Warship Go F K Yourself

Kata Kata Terakhir 13 Askar Ukraine Yang Mencabar Rusia Sebelum Dibedil Russian Warship Go F K Yourself

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 168 hits
Sekumpulan pengawal sempadan Ukraine yang terbunuh ketika mempertahankan pulau strategik Laut Hitam pada Khamis memberikan mesej terakhir yang membangkang kepada penceroboh Rusia mereka menurut rakaman audio kejadian itu 13 pengawal yang di...
Jho Low Buat Keputusan Penting Dalam Tia Sebelum Jadi 1mdb Mahkamah As Diberitahu

Jho Low Buat Keputusan Penting Dalam Tia Sebelum Jadi 1mdb Mahkamah As Diberitahu

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 123 hits
Tim Leissner berkata Jho Low pernah menjadi penasihat Sultan Terengganu pada 2009 PETALING JAYA Ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low memainkan peranan penting dalam Pihak Berkuasa Pelaburan Terengg...
Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 379 hits
Rundingan telah dibuat dan kerajaan Perak memaklumkan bahawa negeri itu memerlukan Loji Rawatan Air yang besar di utara Perak menurut Tuan Ibrahim MUAR Keputusan kerajaan Perak untuk tidak meneruskan bekalan air mentah kepada Pulau Pinang d...
Katak Boleh Selam Wakil Rakyat Mahu Lompat Mungkin Lebih Kreatif Jika Akta Lulus Kata Pbs

Katak Boleh Selam Wakil Rakyat Mahu Lompat Mungkin Lebih Kreatif Jika Akta Lulus Kata Pbs

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 375 hits
Presiden PBS Maximus Ongkili berkata budaya lompat parti sinonim dengan Sabah KOTA KINABALU Presiden Parti Bersatu Sabah Maximus Ongkili berkata ahli politik yang ingin melompat selepas menang pilihan raya mungkin berbuat demikian dengan ca...
Zahid Hamidi Pernah Jumpa Saya Minta Siasatan Rasuah Dihentikan Tun M

Zahid Hamidi Pernah Jumpa Saya Minta Siasatan Rasuah Dihentikan Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 97 hits
bharian comOleh Februari 23 2022 1 24pmPengerusi PEJUANG Tun Dr Mahathir MohamadPUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan yang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya meminta supaya siasatan kes rasuah terhadap Presi...
Zahid Kata Pn Ph Tak Namakan Calon Mb Kerana Tahu Akan Kalah

Zahid Kata Pn Ph Tak Namakan Calon Mb Kerana Tahu Akan Kalah

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 146 hits
JOHOR BAHRU Tindakan parti dan gabungan politik selain Barisan Nasional yang tidak menamakan calon Menteri Besar mereka adalah kerana sudah tahu tidak mempunyai peluang untuk melakar kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor Pengerusi BN D...
Pertemuan Hadi Wakil Taliban Tak Bermakna Malaysia Iktiraf Kerajaan Sementara Afghanistan Kata Menteri

Pertemuan Hadi Wakil Taliban Tak Bermakna Malaysia Iktiraf Kerajaan Sementara Afghanistan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 158 hits
Abdul Hadi Awang bertemu wakil tetap Taliban di Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Mohammed Suhail Shaheen di Doha Qatar awal tahun ini PETALING JAYA Pertemuan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Abdul Hadi Awang dengan wakil tetap Tali...
Ahmad Idham Eizlan Yusof Ditamatkan Kontrak Menteri Enggan Komen

Ahmad Idham Eizlan Yusof Ditamatkan Kontrak Menteri Enggan Komen

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 109 hits
MUAR Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mendedahkan sebab mengapa pihaknya menamatkan perkhidmatan pelakon Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof dalam kementerian Beliau sebaliknya berkata pada kebiasaannya d...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip

Langkawi Welcomes The World Residences At Sea And Celebrates Tourism Resurgence



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Kelebihan Menggunakan Paperbag Berbanding Plastik Pilihan Lebih Mesra Alam

Bufet Buka Puasa Kat Hotel Excelsior Ipoh

Hasil Tanaman Dalam Pasu

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Disyaki Seleweng Rm8 Juta Dalam Akaun Amanah 2 Firma Guaman Disiasat

Agc Rejects Sanusi Bid To Dismiss Sedition Charges